Showing posts with label Mandi. Show all posts
Showing posts with label Mandi. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Luka Dan Mandi Wajib

Soalan

Assalammualaikum ustaz. Soalan saya. Lutut saya berbalut kerana baru lepas operation. Boleh ke saya mandi wajib?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam hukum fekah sekiranya luka itu boleh memudaratkan badan anda ,ia tidak perlu mandi tetapi memadai tayammum sahaja.Ini merupakan suatu kelonggaran   yang islam sediakan bagi  mereka yang   mengalami kemalangan dan seumpamanya.Wallahu a'lam.

Mandi & Jenis Air

Soalan

assalamualaikum..jika boleh jawapan berdasarkan mazhab imam syafie :

adkh mndi wajib sah atau air dapt menglir jika pada celah kuku atau kulit brdekatn dgn kuku trdpt bahan mskkan sprt maskkan yg mngunakn serbuk kunyit kerna apabila kita pegng ia akn melekt pada kuku/celah kuku wlapun kite sudh potong kuku msih trdpt kesn kunyit yg kekuningan dan agk sukr untk dihilngkn dan mmrlukn mse untk hilang. .dptkh air mengalir pd kulit ? sah tidak mandi wajib sy?

Jawapan

Waalaikmusalam,
Berdasarkan rukun mandi wajib ada tiga iaitu
1.Niat mandi wajib tempatnya ialah dalam hati
2.Membersihkan segala najis dan kekotoran
3..Meratakan air mandian keseluruh tubuh badan.
Berbalik    kepada soalan yang dikemukakan,jika kunyit tersebut tidak menghalang air daripada sampai kepada kulit dan kuku maka sahlah mandi wajib yang anda kerjakan.Wallahu a'lam.

Wednesday, August 21, 2013

Mandi Jenazah Ketika Masih Hidup

Soalan

Assalamualaikum,
Saya pernah mendengar cerita Imam Ghazali yang telah diberi petanda akan waktu ajalnya sehingga beliau dpt bersiap sedia sehingga siap dikafankan ketika menunggu saat-saat akhir.
soalan saya, sekiranya, ada di antara kita yg dapat merasakan yg ajalnya sudah hampir, boleh kah mandi jenazah sendiri semasa masih hidup? adakah sah kerana beliau masih hidup? dan adalah org lain perlu memandikan beliau sekali lagi apabila telah meninggal dunia?
terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi jenazah tidak sah dilakukan oleh orang yang masih hidup terhadap dirinya sendiri.Mandi jenazah hanya khusus kepada mana-mana muslim yang telah mati dan menjadi jenazah.Justeru apabila ia telah betul-betul mati maka menjadi kewajipan orang yang hidup untuk menyempurnakan 4 perkara iaitu mandi,kapan,solat dan kebumikan.Wallahu a,lam

Friday, September 7, 2012

Hukum Mandi Jenazah Isteri/suami

Soalan

APAKAH DIBOLEHKAN MEMANDIKAN JENAZAH SUAMI/ISTERI OLEH PASANGANNYA?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Harus bagi pasangan sama ada suami atau isteri si mati untuk memandikan mayat pasangannya.
Wallahua'lam

Tuesday, June 12, 2012

Mandi Di Waktu Maghrib

Soalan

Assalamualaikum,
Saya diberitahu tidak boleh mandi ( bukanlah haram ) ketika maghrib? Sebabnya ketika itu syaitan akan byk di dlm tandas dan boleh masuk ke dlm bdn kita. Betulkah?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam kebanyakan nas/bukti al-Quran  dan  hadis tidak terdapat sebarang larangan yang jelas menegah  seseorang itu daripada mandi pada waktu maghrib.Cuma pada waktu tersebut syaitan akan keluar secara beramai-ramai  pada awal maghrib.Ini kerana pada waktu itu merupakan hari siang kepada mereka (syaitan).
Justeru dalam situasi ini  agama Islam telah mengajar kaedah yang paling mudah untuk umat Islam amalkan iaitu membaca doa khas ketika ingin masuk tandas termasuk ketika mandi.Jika anda sering amalkan doa tersebut ,insya'Allah, syaitan tidak akan mengganggu sepanjang anda berada dalam tandas.Wallahu a'lam

