Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Isteri Keluar Rumah

SOALAN :

"apa hukum isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami..."


JAWAPAN :

Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, jika sekiranya isteri keluar rumah tanpa pengetahuan dan izin suaminya untuk tujuan maksiat dan melakukan perkara sia-sia, maka hukumya adalah dilarang oleh agama dan berdosa. Ia dibenarkan keluar kerana tujuan tertentu seperti untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan sebarang ancaman yang lain. Demikian juga dibenarkan isteri keluar rumah untuk mempelajari ilmu yang wajib (fardu ain) dalam agama sedangkan di rumahnya tidak disediakan kelas tersebut sama ada oleh suaminya sendiri atau dengan memanggil orang lain ke rumahnya yang merupakan tugas dan tanggungjawab suami terhadap isterinya sendiri. Adapun tujuan yang tidak perlu seperti keluar menziarahi kawan atau ke pasar atau bersiar-siar ia adalah dilarang keras oleh agama. Begitu juga membawa orang lain ke dalam rumah tanpa kebenarannya (suami). Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini tanpa disedari. Begitu juga isteri boleh keluar rumah untuk ke mahkamah/pejabat agama bagi tujuan membuat pengaduan kepada qadhi tentang masalah keluarganya, maka ia dibolehkan pada syarak. Wallahua'lam

Wednesday, January 8, 2014

Suami Pemalas Tidak Mahu Kerja Dan Membantu Isteri

Soalan

Salam Ustaz,Saya telahpun berkahwin dengan suami selama 10 tahun lebih dikurniakan anak seramai 5 orang Selama 7 tahun ini saya lah yang berkerja untuk menanggung perbelanjaan anak-anak dan suami. Suami saya sangat baik ustaz cuma dia sangat pemalas dimana sejak kebelagkangan ini saya rasa sakit hati dan benci apabila saya menyuruhnya mencari perkerjaan dia akan marah. Bahkan suami bukan saja malas untuk berkerja malah malas untuk membantu saya dalam perkerjaan rumah.Bolehkh saya menuntut cerai

Jawapan

Waalaikumualam,
Suami wajib mencari rezki untuk isteri dan anak-anak di bawah tanggunganya.Pengabaian tugas dan tanggungjawab ini merupakan suatu dosa jika tidak laksanakan suami wajib kada' balik peranan dan tanggungjawab tersebut.
Anda boleh buat pengaduan perkara ini ke pejabat agama islam yang berhampiran denagn tempat tinggal anda untuk diambil tindakan yang sewajarnya seperti beri nasihat dan khidmat  bimbngan berhubung dengan masalah yang dihadapi.
Sekiranya tidak berjaya setelah pelbagai usaha  dijalankan baharulah anda memohon untuk berpisah melalui mahkamah syariah.Wallahu a'lam.

Sunday, October 27, 2013

Keliru Antara Sunnah Untuk Mendirikan Rumah Tangga Dan Kewajipan Menunaikan Tanggungjawab

Soalan

Assalammualaikum ...sy ingn btnye,adkah slh tndkn sy ni..jika sy mmilih utk tdk mndrikn rmh tgge kelak sy tkut junjungn bsr kte tdk mngaku umtnye,akn ttpi jika sy mmilih utk mndrikn rmh tgge,sy amt tkt & malu dgn suami sy utk mmbrikannye nfkah batin sperti mne yg dituntu olh agama..tmbhn pula sy tdk ade lngsng ilmu mngenai ilmu batin..& skarng sy ade seorng kwan yg tlh brniat utk mnyunting sy sbgai isterinye..apkh yg hrus sy lakukan?sy hrp ustaz / ustazah dpt mmbntu sy.Assalammualaikum.

Jawapan

Waalaikum mussalam...
Yang paling utama ialah mendirikan rumah tangga, sebagaimana anjuran nabi s.a.w. Manakala ilmu untuk melaksanakan kewajipan batin boleh diperolehi melalui banyak sumber, termasuk apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. dan had yang dibolehkan oleh Allah untuk mendatangi isteri selain dari belakang (dgn melakukan liwat kepada Isteri). Di sini juga letaknya, kebijaksanaan suami untuk memimpin dalam rumah tangga. Perlu difahami nabi menyatakan "seorang suami diberi pahala (besar) kerana mendatangi isterinya, sebagaimana lawannya adalah DOSA BESAR (ZINA)". justeru saudari sebagai isteri perlu lakukannya dengan cara yang terbaik dan memberi kerjasama kepada suami, berbincang dan membina persefahaman yang lebih baik, sesuai dengan saranan Nabi s.a.w.,  Semoga saudari dan kita semua dirahmati Allah.

Saturday, June 22, 2013

Enggan Bersetubuh Di Malam Hari Pada Hari Bekerja.

