Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Pernikahan Melalui Pertolongan Jabatan Agama

Soalan

asslamualaikum. sy mpunyai mslah dgn seorg lelaki yang mrupakan pasangan zina sy selama 2 tahun.sy memnta dia utk btanggungjwb dan menikahi sy,tapi dia menolak dan mengatakan sy bukan tanggungjawab dia. alasan dia sbb sblum ini sy prnah di nodai dgn lelaki lain sblum sy bertemu dia. oleh sbb itu, dia mengatakan dy tdk perlu btanggungjwb atas diri sy. sy cukup terkilan dan dah bnyk nasihat tapi dia ibarat dah terpesong dr agama, sy tetap nak dy nikah dgn sy,mcm mna cranya spaya dy fhm dan sedar?

Jawapan

Waalaikumussalam...  Saudari, Islam mengaharamkan perzinaan dan meletakkan nya sebagai salah satu dosa-dosa besar, maka WAJIB kita menjahui perkara berkaitan zina ini dalam semua keadaan. Dalam kes saudari bagus jika saudari mengadu kepada keluarga atau abang kandung dan meminta mereka berhubung dengan pasangan zina saudari, jika saudari boleh di satukan sebagai suami isteri Al-Hamdulilah, jika tidak maka wajib saudari menjahui nya untuk mengelakkan perzinaan itu dari terus berlaku. WAJIB saudari bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya, atas kesalahan yang telah saudari lakukan itu. Sifat lelaki yang tidak bertanggung jawab dan mengambil kesempatan di atas perempuan adalah seperti contoh di atas itu, oleh itu jika ada lelaki yang mahukan saudari, minta mereka meminang dan berkahwin serta mudahkan urusan kahwin itu. Bertawakkal lah kepada Allah untuk urusan masa depan. Semoga kita semua di berkati Allah.

Tanggungjawab Dan Pernikahan Yang Wajib

Soalan

assalamualaikum. sy ingin bertanya tentang masalah seorang lelaki yang telah beberapa kali telanjur dengan pasangannya. wanita ini meminta untuk dia menikahinya dengan segera dan bertanggungjawab. tetapi, lelaki tersebut menolak dan mengatakan kenapa pula dia perlu bertanggungjwb? lagipun, dia bukan wajib menikahi pasangan zinanya itu. pertanyaan sy, betul kah lelaki itu tidak perlu bertanggungjwb? adakah wajar jika ibu bpa lelaki tersebut melepas tngan? bukankan hukum perkahwinan mereka wajib?

Jawapan

Hukum nya tidak Wajib utk dinikahi, w/pun dari segi moral sepatutnya mereka bernikah. Antara persoalan nya kenapa perempuan menyerahkan dirinya utk berzina sampai berkali-kali? Jika lelaki berjanji utk mengahwini nya kemudian mengengkari janji tersebut, maka ini telah termasuk dalam kesalahan jenayah. Ini telah termasuk dalam katogeri rogol di sisi undang-undang. Maka pihak perempuan perlu membuat lapuran polis berkaitan rogol. Dalam kebanyakan kes pihak lelaki akan bersetuju untuk mengahwini perempuan tersebut dan meminta lapuran polis ditarik untuk mengelak hukuman rogol yang berat dikenakan kepadanya. Perempuan jangan tertipu dengan lelaki jahat seperti di atas.

Hubungan Perkahwinan

Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya mengenai sesuatu. Terdapat satu pasangan A dan B berkahwin dan mempunyai anak, C (lelaki). Namun mereka telah bercerai dan C duduk dengan ibunya (B). Suami (A) telah berkahwin dengan seorang janda anak satu, D (perempuan). Bolehkan C dan D berkahwin meskipun mereka berlainan bapa dan ibu? Diharap pihak tuan dapat membantu saya secepat mungkin. Terima kasih.

Jawapan

C dan D tidak boleh kahwin selama-lama nya, sebab D adalah isteri kpd A iaitu ayah kandung C.

