Showing posts with label Dosa. Show all posts
Showing posts with label Dosa. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Dosa Atau Tidak

Soalan

ketika saye nikah dulu suami saya telah memberi wang mas kahwin sebanyak rm200.00 jika wang itu kita terpakai tanpa membeli apa-apa barang untuk diri saya seperti emas . adakah dosa .? dan apakah hukum jika saya menolak permintaan suami untuk bersama saya ..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Maskahwin adalah hak milik isteri.Ia berhak untuk membeli apa sahaja tanpa meminta keizinan suami.Anda tidak berdosa untuk membeli sebarang keperluan diri asalkan barang yang dibeli itu halal.
Anda berdosa jika menolak permintaan suami untuk bersama tanpa mempunyai sebarang sebab yang munasabah.
Perkara ini pernah diluahkan oleh seorang sahabat kepada baginda saw, kerana tidak berpuashati tentang layanan isteri terhadap suaminya.lalu baginda mengatakan sekalipun jika suami meminta untuk berseronok/bersama ketika mana berada di atas unta pun si isteri kena layan kehendak seks suami.
Malah baginda saw menunjukkan kepada puterinya Fatimah seorang isteri yang dikatakan calon syurga, lalu Fatimah mencari rumah wanita yang diperkatakan oleh ayahnya, setelah meminta keizinan beliau masuk ke rumah wanita tersebut,Fatimah dapati wanita itu merupakan seorang yang biasa dan bersederhana perwatakannya.
Lalu ditanyakan oleh Fatimah tentang layanan terhadap suaminya, lantas diceritakan oleh wanita tersebut bahawa:
1.Beliau tidak akan keluar rumah tanpa keizinan suaminya,
2.Jika  suaminya  balik dari kerja ia akan menyambut suaminya dengan muka yang manis,
3.Menyediakan segelas air untuk suaminya membasahkan tekak.
4.Di samping itu wanita berkenaan menyediakan sebatang rotan untuk dipukul oleh suaminya jika beliau tidak berpuashati tentang layanannya  sambil menyelakkan betis  @ peha untuk dirotan.
Adakah perkara ini mampu untuk anda lakukan?Sebab itulah nabi Muhammad saw menyatakan bahawa   wanita itu memang calun syurga,Ini  kerana ia mampu melayani segala kehendak suami tanpa bantahan atau boikot.Jika anda tolak permintaan suami untuk bersama,sebuah hadis mengatakan bahawa,
"Malaikat   rahmah akan mengutuk anda sepanjang malam sehingga suami   anda kembali reda"
Panel nasihatkan agar anda Mohon ampun dan maaf kepada suami jika sudah terbuat perkara yang boleh mengguris perasaan suami.Wallahu a'lam.

Sunday, December 30, 2012

Yang Mana Keredaan Allah

Soalan

As Salam, ustaz saya ingin bertanya Allah menyukai hambanya yang bertaubat dari dosa zina atau hambanya yang tidak pernah melakukan dosa zina kerana takutkan kemurkaan Allah atau menahan hawa nafsunya

Jawapan

Yang tidak melakukannya adalah lebih utama berdasarkan hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang banyak, antaranya hadis 7 golongan yang di bawah bayangan Allah di akhirat nanti. Justeru itu berkahwinlah untuk menjaga agama. Selamat dunia dan akhirat.

Tuesday, October 9, 2012

Dosa Dan Pahala

Soalan

salam ustaz,soalan saya,apabila suami tlah mninggal dunia adakah suami yang tlah meninggal itu akan mendpat dosa juga apabila isterinya melakukan dosa didunia?

Jawapan

Apabila suami tlah mninggal dunia maka suami yang tlah meninggal itu tidak akan mendpat dosa apabila isterinya melakukan dosa didunia kecuali jika dosa  itu berkaitan kegagalan suami mengajar isterinya semasa hidup seperti menutup aurat dll yang ada kaitan secara langsung dengan tanggung jawab suami (Ini jika suami tidak melarang semasa hidupnya).

Tuesday, June 5, 2012

Mendapat Dosa Selepas Meninggal Dunia


Soalan
Assalamualaikum wbt Ustaz. Saya ingin bertanya, adakah si mati akan terus mendapat dosa akibat dari perbuatan yg dilakukannya semasa hidup yg masih berterusan sehingga sekarang. Contohnya jika si mati mengusahakan perniagaan menjual arak, dan kedai arak beliau masih menjalankan perniagaan adakah beliau akan tetap mendapat dosa hasil dari penjualan arak tersebut? terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Kubur itu salah satu menjadi lubang ke neraka atau taman-taman syurga. Bagi si mati yang mana saat hidupnya dahulu beramal soleh maka kuburnya dirahmati Allah dan dijauhi dengan siksa kubur sehingga ke hari kiamat.
Berbeza dengan si mati yang mana sepanjang hidupnya bergelumang dengan dosa, maka dia akan diseksa sehingga ke hari kiamat.
Sekiranya si mati sempat bertaubat dan kembali ke jalan Allah, dan perusahaan tersebut tidak diteruskan serta segala perbuatan yang dilarang oleh syarak dijauhi maka dia dijauhi dari seksa kubur

Tuesday, May 29, 2012

Peminum Dan Belum Bertaubat

Soalan

assalamualaikum. apa hukum orang yang minum arak dahulu,tapi sekarang dah insaf .belum sembahyang taubat tetapi hanya meningati tuhan dan berselawat selalu.? apa harus orang ini lakukan

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukum minum arah ialah haram dan tergolong dalam dosa-dosa  besar. Seorang hamba yang ingin beramal ibadah maka wajib baginya untuk bertaubat dengan taubat nasuha dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut.
Membersihkan diri dari sebarang dosa adalah perlu agar segala pintu Rahmat terbuka luas buatnya dan amal ibadahnya ditermai Allah swt.

