Showing posts with label Sertu. Show all posts
Showing posts with label Sertu. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Tanah Kaktus Untuk Sertu

Soalan

Salam wbt...sahkah saya menyertu anggota badan menggunakan tanah yang digunakan untuk menanam kaktus(tanah dalam pasu bunga kaktus) kerana saya tidak tahu keadaan tanah itu..sama ada tanah itu dibaja atau tidak dan tidak tahu tanah itu bercampur dengan pasir atau tidak..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak dalam bidang fekah telah merumuskan tanah yang hendak digunakan bagi tujuan sertu ialah tanah asal yang sifat bersih yang tidak bercampur najis dan kekotoran.
Anda boleh gunakan tanah yang bercampur dengan pasir tetapi dengan syarat ia bersih dari sebarang najis.Begitu juga  tanah dalam pasu bunga yang tidak menghilangkan sifat asal tanah iaitu bersih  dari najis.Wallahu a'lam.

Thursday, February 28, 2013

Perlu Sertu Atau Tidak?

Soalan

Assalamualaikum. Apakah tindakan yg perlu saya lakukan sekiranya sebuah syarikat menyatakan syampu keluaran mereka(yg saya gunakan) BERKEMUNGKINAN ADA / TIDAK mengandungi bahan haram? Sekiranya mereka tidak menyatakan secara jelas kandungan syampu itu, wajibkah saya sertu rambut saya sekiranya saya khuatir, tetapi x terlalu pasti ianya mempunyai unsur 'najis mughallazah' tersebut? Dan jika wajib sertu, wajibkah sertu keseluruhan anggota badan dan setiap benda yang pernah saya sentuh/terkena? TQ

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, anda tidak perlu untuk mensertu rambut, kepala ataupun segala benda yang anda sentuh. Hal ini kerana kewujudan najis tersebut masih tidak dapat dikenal pasti lagi.
Dalam isu ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada mengingatkan umatnya agar memilih hanya benda-benda yang halal sahaja. Jika tidak pasti, tinggalkan dan cari  benda yang sudah jelas status halalnya. Sabda Baginda, maksudnya:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu sudah jelas, dan perkara yang haram itu juga sudah jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.
(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini ialah meninggalkan produk syampo tersebut dan carilah produk jagaan rambut yang telah diakui kehalalannya.
 Semoga jawapan di atas dapat menjawab kemusykilan anda. Wallahu 'Alam.

Tuesday, January 29, 2013

Perlukah Samak Bila Mandi Air Terjun Yg Ada Bekas Sisa Babi

Soalan

salam , bagaimana kalau kita pernah mandi dekat air terjun yg di atasnya terdapat kegiatan penyembelihan babi dan sisa-sisa babi tersebut dibuang dalam air terjun...soalan saya,Perlukah Saya Samak Seluruh Anggota Badan ?
harap jawapan tuan scepat mungkin untuk senang melakukan ibadat...terima kasih

Jawapan

Wassalam, dalam hal ini, anda perlu melakukan sertu ke atas seluruh tubuh anda kerana aktiviti penyembelihan babi dan pembuangan sisa-sisa sembelihan tersebut ke dalam sungai tersebut (di bahagian atas air terjun) telah menyebabkan air yang mengalir adalah dihukumkan sebagai najis. Wallahu 'alam.

Nota:
Samak – kaedah pembersihan kulit bangkai haiwan yang tidak najis.

Sertu – kaedah penyucian najis mughalazah (anjing, babi dan keturunannya) menggunakan air campuran tanah yang suci dan dibilas dengan enam kali bilasan yang lain menggunakan air mutlak biasa.

Wednesday, January 16, 2013

Terpijak Sehelai Bulu Anjing Dlm Keadaan Kaki Basah

Soalan

assalamualaikum. Perlukh sy mlakukan samak sekiranya telah terpijak sehelai bulu anjing pada lantai dlm keadaan kaki basah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, anda perlu lakukan sertu kaki tersebut kerana ia telah bersentuhan dengan sesuatu yang dihukumkan najis, iaitu bulu anjing tersebut. Wallahu 'alam.