Thursday, February 28, 2013

Permasalahan Mengenai Wali

Soalan

Assalamualaikum ..
Saya ingin melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ,ayah saya telan meninggal dunia 20 tahun yang lepas ,datuk saya pun telah meninggal dunia ,saya mempunyai seorang adik lelaki tetapi adik lelaki saya enggan untuk menjadi wali untuk saya ,akan tetapi saya masih mempunyai bapa saudara iaitu adik kepada arwah ayah yang sudi menjadi wali saya ,yang menjadi masalah apabila saya ke pejabat agama dan tetap meminta adik saya untuk menjadi wali

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk pengetahuan anda susunan wali  mengikut syarak adalah seperti berikut:
  1. Bapa kandung (wali mujbir) paling layak dan berhak,jika beliau telah mati maka
  2. Datuk sebelah bapa ke atas,sekiranya datuk juga mati,maka
  3. Saudara lelaki seibu sebapa,
  4. Saudara lelaki sebapa
Oleh itu panel nasihatkan agar saudara lelaki anda sanggup menjadi wali bagi memudahkan pernikahan anda nanti.Itulah susunan wali  yang telah ditetapkan oleh syarak,kecuali beliau mengeluarkan surat hitam putih di depan kadi yang beliau enggan untuk mewalikan anda.Biarlah pihak berkuasa agama yang bakal tentukan siapa yang layak selepasnya.Wallahu a'lam.

Persoalan Semasa Mengenai Perkahwinan

Soalan

salam,apakah kesan kahwin lari kepada institusi perkahwinan di Malaysia?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kesan kahwin lari itu terlalu banyak antaranya ialah,
1.Membelakangkan keluarga yang mendidik,membimbing dan mengasuh anda selama ini.
2.Tidak mendapat restu ibubapa, sedangkan dalam sebuah hadith menyatakan bahawa,reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa
3.Kehidupan  rumahtangga  tidak akan  bahagia dan  harmoni .
4.Rezki akan terasa sempit walaupun duit banyak
5.Rasa hormat dan kasih sayang anak akan hilang disebabkan perbuatan kedua ibubapa yang mengamalkan kahwin lari.
6.Pengabaian terhadap undang-undang sesebuah negeri dan negara kerana terikut runtunan hawa nafsu
7.Menconteng arang ke muka kedua ibubapa / mengaibkan mereka di atas perbuatan itu
8.Rakyat dan penduduk mencemuh di atas perbuatan tersebut
9.Memalukan masyarakat Islam dan negara.
Wallahu a'lam.

Tuesday, February 19, 2013

Ibu Bapa Yang Memaksa Anak Perempuannya Berkahwin Dengan Lelaki Yang Bukan Pilihan Anaknya

Soalan

Salam ustaz..adakah didalam islam membenarkan kawin paksa pada seseorang anak perempuannya??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam islam ada menggaris beberapa tanggungjawab untuk ibubapa  laksanakan  kepada anak-anak lebih-lebih lagi yang perempuan.Antaranya:
1.Iqamat/azan ketika anak lahir
2.Tahnik /membelah mulut anak dengan kurma/madu
3.Melaksanakan akikah
4.Cukur rambut
5.Memberikan nama kepada anak
6.Mendidik dengan ilmu dan akhlak
7.Mencarikan  jodoh yang sekufu kepada anak tersebut  berdasarkan yang mempunyai agama.
Justeru bila ibubapa lakukan itu bukannya bermakna ia tergolong kepada kahwin paksa,Tetapi mereka sebenarnya untuk mempraktikan  apa yang telah diajarkan oleh ulamak terdahulu demi kebahagian dunia dan akhirat.
Panel nasihatkan agar anda ikut sahaja kemahuan kedua ibubapa anda,sekiranya anda tidak setuju tolaklah dengan lemah lembut dan berikan alasan yang munasabah.Wallahu a'lam

Saturday, January 26, 2013

Perkahwinan Jarak Jauh

Soalan

salam saya ingin mendapatkan pandangan dari Tuan/Puan mengenai perkahwinan jarak jauh yang mana suami saya mengizinkan saya untuk tinggal di kampung menjaga kedua ibu bapa saya.mohon pandangan adakah saya dianggap tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kerana kami berjauhan dan saya mendambakan untuk menjadi isteri solehah yang berkhidmat kepada suami.mohon diberikan panduan adab-adab bila berjauhan dan kekuatan jiwa apabila berjauhan kerana saya yakin suami adalah pinjaman dunia sahaja.

