Showing posts with label Munakahat. Show all posts
Showing posts with label Munakahat. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Jualan Secara Dropship


Soalan
soalan saya apakah hukum jualan secara DROPSHIP dlm Islam?HALAL atau HARAM?
cthnya:saya tiada modal dan saya memang tak perlu keluarkan modal..cuma saya perlu berurusan dengan pembekal..pembekal meletakkan harga barang rm20 dan beliau mencadangkan saya utk jual rm28..saya promosikan barang..pembekal yang akan pos barang kepada customer...pelanggan masukkan duit RM28 dlm akaun saya..dan saya cuma perlu masukkan RM20 kepada pembekal...HALAL ke mcm tu dlm ISLAM?
Jawapan
Ya ianya adalah halal. Yang penting ada persetujuaan (Redha) dalam jual beli tersebut.

Sunday, June 17, 2012

Pelaburan Forex Halal Disisi Islam?

Soalan

apakah hukum pelaburan forex?

Jawapan

Dalam membincangkan tentang pelaburan Forex, di Malaysia terdapat dua jenis atau kaedah urus niaga yang dijalankan.
1.         Perniagaan pertukaran mata wang (Money Changer) adalah dibolehkan (halal) kerana ia berlaku di dalam satu majlis dan kadar pertukaran mata wang asing juga telah ditentukan/ditetapkan oleh pertukaran mata wang semasa. Selain itu juga, syarikat yang menjalankan urus niaga tersebut telah mendapat lesen atau keizinan daripada Bank Negara Malaysia untuk menjalankan urus niaga tersebut.

2.         Pelaburan Forex yang dibuat di dalam internet adalah dilarang/haram melainkan urus niaga yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1.         Tidak terdapat riba’.
2.         Tidak berlaku penipuan.
3.         Bukan ditukar dalam mata wang yang sama.
4.         Berada di bawah  pengawasan Bank Negara Malaysia.

Wallahu 'alam.