Wednesday, January 2, 2013

Bangkai Yang Tidak Pasti

Soalan

Slm..ustaz..saya ingin bertanya..jika saya terlihat cebisan daging dikereta saya..selepas itu saya membasuh kereta..baru saya perasan ada cebisan daging itu..perlukah saya sertu kaki saya yg terpercik air td..?kerana dikhuatiri bangkai anjing walaupn saya tidak tahu..soalan kedua..jika saya sertu..air yang mengalir di rumput rumah saya bagaimana?dikita najis ke?sbb saya akan lalu disitu..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam kes ini, anda tidak perlu untuk lakukan sertu ke atas kaki anda kerana daging tersebut tidak anda ketahui daripada mana asalnya.
Oleh itu, ia tidak dihukumkan najis .
Namun begitu, jika anda sertu kawasan yang terkena dengan daging tersebut, air tanah yang mengalir di atas rumput tersebut tidak dihukumkan najis melainkan padanya tertinggal/terdapat kesan najis yang dimaksudkan. Wallahu 'alam.

Thursday, December 6, 2012

Perlu Sertu Atau Tidak

Soalan

Assalamua'laikum. saya ada kemuskilan yang membuatkan saya tidak tenteram.. saya telah mengambil baju bundle yang berasal dari luar Negara, selepas itu terdapat banyak bulu pada baju tersebut tidak dapat dipastikan dari mana asalanya bulu tersebut..sama ada bulu anjing ataupun kucing. Semasa saya merendamnya di dalam baldi, Air di dalam baldi tersebut terpercik masuk ke dalam kolah jadi adakah baju dan kolah tersebut perlu di sertu ataupun tidak?

Terima Kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, baju, baldi, kolah air, dan apa jua benda yang telah bersentuhan atau terkena percikan air tersebut tidak perlu untuk disertu kerana status bulu tersebut masih tidak diketahui lagi.
Ringkasnya, jadikan apa yang telah terjadi sebagai ingatan supaya anda lebih berhati-hati sebelum membeli atau menyentuh sesuatu barang yang tidak dikenal pasti mengenai status kehalalannya. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau”.
(Hadith riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadith hasan sohih).

marilah bersama kita jadikan pesanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ini sebagai panduan dalam hidup kita. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Wallahu 'alam.

Saturday, November 17, 2012

NAJIS MUGALAZAH

Soalan

1) APAKAH HUKUMNYA JIKA SAYA MEMEGANG TOMBOL PINTU YANG PERNAH DI PEGANG OLEH ORG BKN ISLAM YANG MEMEGANG ANJING?ADAKAH SAYA PATUT BERSAMAK?
2) KILANG BERBAU KENCING ANJING.ADAKAH SAYA PATUT BERSAMAK WALAUPUN SAYA MEMAKAI SELIPAR DI KILANG?
3)JIKA SAYA MENYAMAK SINKI YANG DIGUNAKAN OLEH ORG BKN ISLAM KERANA MEMANDIKAN ANAK ANJING,TAPI AIR SAMAKAN TERSEBUT KADANG-KALA MEMERCIK & TERKENA PAKAIAN SAYA,ADAKAH SAYA PATUT MENYAMAK PAKAIAN TERSEBUT?

Jawapan

1.         Dalam keadaan tersebut, anda tidak perlu untuk menyertu tangan anda melainkan padanya terdapat kesan najis daripada haiwan tersebut.

2.         Tidak perlu melainkan anda pasti yang anda telah melanggar air kencing haiwan tersebut.

3.         Dalam keadaan ini juga anda tidak perlu untuk menyertu pakaian yang terkena percikan air tersebut.
Wallahu 'alam.

Nota:
Samak - Proses penyucian kulit bangkai yang halal dimakan agar ia boleh digunakan untuk kegunaan seharian seperti pakaian, kasut dan lainnya.

Sertu - Proses penyucian najis mughallazah dengan menggunakan air tanah dan bilasan 6 kali air mutlak biasa.

