Showing posts with label Qada. Show all posts
Showing posts with label Qada. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Qada Puasa Bagi Wanita

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Ada seseorang yang menyatakan Puasa tdk perlu diqada'kan oleh wanita yg mengalami Haid semasa bln Ramadhan kerana Haid merupakan perkara semulajadi terhadap wanita. Beliau menekankan lagi puasa hanya perlu diganti oleh wanita yang bersalin pada bulan puasa.
Beliau juga menyatakan puasa wanita haid tidak perlu ganti kerana ia adalah bersamaan dengan tidak perlu qada' solat lima waktu semasa haid. Boleh tolong bagi nas yang kukuh yang boleh saya beritahu kpdanya? TQ

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak benar pendapat sedemikian kerana dalam menjelaskan persoalan ini ia dikaitkan dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud "Sesiapa yang berada dalam keadaan sakit atau musafir maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain, dan bagi orang yang tidak mampu (berpenyakit yang tidak dapat dipulihkan seperti penyakit tua atau gastrik berpanjangan dan saumpamanya) untuk berbuat demikian (berpuasa) maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain".
Benar bahawa Haid merupakan perkara semulajadi tetapi dalam ayat ini (maksud ayat al-Quran diatas) ia tidak berkecuali dari melakukan puasa sekalipun bagi wanita yang bersalin pada bulan puasa.  Ia tidak sama dengan kes solat kerana ada hadis yang mengecualikan solat (melarang solat dan mengecualikan solat untuk diganti) bagi wanita yang ber Haid. (Soheh Muslim - no. 335 : Kitab al-Haid) yang bermaksud " Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami (Aisyah) maka kami disuruh oleh Rasulullah mengqada puasa namun tidak disuruh untuk mengqada solat."

Thursday, November 8, 2012

Qadha' Solat Fardu Yang Dihimpunkan

Soalan

ust bolehkah dihimpunkan qadha'solat pada satu ketika. contoh qadha' sohor, asar,magrib.isyak dan subuh dikerjakan pada waktu malam. terima kasih.

Jawapan

Solat qadha’ adalah solat yang wajib dilakukan kepada mereka yang telah meninggalkan solat fardu lima waktu.
Solat ini tidak mempunyai waktu yang khusus. Oleh itu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja mengikut kehendak pelakunya.
Oleh yang demikian, solat qadha’ bagi solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya'' dan juga Subuh boleh dilakukan pada waktu malam hari. Wallahu 'alam.

Monday, July 16, 2012

Qada Solat Fardhu

Soalan

Sy telah bertaubat,mahu melakukan qada solat fardhu,sy bole ingin melakukan setiap kali selepas solat fardhu,cnth selepas subuh,tiada solat sunat badiah,nmun solat qada subuh bole kan..bole buat 2 atau 3 kali solat qada subuh tersebut?..bagaimana dengan zohor,asar,mghrib dan isyak,.sy perlu qada dulu, atau solat sunat badiah dulu,dan ia bole dilakukan 2 3 kali..?selepas asar juga tidak bole solat sunat,tp solat qada bole kan ustaz?..sy benar2 ingin bertaubat..

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam persoalan mengqadha’ solat fardu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Malah, anda tidak perlu untuk menunggu waktu bagi solat tersebut terlebih dahulu. Ringkasnya, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang anda ingin lakukannya termasuklah selepas Solat Fardu Subuh dan Asar. Solat yang dilarang dikerjakan dalam kedua waktu ini hanyalah bagi solat sunat sahaja. Dari itu, mengerjakan solat yang wajib seperti mengqadha’ solat fardu adalah diharuskan. Wallahu 'alam.

Monday, July 2, 2012

Mengirasolat Yang Di Tinggal Dan Qada Solat

Soalan

umur 14 haid pertama, sekarang umur saya 39 saya dah insaf .saya nak tahu cara mengira untuk qada solat

Jawapan

Jika tak pernah solat kiraannya senang 39 tahun - 14 tahun = 25 tahun, maka perlulah di qadha selama 25 tahun atau 26 tahun (Campur tahun umur 14 juga yang wajib solat). Oleh itu bagusnya setiap kali solat disolat juga qadha samaada di buat sebelumnya atau selepasnya dan insyallah apabile berusia 65 tahun, selesai semua qadha yersebut. Jika tak selesaipun qadha pun tak apa (mungkin mati awal) yang penting DAH BERTAUBAT NASUHA dan azam untuk qadha habis.

