Showing posts with label Murtad. Show all posts
Showing posts with label Murtad. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Bagaimanakah Murtad Boleh Berlaku?

Soalan

Assalammualaikum Ustaz,saya nak bertanya.apakah sebab yang boleh menyebabkan seseorang murtad?dan adakah kata hati boleh menyebabkan seseorang murtad?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Murtad boleh terjadi apabila berlaku salah satu daripada tiga perkara berikut:
1.         Apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang mukalaf meyakini terdapatnya kuasa lain selain dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang boleh memberi manfaat atau mudarat kepada semua makhluk. Ringkasnya, keyakinannya bercanggah dengan hakikat akidah agama Islam yang asas.

2.         Apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang mukalaf menuturkan kata-kata atau perkataan  yang kufur seperti menafikan kewujudan Allah, menafikan kewajipan sesuatu ibadat yang telah difardukan oleh Allah dan sebagainya.

3.         Apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang mukalaf melakukan sesuatu perbuatan dan tindakan yang boleh menjadikannya kufur seperti melakukan penyembahan kepada sesuatu yang lain selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Demikianlah tiga perkara utama yang boleh menyebabkan seseorang mukalaf itu menjadi murtad.
Ringkasnya, perkataan, perbuatan dan juga keyakinan  seorang mukalaf akan terkeluar daripada Islam (menjadi murtad) apabila ketiga-tiga perkara di atas atau salah satu daripadanya tidak tunduk atau patuh kepada Tuhan yang Maha Esa, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Mengenai kata hati, jika kata tersebut diyakini dan dijadikan pegangan sehingga menjadi kepercayaan dalam diri, maka ia juga boleh menjadi penyebab kepada murtad.
Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam ketiga-tiga perkara tersebut. Ingatlah pesanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dalam sabdanya yang bermaksud:
“Perbaharuiilah iman kamu semua”. Para sahabat bertanya; “Bagaimanakah caranya kami hendak memperbaharui iman kami?”. Baginda menjawab; “Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan “La Ilaha illallah”.
(Hadith riwayat Ahmad)

Semoga dengan ucapan tahlil tersebut dapat memperbaharui iman kita. Dari itu, perbanyakanlah bertahlil agar iman kita sentiasa diperbaharui. Wallahu 'Alam.

Saturday, January 19, 2013

Adakah Dengan Ini Boleh Murtad?

Soalan

Assalammualaikum ustaz,saya ada menonton rancangan tv.rancangan tv itu ada mengkaji pasal kaabah dan mat saleh yang bercakap.saya sangkakan dia menghina islam dan lepas tu saya terus menyebut 'ish!'.saya mungkin silap sangka terhadap lelaki itu dan saya tiada langsung niat nak menghina kaabah.adakah dengan perkataan itu,saya boleh murtad?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, perkataan tersebut tidak akan menjadikan anda sebagai seorang yang murtad. Hal ini adalah kerana ia tidak membawa sebarang maksud atau makna yang boleh didifenisikan sebagai satu perkataan yang kufur atau mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Ringkasnya, anda masih sebagai seorang muslim. Wallahu 'alam

Sunday, December 30, 2012

Keluar Dari Agama Islam.

Soalan

salam.saya nk tanya apakah hukum kita cakap yg kita nie nk keluar dri agama islam & masuk agama kristian.saya tahu yang perbuatan saya tu murtad,sekarang saya dah menyesal.apakah yg patut saya lakukan??

Jawapan

SAUDARA WAJIB BERTAUBAT DAN JANGAN MENGULANGINYA LAGI. Allah menerima taubat hambanya dalam semua hal. Tunjukkan keilhlasan taubat dengan amalan Islam seperti solat berjemaah, baca Quran dll sentiasa.

Monday, December 3, 2012

Bergurau Tanpa Niat Pasal Murtad

Soalan

salam.sy pernah bergurau pasal murtad dan ianya bukanlah dari hati,sy niat hanya bergurau.contohnya 'malas nak ke surau,murtad sikit hari ni'.adakah sy betol2 murtad?sy sangat tkt dengan keadaan sekarang.sy rase sgt menyesal slepas bergurau mcm tu.dan smpai skrg hidup sy tak tenang fikir perihal ini.apakah yg perlu sy lakukan?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt
Berhati-hati ketika berbicara kerana adakala ia boleh membatalkan akidah dengan secara tidak sengaja.
Dalam perkara ini apabila anda sudah sedar mohonlah keampunan dari Allah swt, kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha mengasihani.