Friday, May 11, 2012

Mandi Wajib Pakai Kain

Soalan

smkum..ustaz..sy mndi wjib pkai kain..smbil mgmbl wuduk sblm mndi wajib..dan sy mgosok qubul dn dubur beralaskan kain..adakah wuduk sy sah..wslm

 Jawapan

Waalaikumussalam,
Syarat mandi wajib ialah  berniat  beserta dengan air  jirusan mandian bermula  dari atas kepala sehingga sampai ke serata tubuh badan walaupun sekali.Perlu juga panel tegaskan bahawa pastikan pada tubuh badan anda tiada benda-benda yang menghalang seperti gam gajah,cat,tatu dan seumpamanya.Jika anda  berasa yakin dengan  keadaan mandi anda itu telah memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan  maka sahlah mandi wajib anda tersebut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, anda mandi menggunakan kain basahan dan menggosok kubul dan dubur beralaskan kain basahan,mohon dipastikan agar air jirusan untuk membasuh /membilas kedua-dua tempat tersebut sampai.Sekiranya anda yakin ia telah dilakukan dengan baik dan sempurna maka mandi wajib anda dikira sah.
Jika anda masih-masih was-was tentang wuduk anda  sama ada batal atau tidak eluklah sebelum mengelap badan  anda boleh  mengambilnya  sekali lagi.Wallahu a'lam.

Sunday, April 29, 2012

Pakaian Mandi Untuk Wanita


Soalan

apakah hukum wanita mandi biasa atau wajib hanya menggunakan seluar dalam.untuk pengatahuan,bukan mandi d khayalak ramai,tetapi mandi di dalam bilik mandi rumah sendiri

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mandi  wajib memakai seluar dalam adalah harus terutama dalam bilik mandi di rumah sendiri.Panel syorkan adalah lebih baik jika anda gunakan kain basahan semasa mandi biasa dan juga mandi wajib.Itulah saranan yang paling baik oleh para ulamak fekah.Wallahu a'lam.

Friday, March 30, 2012

Orgams(kepuasan


Soalan

1. seseorang bertanya saya.....sekiranya seorang yang keluar mani wajib mandi ...(samaada bersetubuh atau onani) soalan dia.. wajib mandi juga kah jika dia mencapai kepuasan(onani) tapi tak keluar mani..
2. Seorang gadis mencapai kepuasan sex dengan cara berkhayal dan memegang kemaluannya....tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj....wajib mandi juga kah?
3. Adakah wanita juga keluar mani?...bagaimana untuk membezakan air mani dengan air mazi?

Jawapan

1.         Jika tidak keluar air mani, dia tidak diwajibkan untuk mandi.

2.         Jika tidak sampai mengeluarkan air mani, maka dia tidak diwajibkan untuk melakukan mandi wajib sekalipun dia merasa puas.

3.         Seorang wanita yang normal juga akan mengeluarkan air mani. Hal ini dapat dilihat melalui sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Mani lelaki pekat berwarna putih, mani wanita cair berwarna kuning”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Perbezaan di antara air mani dengan air mazi adalah seperti berikut:
*          Mazi ialah air jernih (licin) yang keluar ketika datang syahwat.
*          Mani pula ialah air yang keruh dan pekat yang keluar ketika klimaks syahwat atau sebab bermimpi.
*          Wadi ialah air keruh yang kadang2 keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.
*          Apabila keluar mazi atau wadi, ia membatalkan wuduk dan wajib dibasuh kemaluan dan apa yang terkena dengannya.
*          Manakala apabila keluar mani maka wajib mandi hadas dan keadaannya tidak najis. Maka sunat dibasuh apa yang terkenanya.
Wallahu 'alam.