Tuesday, January 10, 2012

Dapat Dosa Dengan Pemberian Hadiah

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Nak tanya pasal hadiah.

Kita tau kalau kita beri hadiah (cth: hari jadi) kepada org, selagi mana dia pakai barangan (cth: handphone) kita tuh untuk benda baik2, kita akan dapat pahala berterusan. Tetapi andai kata, si penerima menyalahgunakan hadiah itu yg boleh mendatangkan dosa, adakah kita akan dapat dosa sekal? TQ~

Jawapan

Waalaikumussalam. Pemberian hadiah dengan ikhlas dan mengikut kemampuan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan ia sebagai tanda ingatan dan kenangan buat sahabat, kita akan mendapat ganjaran pahala selagi ia dapat dimanfaatkan dengan baik. Tetapi sekiranya  kawan kita telah menyalahi pemberian yang diberikan maka terlepas kita daripada perbuatan yang dilakukan itu. Wallahuaklam.

Sunday, March 20, 2011

PENGHALALAN DARI ORANG YANG DIRAMPAS HAKNYA; APAKAH GUGUR DOSA DARI ORANG YANG MERAMPAS?

Soalan; Assalamualaikum wbt. Arwah kawan ada meninggalkan sebiji loket. Jika dijual, perlukah dibahagi mengikut hukum faraid. Yang ada suami dan 2 orang anak lelaki. Menurut suami, sebenarnya ada lagi barang kemas arwah tetapi diambil oleh adik beradik dan arwah ibunya. Mustahil untuk mengambilnya semula. Perlukah dia beritahu kepada ipar2 secara lisan untuk menghalalkan ataupun cukup sekadar niatnya sahaja.
Terima kasih.

Jawapan;

 1. Semua bentuk harta peninggalan si mati sama ada berupa wang, harta boleh alih (kereta, motor dan sebagainya) atau tidak boleh alih (tanah, rumah dan sebagainya) dan barang-barang berharga -dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya- mesti diagihkan kepada ahli-ahli warisnya yang berhak mengikut hukum faraid yang ditetapkan Allah dan Rasul. Harus dibahagikan secara persepakatan dengan syarat mendapat persetujuan semua ahli waris yang berhak tanpa terkecuali seorang pun. Dikecualikan jika ada ahli waris yang belum baligh, maka haknya mesti diberikan penuh mengikut yang diperuntukkan dalam hukum faraid, kerana persetujuannya tidak dipakai.

2. Membolot harta si mati sedangkan ada ahli-ahli waris lain yang turut berhak atas atas harta itu, perbuatan tersebut merupakan dosa besar kerana memakan harta orang lain secara batil. Firman Allah (bermaksud); "Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil" (Surah al-Baqarah, ayat 188). Memakan harta orang secara batil bermaksud melalui jalan yang haram termasuklah mencuri, merampas hak orang lain dan sebagainya (Lihat; Tafsir al-Jalalain; Surah al-Baqarah, ayat 188). Sabda Nabi; "Tidak halal bagi seseorang mengambil sesuatu dari harta saudaranya yang lain kecuali dengan keredhaan darinya" (HR Imam Ahmad dari Amrin bin Yasribi r.a.. Juga diriwayatkan dari Khifah ar-Raqasyi r.a.. Lihat; Ziyadah al-Jami' as-Saghier, no. 3891. Menurut Syeikh al-Albani, hadis ini soheh).

3. Sekalipun orang yang dirampas haknya menghalalkan haknya yang dirampas, itu tidak mencukupi untuk menggugurkan dosa dari orang yang merampas. Ini kerana syarat taubat bagi orang yang melakukan dosa yang berkait dengan hak manusia lain ada empat;
A) Ia meninggalakan perbuatan dosa itu
B) Ia menyesali ketelanjuran melakukannya.
C) Ia bertekad/berazam tidak akan mengulanginya lagi
D) Ia memulangkan hak orang lain yang dirampasnya atau memohon halal dari mereka.

Dengan penghalalan dari orang yang dirampas haknya, ia hanya menggugurkan tuntutan harta dari orang yang merampas iaitu menyelesaikan syarat ke 4 (D) di atas. Adapun tiga syarat sebelumnya tidak terlaksana dengan semata-mata penghalalan tersebut. Ia mesti datang hari kesedaran hati orang yang terlibat dengan dosa tersebut.

Oleh demikian, hendaklah ada orang yang memperingatkan ibu dan sudara-saudara si mati tentang perbuatan mereka yang salah di sisi agama itu (merampas harta orang lain). Tindakan suami si mati menghalalkan haknya yang dirampas, ia mendapat pahala dengan tindakan itu. Namun ia tidak menggugurkan dosa dari mertua dan adik-beradik iparnya jika mereka tidak bertaubat. Lagi pula harta itu membabitkan juga anak-anak si mati, tidak cukup dengan penghalalan dari suami sahaja. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang belum baligh di mana persetujuan mereka tidak dipakai, bermakna; hak mereka mesti diberi secara penuh tanpa digugurkan sebarang hak pun.

Wallahu a'lam.