Showing posts with label Zihar. Show all posts
Showing posts with label Zihar. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Kemusykilan Agama

Soalan

adakah dikira zihar jika suami berkata kepada isterinya "jangan korek celah kuku nanti jadi cekam macam abang(suami)" ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perkataan sedemikian tidak dianggap sebagai zihar.Ini  kerana mengupamakan perbuatan tersebut  kepada abangnya(suami).Justeru anda tidak perlu bimbang dan risau terhadap perkara berkenaan.Wallahu a'lam.

Friday, September 21, 2012

Tidak Tahu Maksud Zihar Semasa Melafazkan

Soalan

assalamualaikum...saya ingin bertanya adakah jatuh zihar sekiranya sisuami menyamakan bentuk badan isteri sama seperti adiknya..tetapi pada ketika itu sisuami tidak tahu apa itu zihar. sisuami tidak tahu 'menyamakan bentuk badan isteri dgn (mahram)' salah disisi agama.

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, apabila seorang suami menyamakan tubuh badan isterinya dengan mana-mana wanita yang mempunyai hubungan mahram dengannya adalah dikira telah menzihar isterinya.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan anda ini, Panel menasihatkan supaya anda merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda untuk mengetahui status kes anda ini. Adakah kerana kejahilan mengenai hukum Zihar boleh menyebabkan tidak berlaku hukum Zihar ataupun bagaimana keadaannya, perlulah diserahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk menentukannya.
Oleh itu, bersegeralah rujuk kes ini kepada pihak mahkamah demi untuk menjaga kesucian hukum Islam. Wallahu 'alam.

Tuesday, June 26, 2012

Contoh Lafaz Zihar

Soalan

kalau suami menyamakan masakan yang dimasak oleh isteri sama dengan masakan ibu jatuh zihar tak?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Zihar akan jatuh jika suami menyamakan anggota badan isteri dengan ibu kandungnya.Sekiranya beliau menyamakan dengan rasa masakan yang dimasak oleh isterinya menyamai masakan ibunya maka ia tidak menjatuhkan zihar.Wallahu a'lam.

Friday, June 22, 2012

Adakah Jatuh Zihar?

Soalan

Perkara ini sudah lama berlaku tapi baru sedari.isteri ada berkata "pergi kenduri mana2 semua asyik kata saya anak mak abg" dan tanpa sengaja suami menjawab "mungkin muka/mata/hidung awak macam mak".adakah jatuh zihar?jika jatuh zihar bolehkah suami terus melaksanakan denda kifarah yang ketiga iaitu membayar 60 cupak beras(atau menggantikannya dgn nilai wang dibayar kepada pejabat zakat) tanpa melaksanakan denda puasa 2bulan berturut2 kerana dia merasakan tidak mampu melaksanakannya.

Jawapan

Tidak jatuh zihar dalam keadaan itu.

Tuesday, June 5, 2012

Hukum Zihar Ketika Berjimak Dengan Isteri

Soalan

salam....adakah jatuh hukum zihar apabila suami membayang beliau bersetubuh dengan wanita bukan muhrim (cth artis, kawan) ketika bersetubuh dengan isteri..

Jawapan

Waalaikumussalam,
Zihar berlaku apabila suami  menyamakan anggota isteri dengan anggota tubuh badan ibu kandung suami sendiri.Oleh kerana semasa melakukan persetubuhan si suami membayangkan bersetubuh dengan artis ia tidak akan membawa kepada zihar.
Walau bagaimanapun perbuatan  si suami itu tetap dianggap berdosa.Ini  kerana semasa bersama (bersetubuhpun) si suami sanggup membayangkan wanita lain yang tiada kena mengena  dengan persetubuhan yang sedang anda dilakukan bersama isteri yang sah.Jika sekiranya ketika bersetubuh itu isteri anda tahu yang anda sedang membayangkan tubuh orang lain alangkah kecewa hati,cuba-cubalah fikirkan yang positif?
Panel  nasihatkan supaya anda  segera mohon maaf  kepada isteri dan mohon keampunan kepada Allah SWT atas kejahilan hukum selama ini.Wallahu a'lam.