Thursday, March 22, 2012

SAH KE SOLAT LEPAS MANDI WAJIB

Soalan

Sah ke solat selepas mandi wajib dengan tidak mangambil wudhu (air sembahyang).
(Lepas habis mandi wajib kita solat)

Jawapan

Solat yang didirikan adalah sah. Hal ini adalah kerana tuntutan untuk berwudhu’ hanya kepada mereka yang berhadas kecil. Akan tetapi bagi mereka yang berhadas besar/berjunub, mereka hanya dituntut untuk melakukan mandi wajib sahaja.
Perkara ini ada disebut di dalam Al-Quran, firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Wahai  orang-orang   yang   beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib...”
(Surah Al-Ma’idah 6)

Ringkasnya, berasaskan kepada ayat di atas, dengan jelas Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak memerintahkan orang yang berjunub (berhadas besar) untuk berwudhu’ di waktu mereka hendak mengerjakan solat, tetapi Allah hanya memerintahkan mereka supaya melakukan mandi sahaja, dan ini menunjukkan bahawa mandi tersebut telah menjadikan mereka berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas (hadas besar dan hadas kecil), dan inilah pendapat Jumhur Ulama’.

Kesimpulannya, mereka yang telah mandi wajib/hadas besar/junub tidak perlu untuk berwudhu’ lagi sekiranya mereka hendak mendirikan solat. hal ini adalah kerana mereka telah pun suci daripada kedua jenis hadas, iaitu hadas besar dan kecil. Wallahu 'Alam.

Friday, March 16, 2012

Mandi Hamil 7 Bulan

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang adat melayu iaitu mandi hamil 7 bulan. Adakah adat ini bercanggah dengan Islam?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Adat yang tidak bercanggah dengan syariat jika dilakukan dengan niat kerana Allah maka kita akan dikurniakan pahal di sis Allah.
Persoalan bahawa tentang adat seperti lenggang perut, mandi tujuh bulan dan sebagainya jika ia menganggap bahawa jika tidak dilakukan adat tersebut maka akan ditimpa celaka dan marabahaya. Ini akan menyebabkan jatuh ke lembah syirik. Jika sekadar untuk menyegarkan tubuh badan dan membersihkan kekotoran maka tiada bersalahan dari segi syarak.
Islam menolak istilah "matlamat menghalalkan cara".

Sah Wudhuk Jika Bertelanjang?

Soalan

asalamualaikum saya ingin bertanya adakah sah wudhuk, jika berwudhuk tanpa berpakaian? atau hanya bertuala bagi wanita??

Jawapan

Waalaikumussalam,
Berwuduk dalam keadaan telanjang  dalam bilik air hukumnya  adalah makruh.Manakala wuduk yang diambil itu sah.Justeru panel syorkan agar anda pakailah pakaian sekalipun hanya dengan memakai   tuala mandi bagi tujuan ambil wuduk. Ini kerana 2 maklhuk Allah yang sentiasa berdampingan setiap masa dengan kita ialah  malaikat rakid dan atid.Justeru mereka itu sebenar  tahu malu, takkan kita manusia tidak memiliki sifat sedemikian.
Justeru panel harapkan agar kita memiliki akhlak yang tinggi ketika berhadapan dengan makhluk Allah yang tidak nampak lebih-lebih lagi penciptaNya yang Maha Agung iaitu Allah SWT.Wallahu a'lam.

Sunday, February 12, 2012

Keluar Hingus Ketika Mandi Wajib

Soalan

ketika mandi wajib, ada hingus keluar dan kita hembus hingus tersebut. soalannya, adakah mandi wajib itu sah atau tidak sah?

Jawapan

Mandi wajib yang dilakukan adalah sah dengan syarat telah memenuhi segala syarat dan rukun mandi wajib. Wallahu 'Alam

Monday, January 30, 2012

Mandi Wajib Selalu

Soalan

Salam..saya mengamalakan mandi wajib setiap kali saya mandi, ape kah hukumnya? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Mandi adalah perkara yang disunatkan kerana ia dapat membersihkan badan dari sebarang kekotoran dan bau badan.
Setiap amal ibadah memerlukan kepada niat. Adalah lebih baik jika diniatkan ketika mandi itu adalah untuk menyegarkan badan dan menguatkan badan untuk beribadah kepada Allah swt.
Hukum sentiasa memasang niat mandi wajib setiap kali mandi adalah harus

Friday, January 13, 2012

Keliru Ketika Niat Mandi Wajib

Soalan

Selama ini saya mandi wajib dgn habiskan niat mandi wajib baru jirus air ke kepala. Kemudian saya terbaca cara yang betul adalah air sampai ke kepala baru niat. mcm mana dengan solat saya selama ini, adakah tidak sah?