Tuesday, October 23, 2012

Berkenaan Samak Kereta

Soalan

Assalamualaikum. sy telah meletakkn kereta ditepi jalan, tiba2 trnampak beberapa ekor anjing datang, belum sempat sy mengalihkn kereta, tetiba seekor anjing meluru dari belah pemandu dan sy dr arah penumpang.Sy tak pasti anjing itu atau lidahnya ada trkena kereta sy atau tidak dan terus masuk ke dalam kereta. Sy juga mungkin memijak bekas tapak kaki anjing tersebut kerana ia lalu dibahagian pemandu. Perlukah sy samak kereta sy dan apa2 yang tersentuh dgn kereta tersebut seperti pakaian & lain2?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Bekas atau tempat laluan anjing tidak perlu disertu kerana ia adalah perkara umum al-balwa yang menyusahkan orang ramai dari sentiasa membersihkan kawasan tersebut setiap hari. Kenderaan anda tidak perlu di sertu kerana anjing itu dalam keadaan kering. Sekiranya anda tidak pasti berkenaan dengan air liur anjing tersebut maka anda tidak perlu sertu kereta anda

Tuesday, October 9, 2012

Pertanyaan Najis Anjing & Babi

Soalan

Assalamualaikum ustaz.saya ada pertanyaan mengenai penyucian najis anjing.sekiranya saya telah terkena najis anjing ditangan.saya segera menyertunya dgn tanah.soalan saya adalah,sekiranya baju sy tersentuh bahagian tangan yang terkena najis anjing bercampur tanah (belum dibilas),adkah saya perlu menyucikan baju sy dgn 6 kali air bersih atau hanya menyucikan seperti biasa.sekiranya hanya disucikan seperti biasa,adakah sah bju tersebut digunakan untuk solat. Terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Anda tidak perlu menyertu pakaian tersebut dan baju itu boleh dicuci seperti biasa serta digunakan untuk solat.

Monday, October 1, 2012

PERLUKAH SAMAK KERETA

Soalan

Assalamualaikum.. ketika memandu kereta, sy terlihat bangkai anjing tepi jalan dan mengelak tapi tak pasti masih terkena bangkai anjing dan darahnya atau tidak. Sy takpasti keadaan jalan basah atau tidak. Esuknya abang sy telah memegang tayar kereta tersebut dan kemudian menyentuh kereta dan memegang pembuka pintu kereta. Perlukah sy samak kereta tersebut dan adakah sy perlu menyamak tangan sy jika tersentuh kereta dan memegang pembuka pintu kereta sy. ? terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak perlu untuk sertu kereta tersebut kerana status najisnya masih belum dikenal pasti.
Oleh sebab status najisnya masih belum dikenal pasti, ia dihukumkan tidak najis kerana sebelum disyaki ia bernajis keadaannya adalah suci daripada najis tersebut.
Dari itu, oleh sebab kereta tersebut berada di dalam keadaan yang suci daripada najis sebelum abang anda memegangnya, maka ia masih dihukumkan sebagai benda yang suci sehinggalah ditemui terdapat najis padanya barulah ia dihukumkan najis.
Dari itu, ia tidak perlu untuk disertu. Wallahu 'alam.

Sunday, September 16, 2012

Permasalahan Najis Berat

Soalan

Assalamualaikum ustaz,kaki saya terkena percikan air dari mangkuk kawan yang merupakan orang cina selepas mereka makan mi segera,saya terfikir sudah semestinya mereka menggunakan mangkuk tersebut iaitu mangkuk yang sama ketika makan daging khinzir..perlukah saya sertu kaki saya??

Jawapan

Tidak perlu di sertu, sebab hanya percikan air sahaja

Friday, September 14, 2012

Kerja Dikedai Haiwan

Soalan

kerana minat terhadap haiwan, kawan saya terfikir untuk bekerja di kedai haiwan. tetapi pekerjaan di kdai itu memerlukan dia memegang anjing. Dia mahu bertanyakan apakah hukum bekerja di kedai tersebut, sedangkan memegang anjing adalah haram( betulkan jika saya salah).

Jawapan

Memegang anjing bukanlah termasuk di dalam perkara yang diharamkan di dalam Islam. ia hanyalah haiwan yang dihukumkan najis sahaja (najis mughallazah) yang perlu melakukan sertu jika bersentuhan dengan haiwan tersebut. itu pun sekiranya memegangnya di dalam keadaan yang basah.
Oleh yang demikian, kawan anda diharuskan untuk bekerja di kedai tersebut sekalipun dia perlu memegang anjing dengan syarat setiap kali hendak menunaikan solat atau setiap kali selesai bertugas dia perlu melakukan sertu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
Di samping itu juga, kawan anda dicadangkan supaya menyediakan satu baju yang khusus semasa beliau bertugas. Hal ini sekurangnya dapat memudahkan dan menghindarkan dirinya daripada najis anjing tersebut setiap kali pulang ke rumah kerana telah menukar pakaian yang bersih dan suci daripada najis tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya beliau menukar minatnya kepada perkara yang lain agar diri beliau tidak sentiasa terdedah kepada najis tersebut. Wallahu 'alam.