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, anda adalah tidak dianggap sebagai seorang isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kerana suami anda telah mengizinkannya.
Walau bagaimanapun, panel ingin mencadangkan supaya anda mohon persetujuan daripada ibu dan ayah anda untuk duduk dan tinggal bersama suami anda di tempat kerjanya. Dengan cara ini panel merasakan anda dapat menjaga kedua orang tua anda dan dalam masa yang sama anda boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab anda sebagai isteri kepada suami anda.
Ringkasnya, berusahalah untuk mencapai segala impian dan idaman anda untuk menjadi isteri yang solehah yang berkhidmat kepada suami. Wallahu 'Alam.

Saturday, January 5, 2013

Dalam Hukum Islam, Boleh Tak Adik Beradik Perempuan Sanding Serantak

Soalan

dalam hukum islam, boleh tak adik beradik sanding serentak boleh atau tak

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, tidak ada sebarang larangan atau sekatan di dalam Islam untuk adik-beradik tersebut berkahwin pada hari yang sama. Namun begitu, dalam persoalan bersanding, ia bukan budaya Islam. ia lebih kepada adat kaum Melayu.
Sebagai ringkasnya, mengenai hukum bersanding, ia diharuskan sekiranya dibuat khusus untuk kaum keluarga (sesama kaum keluarga sahaja) dan tidak digalakkan sekiranya melibatkan para tetamu kerana ia akan mendedahkan pasangan tersebut kepada bahaya fitnah atau kata-kata umpatan. Wallahu 'alam.

Sunday, December 30, 2012

Persoalan Ijab Dan Kabul

Soalan

Assalamualaikum, Tuan....Saya akan mendirikan rumahtangga dalam tempoh masa yang terdekat namun saya menghadapi sedikit kemusykilan berkaitan dengan proses ijab dan kabul...Bapa pengantin perempuan ingin menikahkan saya namun beliau tidak membenarkan kehadiran kadi/Imam yang dilantik oleh kerajaan kerana mendakwa untuk mengelakkan pernikahan dibuat oleh orang munafik...mohon penjelasan pihak tuan. Untuk makluman bapa pengantin perempuan adalah bekas ahli al-Arqam yang masih aktif. Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ijab dan qabul ini, ia merupakan salah satu daripada rukun nikah di dalam Islam.
Bagi anak gadis yang ayah kandungnya masih hidup, tugas sebagai wali adalah menjadi tanggungjawabnya yang perlu beliau laksanakan sebagaimana yang dituntut di dalam Islam.
Ringkasnya, di dalam majlis aqad nikah nanti, bakal bapa mertua anda sendiri yang akan menikahkan anda dan bukannya qadhi ataupun imam yang dilantik oleh kerajaan.
Oleh sebab itu, tidak akan timbul pernikahan yang dibuat oleh orang munafiq kerana dirinya sendiri yang akan menikahkan anak perempuannya. Wallahu 'alam.

Apa Tindakan Perlu Dilakukan

Soalan

saya berkahwin di sempadan 2 thn lepas dgn warga asing,tp dilakukan di malaysia.kami bersetuju kahwin utk tempoh 1 tahun dan merahsiakan dr pihak keluarga,saya yatim piatu dan akad ini mggunakn wali hakim walau sy masih ada bp sedara.dlm tempoh bersma suami kerap melafazkan talak setap kali bergaduh dgn tanpa niat.skarng kami merancang utk bersama dan berubah utk betulkan kesilpn lalu,sah kah prkhwinan saya? adakah talak itu jatuh? apa yg harus kami bertindak utk blh bersama sprt pasngan lain?