Jawapan

Mandi wajib yang anda lakukan selama ini adalah sah.
Antara pengajaran yang boleh anda ambil daripada apa yang telah terjadi, ialah kita perlu tambahkan lagi pengetahuan kita di dalam urusan ibadat. Hal ini akan menambahkan lagi kefahaman dan ia juga dapat meningkatkan lagi mutu ibadat kita. Wallahu 'Alam.

Thursday, January 12, 2012

Mandi Wajib Untuk Malam Pertama Pasangan Pengantin Untuk Mengelakkan Perasaan Malu

Soalan

salah satu rukun mandi wajib ialah meratakan air keseluruh badan. adakah sah mandi wajib itu jika kita membasahkan rambut sebelum berjimak dan sambung mandi wajib (tanpa membasahkan rambut) sebelum kita menunaikan solat subuh? (untuk mengelakkan perasaan malu kepada keluarga pada malam pertama perkahwinan).

Jawapan

Mandi wajib tersebut tidak sah kerana semasa membasahkan rambut, anda masih belum berhadas besar. Pada hal apabila bangun pada waktu Subuh, rambut yang dibasahkan pada malam tadi telahpun kering.
Bagi mengatasi masalah ini, anda dan pasangan disyorkan supaya megeringkan rambut selepas mandi dengan alat pengering rambut. Semoga hari bahagia anda dapat ditempuhi dengan penuh kesyukuran dan bukannya perasaan malu yang bersarang di dalam hati. Semoga berbahagia hendaknya. Amin. Wallahu 'Alam.

Wednesday, January 11, 2012

Ibadat Berkaitan Bersuci

Soalan

Assalamualaikum,
sebelum mandi wajib ,adakah perlu dikorek celah celah kuku kaki kerana dikhuatiri terdapat pasir pasir yang mungkin menghalang air dari memasuki celah celah kuku yang akan mengakibatkan mandi tidak sah?

Jawapan

Waalaikumussalam,anda boleh korek dicelah-celah kuku kaki anda  bagi mengeluarkan pasir-pasir halus yang munkin terlekat di situ.Perbuatan anda korek itu makruh sahaja.
Panel nasihatkan , alangkah lebih baiknya  jika sambil anda mandi wajib dan pada masa yang sama anda korek dan bersihkanlah kekotoran dan pepasir yang melekat di celah-celah kuku jari kaki anda.Wallahu a'lam.

Tuesday, January 10, 2012

Pengertian Mandi Wajib

Soalan

apakah yang dimaksudkan dengan mandi wajib?

Jawapan

Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada Hadas Besar dan ia melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang suka
bertaubat dan bersih. "
(Surah Al-Baqarah 02:222)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Menjadi tanggungjawab ke atas setiap orang Islam untuk mandi sehari dalam tujuh hari; dia membasuh kepala dan tubuh badannya”.
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Rukun Mandi Wajib ada 3 perkara:
1.         Niat.
Lafaz niat mandi wajib; “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
Lafaz niat ini sudah cukup buat semua jenis hadas sama ada junub, haid ataupun nifas.
Niat wajib disertakan semasa mula air sampai ke badan. Jika terlambat, anggota yang telah dibasuh sebelum berniat perlu diulang semula.

2.         Menghilangkan najis atau kotoran daripada seluruh badan.

3.         Meratakan air ke seluruh tubuh.
(Fiqhul Manhaji As-Syafi'i (2004),Drs. Mustapha Al-Bugha, Drs. Mustapha Al-Khen Dan Sheikh Ali Asy-Syarbaji, Darul Fajr, Kuala Lumpur. H. 76)

Saturday, December 31, 2011

CARA MEMBASUH AIR MANI ORANG LAIN YANG TERKENA BADAN KITA??