Nota:
Sertu – proses membersihkan najis mughallazah menggunakan air yang dicampur dengan tanah yang bersih daripada najis dan dibilas dengan enam kali bilasan atau basuhan yang lain menggunakan air mutlak biasa (air paip).

Tayar Motosikal Yang Terlanggar Bangkai Anjing

Soalan

sebelum ini saya ada melanggar bangkai anjing yang dh kering, dan saya tdk menyamaknye.sehari kemudian saya ad melanggar lopak air dan air dari lopak tersebut kena kaki saya.adakah saya perlu menyertu kaki saya?

Jawapan

dalam kes ini, kaki anda tidak perlu untuk disertu kerana ia tidak dihukumkan najis hanya kerana terkena percikan air yang dilanggar oleh tayar motor anda.
ringkasnya, tidak ada sebarang benda yang perlu disertu selepas kejadian tersebut. (langgar lopak air). Wallahu 'alam.

Monday, September 10, 2012

Persoalan Bulu Haiwan

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.. sya ingin m'buat p'tnyn b'kenaan bulu haiwan.. semasa sy menaiki kereta sy t'nmpk sehelai bulu di tmpt penyandar sit depan. tp tdk mengetahui itu bulu dtg dari mana. dlm fikiran saya hnya bulu kucing or anjing. tp setahu sy, sy xprnh mbawa haiwan ke dlm krta. sy membuang bulu 2 menggunakan tisu dan keadaan sit juga kering. melalui pndngn uztas apakah yg sy prlu buat? prlu ka sy samak/sertu sit tersebut dan pakaian sy sbg lngkah kalau betul tu bulu anjing tau biarkan sj?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam kes ini anda tidak perlu untuk menyertu kusyen kereta ataupun pakaian anda yang bersentuhan dengan bulu tersebut.
Hal ini adalah kerana status bulu tersebut adalah tidak diketahui. Oleh itu, tidak ada apa-apa yang perlu anda lakukan melainkan membuangnya sahaja. Wallahu 'alam.

Thursday, August 30, 2012

Hukum Jika Terpijak Najis Anjing Dalam Lopak Air

Soalan

assalamualaikum,apakah hukum jika kita terpijak tahi anjing dalam lopak air tapi tidak pasti sama ada mengenai kita atau tidak.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam kaedah fiqh ada menyatakan bahawa:Al-Yakin layuzalu bissyakki
"Keyakinan  itu tidak boleh dihilangkan dengan keraguan"
Berdasarkan kenyataan  Fiqh ini, jika anda yakin bahawa kaki anda tidak terpijak tahi anjing, maka tidak perlulah anda disamak.Sebaliknya jika anda yakin  bahawa tahi tersebut mengenai kaki anda maka ketika itu wajib anda samak.
Oleh kerana anda masih ragu tentang statusnya maka panel nasihatkan eluk samak bagi tujuan menghilangkan keraguan tersebut.Wallahu a'lam

Wednesday, August 29, 2012

Cara Sertu Yang Betul

Soalan

Assalamualaikum ustaz....

kaki saya bersentuhan dengan kaki orang yang terkena najis mughallazah,kemudian saya sertu kaki saya....Ketika sertu,saya hanya menjirus sahaja air tanpa menggosok bahagian tersebut...sah kah sertu tersebut dan perlukah saya sertu semula ustaz??...adakah kaki saya telah suci dari najis mughallazah tersebut??.....

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perlu panel tegaskan,jika anggota kaki anda  tersentuh dengan anggota kaki orang yang terkena najis mughallazah yang telah kering dan  dalam keadaan kedua-dua kaki tersebut sudah  kering maka anda tidak perlulah lagi  sertu @ samak.
Sekiranya salah satu kaki tersebut masih basah maka anda perlu sertu menggunakan 1 kali air bercampur tanah diikuti dengan  6 kali air mutlak.Sebaik-baiknya anda gosoklah pada kaki yang terkena najis mughallazah tersebut.
Andaikata anda yakin dengan cara sertu yang anda lakukan itu mampu untuk membersih dan menyucikan  anggota kaki yang terkena najis mughallazah , maka hukum anda menyamak kaki anda itu dikira sah.
Sebaliknya jika  anda meragui samak yang anda lakukan sebelum ini tidak sah ,panel nasihatkan agar anda mengulangi samak @ sertu  itu semula.Wallahu a'lam.