Jawapan

Dari keterangan saudari penel faham bahawa itu adalah perkahwinan sindikit dan hukumnya tidak sah dan tidak di iktiraf undang2." Wali hakim bermaksud wakil pemerintah". Adakah "wali hakim" yang saudari guna itu dilantik oleh kerajaan mana? atau hanya seorang ustaz sahaja? pergilah ke pejabat agama dan dapatkan nasihat di sana... Dibimbangi perkahwinan tak sah dan saudari telah diceraikan dan saudari hanya bersekedudukan di sisi Syarak.

Perkahwinan Yang Tidak Didaftarkan

Soalan

saya kahwin dgn isteri di thailand dgn pengetahuan bapa isteri sy. tp saya tidak mendaftarkan nikah kerana ingin sembunyikan nikah saya dari ibu saudara isteri yg tak benarkan kahwin selagi tak abis belajar. kerana sekiranya saya mendaftar nikah,takut timbul masalah ketika majlis mengikut adat kelak nanti.andai kata kami ditangkap bersama kelak dan tunjukkan surat nikah dari thailand. adakah saya dikira berkhalwat atau bagaimana?kedua, adakah boleh untuk kami diakad sekali lagi dalam majlis adat

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Sekiranya anda telah berkahwin dengan jurunikah yang sah di Thailand dan pejabat yang menguruskan pernikahan anda di sana diiktiraf oleh Jabatan agama Islam Negeri-Negeri termasuk JAKIM maka sahlah pernikahan anda berdua.Malah anda tidak dianggap berkhalwat kerana anda sudah memiliki surat nikah.
Cuma yang menjadi kesalahan  anda  ialah anda tidak mendaftar pernikahan tersebut setelah kembali semula ke negara ini.Panel nasihatkan agar anda pergi ke mana-mana mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda bagi tujuan dapat perintah untuk  mendaftar nikah.
2.Menurut hukum Islam,Anda tidak perlu  proses akad nikah melalui adat.Ini kerana akad terdahulu telah dikira sah.Wallahu a'lam.

Thursday, December 27, 2012

Perkahwinan Orang Islam Dan Yahudi

Soalan

Assalamualaikum Tuan

Saya mempunyai satu pertanyaan, saya ingin menanyakan, jika terdapat seorang islam yang ingin berkahwin dengan kaum yahudi, perempuan islam dan lelaki yahudi , lelaki yahudi tersebut memeluk islam. persoalan disini adakah keturunannya akan dilaknat Allah SWT, kerana spt yg kita ketahui kaum yahudi ialah musuh islam yang akan dilaknat Allah SWT hingga kiamat . Adakah salah jika seorang islam mengahwini kaum yahudi ?

Jawapan

Jika Yahudi atau sesiapa telah memeluk Islam dengan tulus ikhlas maka ianya adalah di bolehkan utk berkahwin. Adapun yang di laknat itu ialah Yahudi yang menyeleweng agama Allah atau pengikutnya yang meneruskan penyelewengan itu sehingga sekarang.

Tuesday, October 23, 2012

Pernikahan Dengan Wanita Yang Tak Sedar ( Disihir Oleh Lelaki Yang Menikahi)

Soalan

Saya dan tunang saya megikat tali pertunangan selama 12 bulan, tetapi belum sampai waktunya tunang telah disihir oleh seorang lelaki yang menyukainya dan terus dinikahinya tanpa pengetahuan wali, disebabkan mereka bernikah diluar negara. Disini kelihatan tunang saya itu seperti tidak sedar apa yang berlaku sehingga ibu bapanya sendiri dianggap seperti orang lain. Soalanya adakah sah nikah tersebut jika wanita itu tidak sedar apa yang berlaku dan apakah hukum hubungan sex antara mereka.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Dalam perkara ini, ayah kepada wanita tersebut perlu merujuk dan membuat aduan di mahkamah syariah berkenaan hal ini, hanya mahkamah yang berkuasa menentukan dan mengesahkan taraf perkahwinan tersebut.