Friday, June 22, 2012

Masa Muda Remaja Telah Meninggalkan Puasa Skrg Taubat

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
Saya dahulunya semasa muda jahil tentang agama dan hukum2 nya, saya tinggalkan puasa dan tidak menqadanya, sekarang saya sedar dan bertaubat. Saya mula menqada puasa. Pertanyaan saya, bolihkah saya membayar fidyah secara satu tahun, saya tidak mampu membayarnya secara total 20 tahun fidyah, yang dikira berjumlah $7,000 lebih, sekian terima kasih.
Jazakumullah

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bersyukurlah ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana telah memberi anda peluang untuk bertaubat dan kembali ke jalannya yang lurus.
Dalam masalah membayar fidyah puasa tersebut, anda boleh berbuat demikian. namun apa yang paling penting ialah anda mengqadha’ semua jumlah hari puasa Ramadhan yang telah anda tinggalkan selama ini.
Ringkasnya, bayarlah fidyah tersebut mengikut kemampuan kewangan anda. Wallahu 'alam.

Tuesday, June 12, 2012

Soalan Mengenai Solat Qada'

Soalan

Assalammualaikum.. Saya seorang yang malas nak solat.. selalunya selepas solat saya ingin melakukan solat qada' yang saye pernah tinggal.. kalau saya nak solat qada' cara duduk.. boleh tak? atau pun saya jama' dalam 10 waktu tapi semua dalam cara duduk..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, solat yang ingin anda qadha’kan adalah solat fardu. Solat fardu mesti dilakukan secara berdiri kerana ia menjadi salah satu daripada rukun solat ini. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran, maksudnya:
“...dan dirikanlah solat...”
(Surah al-'Ankabut 45)

Di dalam Al-Quran, semua ayat yang berkaitan dengan kewajipan mengerjakan solat akan digabungkan dengan kalimah “dirikanlah” (aqimu) dan ini menunjukkan bahawa semua solat fardu wajib dikerjakan secara berdiri melainkan mereka yang tidak boleh berdiri. Ringkasnya, solat fardu mesti dikerjakan secara berdiri bagi mereka yang mampu. Oleh itu, solat qadha’ juga mesti dikerjakan secara berdiri sebagaimana solat fardu yang dikerjakan di dalam waktunya.
Mengenai menjamakkan beberapa solat qadha’ di dalam waktu yang sama adalah diharuskan. Hal ini adalah kerana solat qadha’ sudah tidak mempunyai waktu yang khusus. Ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa. Wallahu 'alam.

Thursday, May 31, 2012

Beberapa Soalan Tentang Qada' Solat Yang Tertinggal

Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya pernah tertinggal solat lebih kurang 120 hari. Itu anggaran saya. Jadi saya ada beberapa soalan :-

1.Jika belum solat Taubat, adakah solat qada' saya diterima? dan bilakah masa2 yang boleh saya lakukan solat Taubat?
2.Adakah benar jika selagi saya belum ganti solat saya, dosa meninggalkan solat akan bertambah? Walaupun saya sudah berniat untuk menggantikan solat2 itu?

Tolong jawab secepat mungkin. جزاك الله خير

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Sebaik-baiknya kita perlu melakukan solat taubat terlebih dahulu bagi menyucikan dan meohon keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Selepas melakukan solat taubat maka kerjakanlah solat qadha' pada bila-bila masa
Solat qadha' boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seelok-eloknya dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardhu. Contohnya: Solat qadha' zohor dilakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu zohor.
Tidak bererti tidak menggantikan solat yang ditinggalkan itu dosa akan bertambah. Apa yang lebih penting ialah taubat dan kembali ke jalan Allah serta melakukan kewajipan amal ibadah yang lain.

