Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Bakteria Dalam Najis Bayi

SOALAN :


"Sekiranya sumber bakteria itu adalah bukan dari najis bayi (sumber lain), perlukah mengalami proses pengasingan dan penyucian?..."

 

JAWAPAN :

 Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, petikan fatwa tersebut adalah bermaksud setiap alkohol yang terhasil diharuskan untuk tujuan minuman sekiranya ia terhasil bukan melalui proses pembuatan arak, bukan niat menghasilkan arak dan dalam kuantiti kurang 1%. Perlu diingat juga, Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. Manakala isu bakteria baik adalah perkara yang berbeza. Jika bakteria terhasil secara semula jadi atau proses tertentu daripada haiwan atau tumbuhan, maka ia diharuskan melainkan ia datang dari benda najis seperti babi dan anjing. Bakteria dari babi dan anjing adalah haram digunakan dan tidak boleh disucikan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal: http://www.halal.gov.my/v3/ Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam

 

Wednesday, August 21, 2013

Hukum Menghidu Asap Rokok

Soalan

Assalamualaikum ustaz.Apakah hukum menghidu asap rokok(rokok yang dicelup arak) yang dihisap oleh orang lain?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Harus dan tidak ada manfaat jika menghidu tanpa tujuan yang baik.  Celup lain tidak dapat dipastikan apakah yang dicelup itu.

Hukum Salam Dgn Bapa Saudara

Soalan

assalammulaikum..saya ingin bertnye apakah hukum seorang perempuan bersalam dgn anak lelaki kpd nenek saudara saya? mohon diperjelaskan..terima kasih

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam persoalan ini perlu dilihat terlebih dahulu tentang hubungan wanita tersebut dengan anak lelaki nenek saudara anda.
Jika mereka mempunyai hubungan yang mahram, maka tiada salahnya mereka bersalaman. Namun, jika mereka tidak mempunyai hubungan mahram, maka ia perlu dielakkan dan dengan bersalaman tersebut juga akan menyebabkan wudhu’ mereka akan terbatal akibat daripada berlakunya persentuhan kulit di antara mereka tanpa sebarang lapik. Wallahu 'alam.

Apakah Hukum Jika Seorang Suami Melepaskan Kata Seperti "kau X De Ape2 Utk Aku" Terhadap Isterinya?

Soalan

Assalamualaikum....sy musykil...suami berkali2 mengatakan sy(isteri) x de ape2 utk dia selama kami berkahwin.sy x pernah layan dia sebagai seorang suami.dia akan bersikap begini setiap kali ade selisih faham.sy cuba utk menasihati dia agar berpada2 utk marah & pukul anak2.dia pukul & marah anak seperti mereka telah faham & besar.padahal anak2 kami baru berusia 5, 4 dan 3 thn.selama ni sy layan die dgn baik, dr segi mkn minum, pakai, keperluan suami isteri & sbgnya.ape yg perlu sy buat skrg?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, kata-kata suami anda tidak membawa apa-apa makna sekiranya beliau tidak meniatkannya dengan talaq.
Namun, jika beliau memaksudkan kata-kata tersebut sebagai talaq ataupun cerai, maka ia berkemungkinan boleh menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas anda.
Dalam hal ini, anda dinasihatkan supaya merujuk kes ini kepada pegawai di Unit Runding Cara Keluarga yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan tempat anda bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Mengenai sikapnya yang suka memukul anak, jika keterlaluan (membawa kecederaan) anda dinasihatkan supaya membuat aduan di balai polis yang berdekatan supaya tindakannya itu dapat dihentikan (tidak diulangi pada masa hadapan). Wallahu 'Alam.

Hukum Keluarga Tidak Boleh Menegur Dan Membiarkan Saudara Baru.

Soalan

salah sorg ahli keluarga yang telah berkahwin dgn lelaki india yg telah memeluk Islam pada hari pernikahan di mana india itu di Islamkan dan selepas itu terus dinikahkan.Slps dari itu keluarga tidak dibenarkan campur tangan dlm hal mereka lagi.Hanya si isteri sahaja bercampur dgn keluarga kami dan si suami mengelak dari bermasyarakat dgn keluarga. Status IC dan kelas agama pun kami tidak mengetahui statusnya. Timbul keraguan dri pihak keluarga tentang masalah yg telah terbelenggu 15thn ini.

Jawapan

Perkahwinan seperti ini adalah salah dan tidak mengikut peraturan/tidak pula mendapat kebenaran serta tidak dapat dipastikan kesahehannya (perkahwinan tersebut)  Oleh demikian ia perlu melapurkan ke Mahkamah syariah untuk mempastikan kesahihanya.