Monday, October 15, 2012

Bolehkah Anak Berkahwin Semasa Ibu Di Dalam Waktu Id'dah.

Soalan

Salam. Apakah hukum jika anak perempuan berkahwin sewaktu ibunya masih lagi di dalam waktu id'dah (kematian suami).

Jawapan

Dari segi hukum sah nikah itu dan boleh diteruskan dalam keadaan di atas.

Thursday, October 11, 2012

Kawin Lari Bila Di Tanya Surat Nikah Dia Memberi Mcm Alasan Dan Sampai Sekarang Belum Daftar Kawin.dan Kami Tak Tahu Ape Tindakan Yang Patut Dilakukan


Soalan
salam saya nak tahu ape yg patut dilakukan bile seseorg tu berkata dia dah nikah kat thailand, &bila ditanya mana surat nikah dia memberi bermcm2 alasan dan masih belum mendaftar perkahwinan di sisi sedangkan anak pertama mereka dah berusia 2thn dan skrg bru melahirkan anak yg ke3..bile disuruh nikah balik pun diorg xnak.sudahnya kami paksa dia bt surat beranak anak yg pertama tanpa berbinkan bapa.anak ke2 meningal &anak yg ke3 nie xtau nak ckp dah.&kami xyakin yg mereka dah nikah..
harap bantu
Jawapan
Dalam masalah ini, walaupun ia nampak seperti tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pasangan tersebut mengharungi kehidupan seharian. Namun sebenarnya ia akan mendatangkan beberapa masalah kepada pasangan tersebut khususnya ke atas isteri dan anak-anak mereka.
Sebagai ringkasnya, berikut adalah antara masalah yang akan timbul kesan apabila pernikahan tidak didaftarkan dan disahkan oleh mahkamah:
1.    Status isteri dan juga anak-anak yang akan tergantung/tidak dapat dipastikan.
2.    Jika suami meninggal dunia, isteri dan anak-anak tidak dapat menuntut harta pesaka disebabkan tidak ada bukti pernikahan yang telah dilakukan.
3.    Emosi isteri dan anak-anak akan terganggu kesan daripada pergaulan dan keterbatasan waktu untuk bersama dengan suami/ayah.

Demikianlah antara kesan yang akan timbul. Dari itu, cubalah maklumkan kepadanya tentang 3 perkara di atas. Mudah-mudahan hati mereka tergerak untuk mendaftarkan pernikahan mereka dengan pihak berkuasa agama tempatan (Mahkamah Syariah). Wallahu 'alam

Wednesday, October 3, 2012

Ayah Tidak Mahu Mewalikan Pernikahan Saya

Soalan

Salam .. saya sudah tidak duduk sebumbung dengan keluarga kerana ade perselisihan faham .. ayah saya telah mengirimkan satu SMS kepada teman lelaki saya supaya berpesan pada saya "andai kata suatu hari nanti saya mahu bernikah , bapa saya tidak mahu mewalikan saya .. bapa saya jugak sudah anggap saya mati dan tidak wujud di dunia ini lagi .. apa yang harus saya lakukan ??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Perselisihan antara anak dan orang tua tidak perlu berpanjangan. Berdosa bagi seorang anak sekiranya membuatkan hati ibu dan ayah kecewa. Merekalah yang melahirkan dan membesarkan serta memberi pendidikan dan perlindungan sehingga menjadi manusia yang sempurna.
Hubungan anak dan kedua orang tua tidak terputus, ia hubungan darah. Untuk mendapat redha Allah maka usahakan untuk mendapat redha kedua ibu bapa terlebih dahulu.
Andai ibu bapa berkecil hati dengan anak-anak lekaslah memohon maaf, hidup pasti tidak mendapat ketenangan, sentiasa gusar dan sentiasa mendapat masalah. Anak-anak yang bahagia dunia dan akhirat adalah anak-anak yang sentiasa mengharapkan dan mendapat restu dan redha kedua ibu bapanya.
Suatu hari kita akan menjadi ayah dan ibu kepada anak dan sudah pasti kita inginkan anak-anak itu menghormati dan menyayangi kita sehingga kita menemui ajal.
Panel menasihatkan agar berbaiklah dengan kedua ibu bapa, hanya dengan kasih sayang ibu bapalah hidup kita akan sentiasa diberkati oleh Allah swt.