Monday, August 27, 2012

Perlu Sertu/samak

Soalan

Assalamualaikum ustaz..sekadar menambah ilmu mengenali sertu/samak... pg td sy prgi ke pasar ikan.. kita semua tahu di pasar ikan keadaan persekitaraan lantai yang basah.. persoalan yang saya nak ajukan ialah adakah kita perlu sertu/samak selepas kita ke tempat tersebut. hal ini kerana tempat2 tersebut kemungkinan besar antara tempat anjing selalu pergi untuk mencari makanan..kerana antara 1 punca kita perlu sertu/samak ialah anjing basah dan tempat itu kering... mohon penjelasan. wassalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak perlu untuk lakukan sertu ke atas kaki atau anggota anda yang lain kerana lantai di pasar tersebut hanyalah dikategorikan sebagai kotor dan najis sahaja dan tidak sampai ke tahap najis mughallazah. Lagi pun alasan yang anda nyatakan tidak akan menyebabkan lantai di pasar tersebut menjadi najis pada keseluruhannya.
Ringkasnya, anda hanya perlu membersihkan diri anda daripada kekotoran dan najis yang lain dengan menggunakan air mutlak sahaja dan tidak perlu untuk melakukan sertu kerana ia hanyalah najis biasa sahaja dan bukannya najis mughallazah. Wallahu 'alam.

Wednesday, August 8, 2012

Keraguan Terhadap Kenajisan Anjing.

Soalan

Assalamualaikum,
Saya sedang belajar di Jepun. Saya pernah kehilanagan satu beg. Kemudian beberapa hari kemudian ada orang menjumpainya dan pulangkan kepada saya kerana ada maklumat saya didalam beg. Orang itu berkata beg itu telah dijumpai oleh anjingnya. Adakah perlu saya sertu beg itu sedangkan saya tidak nampak dan tidak tahu sama ada anjing itu menyentuh beg itu atau tidak?

Jawapan

Tidak perlu di sertu dalam keadaan itu sebab tidak diyakini kenajisannya.

Wednesday, July 4, 2012

Adakah Perlu Melakukan Sertu ?

Soalan

Adakah perlu untuk kita sertu sekiranya kita pijak tanah yang di lalui oleh khinzir ?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Agama Islam itu mudah,jadi jangan anda  yang menyusahkan perkara yang telah mudah.Oleh itu ambillah pendekatan yang diharuskan oleh syarak.Jika betul-betul (yakin) anda terpijak najis @ darah khinzir yang masih basah maka ketika itu anda wajib sertu atau samak anggota yang telah terkena najis binatang tersebut.Andaikata tidak terpijak dan anda sendiri tidak pasti bahagian tanah mana yang dipijak dan dilalui oleh khinzir tersebut maka  tidak perlulah anda samak.
Perkara in dijelaskan melalui kaedah Fiqhiyyah:
"Al-Yakin layuzalu bissyaqqi" bermaksud: keyakinan tidak boleh ditewaskan /kalahkan oleh rasa syak
Berdasarkan kaedah yang dinyatakan, jika anda yakin terpijak najis babi ,eluk dan wajib kaki anda  disamak jika tidak pasti anda tidak perlulah samak kaki anda.Wallahu a'lam.

Friday, June 22, 2012

Was-was Tentang Status Najis

Soalan

saya dalam perjalanan menaiki motosikal dan dalam perjalanan saya terserempak dengan anjing dan saya merasakan macam terkena sedikit percikan dari badan anjing tersebut.pd mulanya saya yakin yg itu bukan dri anjing tersebut, jadi saya tidak sertu kaki saya dalam masa terdekat tersebut.tetapi lama-kelamaan perasaan was-was datang.jadi saya sertu kaki saya setiah sekian lama. persoalanye, apakah hukum bagi barang-barang ataupun pakain yang pernah terkena bahagian kaki saya selama saya belum sertu?

Jawapan

Tidak perlu di sertu.