Friday, November 23, 2012

Hukum Murtad Melalui Perkataan

Soalan

murtad boleh berlaku melalui perkataan. kalau seseorang mengatakan dia kafir,murtad sebagai contoh tapi dalam hatinya tidak menginginkan untuk menjadi kafir atau murtad. ringkasnya dia kata contoh dlu baru dia kata dia kafir. soalan kedua kalau dia kata dia kafir,murtad lepas tu dia sambung percakapannya dia kata tidak baik kata macam tu dpt dosa. dlm hati tidak memaksudkan untuk kafir atau murtad.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hal berkenaan percakapan khususnya yang bersangkutan dengan akidah  sepatutnya tidak dijadikan bahan mainan.Seharusnya apa yang diucap itu adalah lahir dari hati. Melainkan dirinya dipaksa untuk bercakap sedemikian rupa.
Sekiranya dia sekadar bercerita bahawasanya dahulu telah murtad kemudian sudah bertaubat dan kembali ke jalan Allah maka itu adalah ceritanya sahaja dan hakikatnya dia masih beriman kepada Allah swt.
Tiga perkara yang boleh membatalkan akidah sesorang sama ada melalui
Percakapan, perbuatan dan iktikad hatinya.
Seorang yang beriman kepada Allah seharusnya memelihara setiap kata-katanya agar apa yang diucapkannya itu tidak membatalkan imannya.
Bertaubat adalah jalan dan cara yang terbaik. memelihara setiap perbuatan dan perkataan adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam dalam memelihara kesucian agama Islam.

Sunday, August 12, 2012

Sering Diganggu/merasakan Perasaan/lintasan Hati Yg Boleh Menyebabkan Murtad

Soalan

Sy belum kawin dan kini umur sy 16.Sejk ustzh ajar sy tjuk murtad mse sy ting1,sejak tu sy rse sprti ada prasaan/lintasan yg xbaik sering ganggu dlm hati sy & berkata buruk dalam hati tentang agama,tuhan&mcm2.Lebih merisaukan setiap kali solat, puasa, mndi wjib, amik wudu&istinja pun perasaan tu dtg kcau.Sy risau klau sy b’puasa/solat mesti perasaan tu kacau dan sy tkut bila prsaan tu kcau mnyebbkn sy dikira murtad dan ibdh sy btal/xsah.

Jawapan

Saudari, ianya hanyalah LINTASAN DARI GANGUAN SYAITAN jesteru TINGGALKANLAH sifat itu sebagaimana pesanan rasul. Dampingkan diri dengan Al-quran dan Masjid insyallah selamat serta tingkatkan ilmu.

Wednesday, July 4, 2012

Sah Atau Tidak Solat

Soalan

Saya nak tanya sikit ni. Macam mana kalau seseorang tu murtad. Tapi dia masih solat 5waktu. Adakah sah solat tersebut?

Jawapan

Solat yang dikerjakan oleh orang murtad adalah tidak sah. Hal ini adalah kerana Islam merupakan salah satu daripada syarat yang mewajibkan seseorang itu mendirikan solat. Oleh itu, solat yang didirikan oleh orang yang murtad adalah sia-sia dan tidak diterima kerana dia bukan orang Islam. Wallahu 'alam.

Saturday, May 19, 2012

Seseorang Yanng Telah Murtad

Soalan

Assalamualaikum. Macam mana kita nak tahu seseorang tu murtad?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara/ri yang dirahmati Allah
Seandainya seseorang Muslim mengingkari atau menyeleweng dari ajaran al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan imannya rosak atau binasa.
Antara tanda yang boleh dilihat seseorang itu terkeluar dari agama ialah dengan terang ia mengaku bahawa dia tidak lagi berpegang dengan ajaran Islam,  atau menyembah selain dari Allah swt, melaksanakan gaya hidup yang tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenar seperti tidak mengerjakan amalan wajib atau amal ibadah seperti yang dituntut. Dalam masa yang sama mengeji dan tidak menghormati ajaran Islam.
Panel turut menyarakan kepada saudara untuk mendapatkan sebuah buku bertajuk " 40 perkara yang membatalkan iman menurut al-quran dan sunnah"  Diharapkan buku ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara untuk mendapatkan informasi yang lebih lengkap berkaitan isu terbatalnya iman.

Tuesday, January 10, 2012

Keliru Kalau-kalau Termurtad

Soalan

jika seseorang itu melakukan sesuatu samaada kepercayaan/percakapan/perbuatan. tetapi dia tidak mengetahui secara terperinci akibat jahil, bahawa perkara itu sebenarnya bole membuatkan dia murtad. Sebelum ini, dia beranggapan perkara itu hanya berdosa, tapi tidak lah sampai kpd murtad. setelah menyedari keterlanjuran itu, dia menyesal sehingga dia keliru adakah dia masih lagi islam dan melalaikan dia dlm ibadahnya krn terlalu memikirkan perkara itu. Adakah dia betul2 telah termurtad?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t Terima kasih atas soalan tersebut. Mana-mana perbuatan yang dilakukan dan dianya dalam keadaan jahil tentang agama maka ia terlepas. Walaubagaimanapun, jika sudah menyedari akan kesalah dan dosa perbuatan dosa itu, maka mohonlah keampunan dari Allah swt serta memperbanyakkan amal ibadah kepadaNya.
Mohonlah taubat dari Allah swt sesungguhnya Allah maha pengampun.
.