Thursday, May 24, 2012

Terlepas Solat Zohor Dan Sudah Masuk Waktu Asar

Soalan

1) bagaimana caranya hendak menunaikan solat yang terlepas...contoh jika terlepas waktu zohor dan sudah masuk waktu asar... solat yang manakah yang patut didahulukan dulu ( zohor yang terlepas @ asar dahulu baru zohor)..dan apakah niatnya...

Jawapan

Waalaikussalam,
Menurut sabda Baginda SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Solat itu adalah tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat seolah-olah dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia telah meruntuhkan agama."
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, Ketika masuk waktu asar ini bermakna tiada lagi waktu zohor.Justeru mengikut ulamak dan para sarjana ilmu fekah Islam mengatakan bahawa hendaklah didahulukan empunya waktu solat (iaitu waktu asar) kemudian baharulah didirikan pula  solat zohor yang terlepas waktu secara kada'.
Niat bagi kedua-dua solat tersebut adalah seperti berikut:
1.Niat Solat Asar
Usalli fardal asri arbaa rokaatin adaan lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku menunaikan solat asar 4 rakaat kerana Allah Taala.
2.Solat Zohor Yang Tertingga/Terlepas
Usalli fardal Zuhri arbaa rokaatin Qodaan Lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku qoda solat zohor empat rokaat  kerana Allah Taala.
Panel nasihatkan agar anda menjaga waktu solat dengan baik,ini kerana perintah mendirikan solat datangnya daripada perintah Allah SWT.Justeru dirikan solat tepat pada waktunya.Wallahu a'lam.

Friday, May 4, 2012

FIDHYAH DAN QADA' PUASA

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin betanya. saya telah meninggalkan puasa sebanyak 8 hari pada tahun 2006 sahaja dan tidak menggantikannya sehingga tahun 2012. jika saya menggantikan puasa yang ditinggalkan terlebih dahulu dan menangguhkan pembayaran fidhyah, adakah fidyah yang perlu dibayar akan TERUS DIGANDAKAN walaupun saya telah mengqada'kan puasa tersebut. harap dapat membantu. terima kasih. :)

Jawapan

Waalaikumussalam,
Puasa ramadan yang terbatal atau tertinggal perlu diQada' dengan kadar segera sebelum tibanya bulan puasa pada tahun  yang berikut.Jika tidak diQada sehingga tibanya bulan puasa pada tahun berikutnya maka ia kena lakukan dua (2) perkara iaitu:
1.Qada' puasa yang tertinggal mengkut jumlah harinya
2.Membayar fidyah (1 hari tertinggal kena fidyah 1 cupak baghdad.
Perlu diingat,Jumlah puasa yang tertinggal tidak akan berganda cuma walaupun melangkau tahun cuma yang berganda ialah Fidyah sahaja. Sebagai contoh
Jika tertinggal 8 hari pada tahun 2006-Jumlah puasa yang perlu diQada' pada tahun 2012 tetap  8 hari juga.Berbanding dengan fidyah jika tidak dapat dibayar pada tahun 2007 ia telah berhutang 8 cupak dikali dengan 5 tahun ertinya 40 cupak baghdad.
Justeru panel nasihatkan cepat-cepat bayar fidyah dan segerakan Qada' puasa yang tertinggal.Mudah-mudahan Allah akan menerima amalan anda.Wallahu a'lam.

Wednesday, April 4, 2012

Cara Pengiraan Fidyah Dan Ganti Puasa Yang Tertinggal

Soalan

Asalammualaikum.sejak 19 tahun lalu,jumlah puasa yang saya tinggalkan ialah 375 hari.sehingga hari ni saya belum membayar puasa dan fidyah lagi.berapakah jumlah fidyah dan ganti puasa yang harus saya bayar balik?meminta cara pengiraannya.terima kasih.

Jawapan

Asalammualaikum.sejak 19 tahun lalu,jumlah puasa yang saya tinggalkan ialah 375 hari.sehingga hari ni saya belum membayar puasa dan fidyah lagi.berapakah jumlah fidyah dan ganti puasa yang harus saya bayar balik?meminta cara pengiraannya.terima kasih.


Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jumlah puasa yang perlu diqadha’kan adalah sama dengan jumlah yang telah ditinggalkan, iaitu 375 hari.
Walau bagaimanapun, mengenai bayaran fidyah yang perlu anda bayar akan digandakan mengikut bilangan tahun yang telah ditinggalkan oleh anda.
Sebagai ringkasnya:
Bilangan hari yang perlu anda qadha’:            375 hari.
Bilangan beras yang perlu anda bayar:          6125 cupak beras (1 cupak = 675 gram)*.
Bagi puasa yang masih belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan bagi tahun hadapannya, akan dikenakan fidyah. Fidyah tersebut akan digandakan jika masih belum mengqadha’ puasa tersebut sehingga bertemu dengan ramadhan tahun yang berikutnya lagi.

Dalam hal ini, anda diwajibkan untuk mengqadha’ dan membayar fidyah tersebut. Ringkasnya, anda perlu lakukan kedua-duanya sekali. Wallahu 'alam (qadha’ dan fidyah).

Nota:
Satu hari puasa yang belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan tahun hadapannya akan dikenakan fidyah sebanyak 1 cupak beras.
Sila rujuk ke baitulmal yang berdekatan untuk membuat bayaran. Selain itu, kiraan fidyah juga boleh dilakukan di sana.

* dapatkan pengiraan yang tepat di baitulmal berdekatan.

Wednesday, March 21, 2012

Solat Qada Tahun-tahun Yang Lalu

Soalan

saya pernah meninggal solat pada usia remaja dahulu,anggaran 5 tahun.kini saya ingin qadar kan kembali solat2 sy yang lalu dan ingin bertaubat.soalan saya,
1. saya tak tahu jumlah yg tlh ditinggalkan?
2. bolehkah qadar solat zuhur cthnya sebanyak 3 kali qadar zuhur selepas solat zuhur dalam 1 hari terus?
3. bolehkah qadar zuhur pada waktu2 solat lain?

Jawapan

1.         Jika anda telah kenal pasti jumlah bilangan tahun yang telah ditinggalkan, maka apa yang perlu anda lakukan ialah mengira jumlah bilangan hari untuk 5 tahun tersebut. Panel mencadangkan supaya anda mengiranya mengikut bilangan hari dalam satu tahun Hijriah (354 hari).
Oleh itu, 354 hari anda darabkan dengan 5 (solat fardu dalam satu hari), dan jumlahnya adalah merujuk kepada jumlah solat fardu yang perlu anda qadha'kan.
2.         Anda boleh berbuat demikian (ikut kemampuan anda).
3.         Solat qadha' Zuhur boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja (yang anda inginkan).
Wallahu 'alam

Thursday, February 16, 2012

Kemusyilan Tentang Qada Solat Yg Tertinggal

Soalan

assalamualaikum. saya ada sedikit kemusykilan tentang qada'

boleh ke kita selalu qada' solat kita. contoh, dlm satu minggu aminah akan tertinggal solat subuh dgn tidak sengaja. boleh ke dia qada' kan solat subuhnye yg ditinggalkan hampir 3hari berturut-turut? apa hukumnya?

Jawapan

Wa'alaikummussalam
Hukum mengqada'kan solat adalah wajib bagi setiap solat yang ditinggalkan.
Manakala perbuatan meninggalkan solat pula adalah berdosa besar.

Friday, December 16, 2011

Tertinggal Solat,bila Waktu Yg Perlu Kita Qadaq

Soalan

kalau tertinggal solat isyak,kena qodaq waktu isyak juga ke atau bila2 waktu boleh qadaq

Jawapan

Mengenai bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan solat qadha’ Isya'' yang telah ditinggalkan ialah pada waktu itu juga (waktu teringat telah tertinggal solat tersebut). ringkasnya, tidak perlu untuk menunggu seihingga waktu Isya'' baru mengerjakannya. Solat qadha’ perlu dilakukan dengan segera dan ia tidak mempunyai waktu yang khusus. Wallahu 'Alam.