Hukum Membotakkan Kepala

Soalan

As-salam ustaz/ustazah...
Apa hukumnya membotakkan kepala sehingga licin??
Ada yg mengatakan HARAM...
Minta penjelasan dari pihak ustaz/ustazah
Terima kasih...

Jawapan

Wkslm Wrhmtllh Wbrkth..
Tidak menjadi haram membotakkan semua kepala sehingga licin bagi orang lelaki. Namun hukumnya haram bagi wanita sekiranya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' kerana ia dianggap menyerupai orang lelaki. Berkemungkinan menjadi haram apabila perbuatan tersebut dinazarkan kepada perkara yang diharamkan oleh syara' seperti apabila menang loteri ataupun sebagainya. Apa yang diharamkan oleh syara' ialah potongan rambut al-qoza' (potong sebahagian dan meninggalkan sebahagian) sepertimana yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W dalam riwayat sohihaini :
عن ابن عمر رضي الله عنه قال : " نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن القزع " أن يُحْلَقَ رأس الصبي ويترك بعض شعره "  وعنه رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم ، رأى صبياً قد حُلِقَ بعض شعره وتُرِكَ بعضه ، فنهاهم عن ذلك ، وقال : " احلقوه كله أو اتركوه كله " 
Oleh yang demikian cara memotong rambut yang dibenarkan oleh syara' ialah samada membiarkan rambut begitu sahaja atau mengguntingnya secara keseluruhan (setara iaitu nipis atau botak). Wallahu a'lam.        

Friday, April 19, 2013

Hukum Lelaki Memakai Cincin Emas Palsu

Soalan

apakah hukum bagi lelaki yang memakai cicncin emas palsu?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, semua lelaki muslim dilarang untuk memakai sebarang bentuk pakaian ataupun perhiasan yang diperbuat daripada emas yang tulen sekalipun dalam sukatan yang kecil. Larangan ini ada diterangkan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu 'Anhu mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Dilarang (diharamkan) memakai sutera dan emas ke atas kaum lelaki daripada umatku dan dihalalkan ke atas kaum perempuan.”
(Hadis riwayat al-Tirmidzi).

Melalui hadith di atas, jelas kepada kita bahawa yang dimaksudkan dengan emas di sini adalah emas yang tulen dan bukannya emas tiruan atau lainnya.
Dari itu, hukum seorang lelaki memakai cincin emas palsu adalah diharuskan. Wallahu a'lam

Monday, January 7, 2013

Apa Hukum Seorang Isteri Kematian Suami Pergi Solat Kemasjid

Soalan

Apa hukum seorang isteri kematian suami pergi solat jamaah di masjid yang berhampiran dgn rumahnya. Adakah ia juga dilarang kerana masih dalam iddah 4 bln 10 hari itu. Adakah ia termasuk kedalam perkara perlu atau dharurah

Jawapan

dalam kes ini, jika isteri tersebut memang sudah menjadi rutin hariannya sejak sebelum kematian suaminya sering berjema’ah di masjid tersebut, maka tiada salah bagi dirinya untuk meneruskan amalan tersebut.
Namun begitu, jika ia adalah amalan yang baru sahaja dilakukannya (sejak kematian suaminya), maka ia adalah tidak wajar untuk dilakukannya kerana boleh menimbulkan fitnah ke atas dirinya.
Sesungguhnya fitnah itu kesan buruknya adalah lebih dahsyat daripada kesalahan membunuh satu jiwa.
Perkara ini ada dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam firmannya dalam Surah al-Baqarah ayat ke-217, maksudnya:
“...dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan...”.
(Surah al-Baqarah 02: 217)

Oleh yang demikian, walaupun pahala solat berjema’ah adalah lebih besar jika dibandingkan dengan solat bersendirian di rumah, namun dalam keadaan ini adalah lebih baik sekiranya isteri tersebut hanya bersolat sendirian sahaja di rumahnya kerana itu adalah lebih baik bagi dirinya dalam keadaan tersebut. Wallahu 'alam

Monday, July 23, 2012

Apakah Hukum Tidak Mandi Pagi

Soalan

Assalamualaikum ustaz , saya ingin bertanya . Apakah hukum Tidak mandi pagi sewaktu kita ingin menunaikan solat Subuh ? Sah atau Tidak ?

Jawapan

Ianya sah selama mana tidak terdapat najis terkena di badan

Tuesday, July 17, 2012

Mewarnakan Misai

Soalan

apakah hukum mewarnakan misai dengan inai bagi menghitamkannya

Jawapan

Hukumnya sunat kerana sahabat melakukannya.

Friday, July 13, 2012

Apakah Hukum Orang Yang Mencuri Duit Sedekah Kematian


Soalan

apakah hukum atau balasan orang yang mencuri duit sedekah dari kematian?