Soalan

salam kpada pihak panel..saya nk tahu,adakah kita perlau mandi wajib jika kita terkena air mani orang lain??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Antara perkara yang mandi wajib adalah keluarnya
Haid
Nifas
wiladah
Janabah ( sebab-sebab janabah ialah keluarnya air mani lalaki atau perempuan dengan apa sebab sekalipun; bermimpi, berseronok, melihat atau berfikir0
Bagi yang terkena air mani cukuplah baginya untuk membersihkan kawasan yang terkena air mani sahaja

Kemusykilan Mandi Wajib

Soalan
Salam.. saya menngunakan gel rambut... perlukah saya sabun rambut dulu sebelum mandi wajib..

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Apa yang lebih penting ketika kita mengangkat hadas besar ialah membersihkan dahulu tubuh badan kita dari sebarang kekotoran agar air itu boleh melalui seluruh anggota tubuh badan. Di sini panel mencatatkan cara mandi wajib yang bole diikuti.
1. Membaca Bismillah
2. Membersihkan anggota sulit qubul dan dubur ( seelok-eloknya mandi duduk mencangkung, tujuannya bagi meratakan air seluruh badan)
3. Jika didapati ada najis di tubuh atau sebarang benda yang menghalang air seperti gel rambut, hendaklah dibersihkan dahulu.
4. sunat berwudhuk
5. Niat mengangkat hadas besar kerana Allah swt.
6. Menjirus air ke badan, mulakan dari sebelah kanan dan seterusnya sebelah kiri.
7. Pastikan air sampai ke seluruh tubuh.
Wallahua'lam

Thursday, December 15, 2011

Hukum Mandi Dengan Anak Tanpa Menutup Kemaluan

Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya apakah hukum saya atau suami saya mandi bersama anak lelaki kami yang berusia 1 tahun 3 bulan tanpa kami menutup kemaluan di depan anak tersebut?

Jawapan

Waalaikumussalam, kesempurnaan Islam berpaksikan kepada 3 komponen utama iaitu:
1.Akidah / pegangan keimanan
2.Syariat/Syariah- rujukan hukum
3.Akhlak-suri teladan,budipekerti,tingkah laku,perangai
Berdasarkan kepada 3 komponen asas  ini dari segi hubungannya  ia saling kait mengait antara satu sama lain bagi  tujuan pemantapan dan pengukuhan.Jika akidah kita kuat,kemudian syariat yang diturunkan kita dipatuhi dan akhlak mulia dan terpuji dijaga serta dipelihara,hasilnya ialah akan lahirlah  muslim dan mukmin yang sejati.
Berbalik kepada persoalan, apabila ibubapa mandi bersama dengan anak dalam keadaan telanjang/bogel,situasi ini melibatkan akhlak seseorang .Sedangkan rasulullah saw tidak pernah bertelanjang bulat tanpa seurat benang ketika bersama para isteri, apatah lagi ketika mandi.Ini kerana ada 2 malaikat yang  tidak pernah berenggang dengan manusia setiap masa iaitu rakid dan atid.Tugas mereka akan mencatat amalan baik dan amalan buruk yang dilakukan oleh manusia pada setiap ketika.
Jika kita mandi dalam keadaan bogel tambahan pula di depan anak walaupun anak tersebut masih mentah, sebenarnya kita sendiri  telah mewariskan kepada anak berkenaan akhlak yang tidak baik iaitu tidak tahu malu dan jaga maruah diri.Sedangkan pengutusan baginda kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia itu sendiri.
Justeru panel tidak hairan jika suatu ketika nanti  apabila anak  itu membesar ia akan terdidik menjadi manusia yang tidak tahu malu dan menjaga maruah diri.Pada masa itu kita selaku ibubapa akan rasa menyesal kerana salah didikan kepada anak.Perkara ini terjadi hasil daripada pengalaman yang ditiru daripada kedua ibubapa  semasa mereka kecil.
Oleh itu panel tegaskan eluklah anda berdua hentikan mandi dalam keadaan bogel apabila bersama anak.Jika hendak mandi juga cubalah belajar jadi  manusia yang tahu malu.Ini kerana dengan mengamalkan sifat malu itu dikira sebahagian daripada keimanan.
Panel syorkan agar anda didiklah anak  tersebut dengan sifat-sifat mahmudah dan mulia.Mudah-mudahan ia akan membesar dengan memiliki  akhlak seorang muslim dan mukmin sejati sebagaimana yang dianjurkan oleh baginda saw.Wallahu a'lam.