Showing posts with label Sembelihan. Show all posts
Showing posts with label Sembelihan. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Hukum Sembelih Lembu Yang Ditembak

Soalan

Bolehkah kita menembak lembu terlebih dahulu sebelum disembelih?

Jawapan

Lembu tersebut boleh ditembak terlebih dahulu dengan syarat lembu tersebut sukar untuk dijinakkan dan ia mula mengganas apabila hendak menangkapnya.
Walau bagaimanapun, haiwan tersebut bukan ditembak dengan menggunakan peluru hidup, tetapi ia ditembak dengan menggunakan ubat pelali atas tujuan untuk melemahkannya sahaja.
Apabila ia telah mulai lemah, maka pada waktu ini tangkap dan uruskan penyembelihannya sebagaimana menyembelih lembu-lembu yang lain. Wallahu 'alam.

Thursday, January 5, 2012

Rumah Sembelihan

Soalan

assalamualaikum.
kemusykilan berkenaan ayam yg disembelih dr rumah sembelihan fy sdn bhd.
saya telah menyemak.rumah sembelihan ini mendapat sijil halal jakim dah masih sah tempoh.
tetapi bila melihat pd leher ayam yg telah disembelih. ia TERPUTUS TERUS. tidak spt kebiasaan yg mana leher ayam masih tergantung pd badannya.
harap dpt merungkaikan permasalahan ini krn produk dr syarikat ini byk terdapat di pasaran terutama di hypermarket.
terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai persoalan yang diajukan, hal ini terjadi berkemungkinan disebabkan dua faaktor, iaitu:
1.         Kepala ayam telah dibuang terlebih dahulu semasa pembungkusan. Atau
2.         Kepalanya terpotong semasa proses penyembelihan dijalankan.

Walau apa pun, ayam yang disembelih menurut cara dan kaedah Islam serta memenuhi syarat dan rukunnya adalah halal untuk dimakan sekalipun terputus lehernya semasa penyembelihan.
Ringkasnya, ayam tersebut adalah halal. Wallahu 'Alam.