Jawapan

Hukumnya adalah haram. Balasan hanya Allah yang tahu. Jika dia bertaubat maka taubatnya itu tidak diterima kecuali dia membayat balik harta tersebut atau sihalal oleh tuan2nya Sebab ini berkaitan hak hamba.

Thursday, July 12, 2012

Bersalin Dengan Doktor Pakar Lelaki


Soalan

Saya bercadang untuk bersalin di Hospital swasta dengan berbidan doktor pakar lelaki. Walaupun terdapat pilihan doktor pakar perempuan tetapi saya lebih yakin dgn doktor lelaki tersebut kerana testimonial yang diberikan oleh pesakit-pesakit sebelum ini.

Bolehkah saya teruskan niat untuk berbidan doktor pakar lelaki tersebut?

Sekian, terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut ulamak dan para sarjana Fekah dalam agama islam, anda wajib  mengutamakan doktor atau bidan perempuan terlebih dahulu sebelum menempah pakar perbidanan lelaki semasa bersalin.Ini kerana agama Islam tetap memelihara batas aurat seorang wanita apabila berhadapan dengan doktor lelaki yang tiada hubungan kekeluargaan.
Sekiranya anda telah cari dengan bersungguh-sungguh ternyata memang tiada doktor perempuan maka ketika itu HARUS HUKUMNYA anda  menempah doktor perbidanan lelaki untuk menguruskan anda ketika bersalin TETAPI DENGAN SYARAT ANDA HENDAKLAH  DITEMANI OLEH  SUAMI @ ADIK BERADIK PEREMPUAN SEMASA ANDA BERSALIN.Wallahu a'lam.

Hukum Memakan Harta Anak Yatim


Soalan

Assalamualaikum w.b.t. Semasa ibu mertua saya masih hidup beliau dan anaknya yang lain telah bersetuju untuk menyerahkan tanah felda itu kepada suami saya dan telah pun selesai membuat urusan pindah milik di pejabat tanah. Apabila suami saya & ibunya meninggal dunia, saya sebagai pemegang amanah untuk anak2 mendapati mereka telah ke pej .felda dan membuat agihan hasil pendapatan felda dibagi sama rata setiap bulan. Persoalannya adakah salah mereka ambil hasil harta tsbt. tanpa persetujuan

Jawapan

Sepanjang pengentahuan saya, suami puan hanyalah sebagai pentadbir sahaja bukan sebagai pemilik. Puan perlu rujuk ke pejabat Felda untuk kepastian. dan tentang isu pembahagian sama rata. Jika mengambil harta secara tak benar adalah jelas haram.


Halal/haram Penggunaan Perkataan HOT DOG


Soalan

adakah penggunaan perkataan HOT DOG itu adalah haram disisi agama...
sekian terima kasih..

Jawapan

Waalaikumussalam,
Penggunaan perkataan hot dog yang membawa maksud ialah anjing panas.Hukumnya adalah sama dengan istilah yang digunakan pada satu makanan, yang amat terkenal di Pantai Timur iaitu tahi itik.Jika dilihat kepada makna memang kita  tidak lalu dan berselera untuk makan.Tetapi apabila dah rasa pasti akan dicari lagi.Justeru mengikut pandangan ulamak fekah penggunaan istilah sedemikian,hukumnya adalah makruh,iaitu menggantikan nama @ istilah lain adalah lebih baik.
Justeru panel nasihatkan,agar anda  jangan mempertikalkan  dari segi istilah sahaja tetapi  apa yang penting ialah  bahan-bahan  tersebut mestilah terdiri daripada ramaun-ramuan   yang bersih,suci lagi halal.Wallahu a'lam

Friday, June 22, 2012

Air Kumbahan Najis Khinzir

Soalan

apakah hukumnya mandi di air laut yang mempunyai sistem kumbahan najis khinzir yang dialirkan ke dalalamnya. Bagaimana pula dengan hasil tangkapan seperti ikan di sekitar kawasan tersebut. Bolehkah dimakan ?

Jawapan

Jika tiada zat, bau atau rasa  berubah pada air laut maka tidak mengapa. Ikannya halal dimakan.

