Soalan
Assalamualaikum..
Jatuh x talak jika suami menyuruh isteri menuntut fasakh? Contoh
perkataan suami : "awk tuntut jelah fasakh, senang.. Sy pn x la seksa
sgt"..
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini talaq masih belum terjatuh lagi ke atas isteri tersebut.
Hal ini adalah kerana lafaz fasakh yang diucapkan oleh suami tersebut
tidak boleh dimaksudkan dengan lafaz talaq atau lafaz-lafaz lain yang
semakna dengannya.
Sebagai maklumat, fasakh adalah satu proses tuntutan untuk membatalkan
aqad nikah yang dibuat oleh seorang isteri daripada suaminya dengan
kuasa qadi. Biasanya fasakh dituntut kerana seseorang suami yang tidak
berupaya untuk memenuhi syarat-syarat pada masa aqad nikah atau berlaku
perkara yang membolehkan isteri menuntut cerai daripada suaminya.
Oleh yang demikian, dalam kes ini kata-kata suami tersebut masih belum
menyebabkan talaq terjatuh ke atas isterinya. Sila berhubung dengan
Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk dapatkan penjelasan yang lebih
lanjut mengenai kes ini. Wallahu 'alam.