Showing posts with label Riba. Show all posts
Showing posts with label Riba. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Cara Menyalurkan Wang Riba'

Soalan

Salam alaik,
Baru2 ini, saya telah memberikan bantuan kewangan kepada saudara terdekat saya yg miskin dan tidak mempunyai keluarga dgn menggunakan wang riba'. Adakah saudara terdekat yg miskin dikira kategori yg dibolehkan utk melupuskan wang riba'?
Syukran..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang yang miskin atau fakir adalah di antara golongan yang boleh diberikan wang tersebut sebagai cara untuk menghapuskan wang tersebut daripada simpanan seseorang.
Perkara ini bertepatan dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009.
Menurut keputusan fatwa tersebut, wang yang diperolehi daripada sumber-sumber yang haram seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah dihukumkan haram dan tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi dan juga bagi memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah tanggungan seperti isteri dan anak.
Wang tersebut perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
1.    Diserah kepada Baitulmal untuk kegunaan umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

2.    Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

3.    Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal yang berdekatan dengan anda.
Demikianlah cara untuk melupuskan wang atau harta yang diperolehi melalui jalan yang tidak dibenarkan oleh Syara'. Semoga dengan melaksanakannya rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah menjadi milik kita bersama dan seterusnya kita perolehi kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat. Insy’Allah. Wallahu 'alam.

Thursday, November 15, 2012

Hukum Membuat Pinjaman Peribadi Di Bank

Soalan

apa hukum membuat pinjaman peribadi di mana-mana bank?pinjaman tersebut bertujuan untuk membeli barang-barang perabot di dalam rumah dan lain-lain.Adakah peminjam di kira terlibat dengan riba?mohon penjelasan.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sistem pinjaman yang ditawarkan oleh  mana-mana bank tempatan terdapat 2 kaunter iaitu:
1.Kaunter konvensional
2.Kaunter syariah
Andaikata anda memilih kaunter konvensional maka urusan tersebut  memang terdapat unsur-unsur  riba.
Jika anda pilih kaunter syariah ia adalah kuanter yang halal untuk urusan pinjaman.Panel mohon supaya anda tanya dahulu dengan pihak bank,tentang kaunter mana yang ditawarkan kepada anda untuk membuat pinjaman, supaya duit yang anda pinjam tersebut halal dan bebas daripada unsur-unsur riba.Wallahu a'lam.

Wednesday, October 3, 2012

Riba Ke?halal Ke?

Soalan

Soalan saya,Syarikat tmpt saya bekerja adalah sbg vendor.Dan syarikat ada melantik kontraktor bagi menjalankan kerja.Sebagai pekerja saya melaksanakan tugas seperti biasa dan dlm pd masa yg sama saya membantu kontraktor ini membuat kerja mereka ( sepatutnya kerja itu kontraktor punya tanggungjawab).Mereka meminta saya membantu atas alasan mereka tiada pekerja mahir.Saya telah dibayar oleh syarikat kontraktor ini tanpa syarikat saya tahu.Apakah hukum dan status duit yang saya peroleh itu?

Jawapan

Dalam kes ini, duit yang anda perolehi daripada syarikat kontraktor tersebut adalah halal dengan syarat tugasan yang dilakukan untuk syarikat itu tidak dilakukan semasa anda sedang bertugas dengan majikan anda.
Hal ini disebabkan oleh kerana waktu kerja anda telah dibayar oleh majikan dan dengan itu anda adalah terikat dengannya dan tidak boleh mencampurkan tugasan yang telah dibayar dengan tugasan yang tidak ada kena mengena dengan kerjaya anda.
Walau bagaimanapun, jika anda mendapat kebenaran daripada majikan untuk melakukan tugasan syarikat tersebut, maka tiada larangan untuk anda melakukannya dan duit yang diterima juga adalah pendapatan yang halal. Wallahu 'alam.

Tuesday, August 7, 2012

Riba Dalam Jual Beli

Soalan

Salam ustaz,
Saya ada seorang kawan yang membeli telefon bimbit baru pada harga RM1500 daripada Maxis. Harga pasaran adalah RM2199 (dari Samsung). Harga telefon bimbit ini murah kerana dia adalah pelanggan setia Maxis sejak 15 tahun yang dulu. Saya hendak menjual balik kepada orang ramai pada harga RM1900. Adakah ini sah atau riba?

Jawapan

Ianya adalah sah di jual beli dalam keadaan yang demikian dan bukan riba.

Tuesday, April 24, 2012

RIBA.APA HUKUMNYA MEMINJAM DARI BANK YANG MENGAMALKAN RIBA

Soalan

ASsalammualaikum panel yang dihormati,riba haram hukumnya,bagaimana pula kalau bank seperti cimb,bsn,ambank,rhb dan beberapa bank lain yg memberikan pinjaman peribadi tetapi mempunya bunga atau interest yang akan menyebabkan jumlah pinjaman yang harus dibayar oleh seseorang itu lebih banyak dari jumlah asal yang ia pinjam misalnya 10000 jadi 12000 ker..apapula hukum kita pinjam duit dari bank seperti ini sebenarnya,haramkah guna duit itu atau bagaimana?.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Riba itu haram dan berurusan dengannya adalah haram, dan sejauh mana haram itu adalah bergantung kepada status sesuatu riba itu.  Ia bergantung kepada indivitu itu sendiri dalam memilih dan menggunakannya dan banyak lagi perkara yang boleh kita perbaiki dan pinal mengharapkan sama-samalah kita mempertingkatkan keimanan dan menjauhi dari sumber yang dilarang dalam Islam.  Ada sesetengah bank melantik pinal syariah dalam urusan yang berkaitan dan sejauh mana peranan pinal syariah itu dalam urusan jual beli dan sebagainya tidak dapat dijelaskan secara terperinci dan tuan boleh membuat kajian dalam perkara ini

Wednesday, December 28, 2011

Penjelasan Lebih Lanjut Mengenai Riba

Soalan

adakah pelaburan dln ASB ada mengandungi unsur riba

Jawapan

ASB adalah satu bentuk perniagaan yang berkaitan dengan saham. Dalam konteks keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan saham, ia tidak tergolong di dalam pengertian riba. Hal ini disebabkan keuntungan yang diperolehi dalam perniagaan adalah berbeza dengan riba kerana keuntungan merupakan hasil yang diperolehi daripada perniagaan yang dijalankan.
Sebagai maklumat, berikut adalah pengertian riba:
Maksud riba dari aspek bahasa adalah bertambah ataupun subur.
Pada Syarak ia bermaksud satu aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak diwaktu aqad dibuat atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

Untuk penjelasan lanjut, sila perhatikan pengertian bahagian riba di bawah ini:
Riba terbahagi kepada tiga bahagian :
1.    Riba Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang. Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain (berlainan kualiti dan jenis).

2.    Riba Al-Yad - riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli. Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM100.00 tetapi apabila diluar aqad dibayar RM105.00.

3.    Riba Al-Nasi’ah – riba yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Contohnya : Pinjaman sebanyak RM100.00 maka dibayar balik RM120.00

Ringkasnya, perniagaan saham tidak melibatkan riba. Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan perniagaan yang dijalankan dan bukannya hasil daripada riba.
Selain itu, jika di dalam ASB terdapatnya pengamalan riba, sudah pastilah Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan ia adalah perniagaan yang dilarang di dalam Islam dan bukannya satu perniagaan yang diharuskan untuk dilabur oleh masyarakat Islam di negara ini. Wallahu 'Alam.