Hukum Cukur Rambut

Soalan

Assalamualaikum. Anak perempuan saya tak lame lagi akan dibuatkan majlis cukur rambut. Saya ingin bertanye apakah selanjutnye yg harus saya lakukan dgn rambut yg telah dicukur itu? Saya dengar ade org kate nak kena pegi kedai emas untuk timbang beratnye. Selepas itu saya harus tukarkan berat rambut itu ke harga emas dan kemudian beri sedekah sejumlah harga emas itu. Adakah ini betul? Adakah ia wajib?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam Islam bukannya majlis cukur rambut itu perlu diutamakan tetapi majlis Akikah sebagai tanda kesyukuran kerana dikurniakan zuriat/anak.Melaksanakan Akikah  hukumnya adalah sunat muakkad (Yang sangat-sangat dituntut) kepada ibubapa yang mampu dari segi kewangan.Akikah itu Perlu dilaksanakan pada hari ke 7 kelahiran,jika belum sempat buat pada hari ke 14,atau hari ke 21 dan begitu lah seterusnya sehinggalah anak itu baligh.
Pada hari akikah (hari ke 7) itu hendaklah diberi nama anak tersebut ,pada hari itu juga anak itu ditahnik mulutnya (belah mulut)  dengan buah kurma atau madu oleh ulamak atau orang alim.Dicukur rambutnya kemudian rambut tersebut ditimbang dan di nilai dengan harga perak semasa kemudian duit itu didermakan/disedekahkan kepada fakir miskin.Hukum melaksanakan perkara ini adalah sunat Muakkad/sangat dituntut ke arah meraih reda Allah swt.Wallahu a'lam

Sunday, June 17, 2012

Hukum Mandi Dengan Air Yang Telah Dibacakan 30 Juzuk Ayat Suci Al-quran

Soalan

assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, Apakah hukum mandi dengan air yang telah dibacakan 30 juzuk ayat suci al-quran bagi tujuan atau niat tertentu?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mandi menggunakan air yang telah dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran itu adalah harus.Justeru niat tersebut mestilah untuk tujuan kebaikan umpamanya sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan,menyembuhkan penyakit dan seumpamanya.
Andaikata untuk tujuan kejahatan atau kekebalan iamalan seumpaman ini adalah dilarang sama sekali.Wallahu a'lam.

Berkenaan Mandi Wajid

Soalan

perlukah wanita mandi wajib wlupun hanya bahagian dubur sahaja dimasuki kemaluan suami...

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pertama sekali panel hendak beritahu hukum memasukkan kemaluan suami melalui dubur isteri itu adalah haram.Allah tidak akan pandang perbuatan anda berdua sebagai pandangan rahmat.Amalan ini seakan-akan mengulangi perbuatan umat yang hidup di zaman nabi lut.
Panel mohon supaya anda dan suami bertaubat nasuha(sungguh-sungguh) menyesal atas perbuatan,berazam tidak akan mengulangi dan segera meninggalkan perbuatan tersebut.Anda kena membersihkan diri untuk tujuan beribadat.Wallahu a'lam.

Saturday, June 9, 2012

MENONTON VIDEO SEKS


Soalan

APAKAH HUKUMNYA KALAU MENONTON SEKS SEBAB SAYA SUDAH KETAGIH MENONTON VIDEO SEKS.BAGAIMANA MAHU ATASI MASALAH BEGINI? APAKAH AZAB BAGI ORANG YANG MENONTON VIDEO LUCAH ATAU SEKS?

Jawapan

Waalaikum ussalam,
Menurut Islam Hukum menonton video seks itu adalah haram.Perasaan ketagih ini timbul disebabkan anda terlalu kerap menonton videa seumpama itu.Dalam waktu yang sama anda gagal untuk mendidik diri dan iman anda daripada perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.
Bagi mengatasi perkara tersebut para sarjana dan ulamak fekah telah menyediakan  kaedah yang paling praktikal untuk diikuti iaitu:
1.Berkahwin bagi yang telah bersedia dari segi fizikal,kewangan,mental dan emosi
2.Jika tidak dapat laksanakan yang pertama anda perlu berpuasa bagi tujuan untuk mengendurkan nafsu
3.Melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan rekreasi
4.Melibatkan diri dengan usrah atau persatuan-persatuan yang sekaligus  fikran anda tidak akan tertumpu kepada seks dan gambar lucah.
Azab @ kesan bagi yang menonton video lucah ialah:
1.Allah tarik seri di wajahnya
2.Rezki disempitkan
3.Allah bentuk titik-titik hitam di hatinya setiap kali dia tengok  video seks
4.Tayangan Gambar seks akan dipancarkan di padang mahsyar  ketika  berhimpun di hari Qiamat kelak.
5Kesan berdosa tetap ada sehingga doanya kurang dimakbulkan oleh Allah SWT.
Justeru panel nasihatkan agar anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh) kepada Allah,mudah-mudahan niat anda diterima dan dosa anda diampunkan.Wallahu a'lam

Duit Haram Dan Duit Halal Di Simpan Di. Bank


Soalan

Assalamualaikun ustaz,adakah duit tetap haram buat selamanya bila saya menyimpan duit halal dan haram di dlm bank.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, jika duit tersebut adalah duit yang diperoleh daripada sumber yang haram, maka ia tetap dihukumkan haram sekalipun telah dicampurkan di dalam satu akaun yang sama dengan duit yang halal di dalam bank. Wallahu 'alam