Saturday, September 29, 2012

Kahwin Lain Bangsa Iaitu Christian

Soalan

assalamualaikum ustaz . saya nk thu apakah hukum jika seorang prempuan yg beragama christian memeluk islam hanya untuk bernikah dengan lelaki pilihannya . tetepi tidak mempunyai niat yg jujur dlm memeluk islam .. apakah hukumnya ustaz ?

Jawapan

Hukumnya adalah di haruskan, inilah yang dinamakan muallaf (dijinakkan hatinya), justeru menjadi kewajipan suami mengajar agama kepada isterinya. Juga ilmu perbandingan agama supaya isteri benar-benar yakin islam adalah agama yang benar.

Tuesday, September 11, 2012

Perkahwinan Luar Kawasan

Soalan

saya ada seorang adik ipar perempuan yang tinggal di melaka.dia telah menikah dng seorang lelaki mempunyai seorang isteri dan tinggal di johor baru.mereka telah bernikah di kuala selangor hampir 2 tahun.adakah nikah mereka sah menggunakan wali hakim padahal bapa dan emak mertua saya masih hidup
lagi dan nikah pula di luar kawasan.apakah prosidur utk menggunakan wali hakim.saya dah tanya pada mahkamah syariah kajang dan jawapannya tak sah.tolong huraikan.

Jawapan

Benar apa yang dijawab oleh mahkaman syariah dengan alasan:
1. Mungkin Perkahwinan tersebut berbentuk perkahwinan sendikit yang menggunakan wali hakim yang tidak diiktiraf sebagai wali hakim (seseorang individu tidak boleh menjadi wali hakim dalam perkahwinan kecuali dilantik oleh pehak berkuasa agama )
2. ia perlu melapurkan perkara ini kemahkamah syariah untuk mendapatkan keputusan yang sewajarnya kerana perkahwinan sedemikan disamping tidak sah ia juga merupakan salah dari segi syarak dan peraturan syariah.

Monday, September 10, 2012

Perkahwinan Antara Isteri Pakcik Dengan Sepupu Lelaki

Soalan

Salam...saya ingin bertanya satu soalan
Pakcik saya belah ayah saya berkahwin dengan seorang perempuan..
Selepas 10 tahun dia bercerai dengan isterinya.
Kemudian isteri pakcik saya tadi berkahwin dengan sepupu saya lelaki...
Halal ke haram.. apa hukum nye boleh berkahwin atau tidak?

Jawapan

Sekiranya sepupu itu anak pakcik maka haram, jika sepupu bukan anak pakcik maka tak haram.

Wednesday, September 5, 2012

Bernikah Dengan Suami Orang

Soalan

assalamualaikum...
saya seorang janda dan telah melakukan dosa besar dengan menjalinkan hubungan dengan suami orang walaupun dia dan isterinya tidak sebumbung tapi mereka belum bercerai lagi.
hasil dari hubungan kami, saya telah melahirkan seorang anak yang kini berusia 3bulan.. kedua ibu bapa saya telah meminta kami bernikah..
persoalannya bolehkan kami bernikah sedangkan kes penceraiannya masih lagi belum selesai dan ditangguhkan lagi?

Jawapan

Ya boleh berkahwin dengan membuat permohonan poligami. Jika dia telah menceraikan isterinya dan hanya menunggu pengesahan lafaz cerai dari mahkamah itu senang dan tidak memakan masa yang panjang. Habis edah isterinya dapat sijil cerai terus dia boleh kahwin lain tanpa perlu buat permohonan poligami.