Soalan

Isteri enggan bersetubuh pada setiap malam keesokan hari bekerja dengan alasan tidak mahu basah rambut semasa mandi wajib dan alasan tidak mahu terlepas sembahyang subuh. Isteri mempunyai kesihatan yang baik dan tidak sakit. Saya juga tidak mempunyai masalah kesihatan dan masih mampu bila bersama di hari minggu. Keadaan ini telah berlarutan bertahun-tahun.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Terdapat dua nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya iaitu
1. Nafkah zahir ,makan minum,tempat tinggal dan pakaian.
2. Nafkah batin/berjimak/bersetubuh
Sekiranya  isteri anda enggan bersetubuh tanpa sebarang penyakit dan sebaliknya membiarkan suami tidur dalam keadaan marah dan tidak reda dengan perbuatan si isteri memboikot untuk berjimak dengan suaminya, alasan rambut basah dan seumpamanya maka para malaikat rahmah akan terus mengutuk  perbuatan  isteri anda sepanjang malam tersebut sehingga  subuh sampailah suami kembali reda.
Dalam suatu sirah baginda saw pernah menceritakan bahawa jika suami ingin berjimak ketika  berada  di atas unta pun si isteri kena patuh dan ikut kehendak suami,ini bermakna bukannya melakukan jimak di atas unta,nanti terkejut pula unta tersebut TETAPI sebaliknya anda mencari tempat yang sesuai untuk berjimak.Ini kerana ia sebahagian daripada tanggungjawab suami yang wajib suami diberikan  nafkah batin  kepada isteri, jika isteri tidak ada masalah dari segi kesihatan dan penyakit.
Berdasarkan sebuah hadis jika seorang suami mati dan beliau berpuashati dengan servis atau perkhidmatan yang telah diberikan oleh isterinya maka masuklah isteri tersebut ke dalam syurga  sebagai ganjaran atau pembalasan atas perkhidmatannya kepada suami. Justeru panel nasihatkan ambil iktibar tentang kisah dan teladan yang telah dipaparkan ini untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masaing-masing.Wallahu a'lam

Monday, May 27, 2013

Tanggungjawab Menguruskan Rumah Tangga Benar Kah Asalnya Tanggungjawab Suami

Soalan

assalammualaikum ustaz.. saya ingin bertanya tentang masalah tanggungjawab suami dalam rumahtangga...sejak dari kawin lagi isteri saya selalu menyata kepada saya bahawa semua urusan rumahtangga adalah tanggungjawab suami..seperti basuh baju tanggungjawab dia hanyalah memberikan nafkah batin saja...betulkah semua itu mengikut islam?

Jawapan

Itu hanya lah pendapat sebahagian ulamak. Mengikut pendapat itu juga jika suami menyuruh isteri membasuh baju dan membuat kerja rumah maka wajib atas isteri melakukan nya, sebab itu adalah permintaan (arahan) suami. Pendapat di atas adalah berbeza dengan realiti kehidupan sahabat dan ummul mukminin. Contohnya Fatimah dan Ali r.a., Fatimah yang membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak, begitu juga Isteri-isteri nabi s.a.w.

Friday, May 10, 2013

Prosedur Pej Agama Menangani Aduan Dari Isteri Berkenaan Nafkah Zahir

Soalan

Assalamualaikum ustaz..sy ingin mbuat aduan bkenaan suami yg tidak mberikan nafkah zahir kpd isterinya.Apakh prosedurnya jika peg.agama ingin mberikan kaunseling terhadap suami?Jika suami enggan hadir ke pej agama...bagaimana?minta penjelasan.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Puan boleh mengadu ke pejabat agama yang berdekatan tentang masaalah tersebut dan pejabat agama akan membincangkan dengan tuan beberapa perkara (urusan nafkah dan sebagainya) termasuk juga jika suami enggan hadir ke pejabat agama. Mahkamah boleh memutuskan tentang keengganan suami memberi nafkah tersebut dan membincangkan perkara ini secara terperinci.

Thursday, February 28, 2013

Layanan Isteri Pada Suami

Soalan

Untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri yg telah hambar, perlukah seorang isteri untuk membelai belai dan bercakap perkataan menggairahkan pada suami? Adakah wajib bagi isteri untuk mengajak suami berjimak kerana suami ego hendak mintak takut permintaan ditolak? Adakah isteri perlu berkelakuan seperti pelacur untuk mendapat perhatian suami? Saya sedang giat mengikuti majlis ilmu tp suami masih sibuk dengan hal dunia. Adakah ini menyebabkn kerenggangan hubungan kami?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut pandangan Profesor Dalam bidang ilmu Fekah semasa iaitu Doktor Yusoff al-Qaradawi menjelaskan bahawa tanggungjawab seorang suami kepada isterinya dalam memberikan nafkah itu  terbahagi kepada 2  iaitu :

i- Tanggungjawab nafkah  zahir ( menyediakan tempat tinggal, memberi makanan, mempakaian, menguruskan  kesihatan ,memberi pendidikan agama , menjaga keselamatan dan seumpamanya).

ii- Tanggunjawab Nafkah Batin pula ialah ( menunaikan tanggungjawab seksual /bersetubuh kepada pasangannya,memberi perhatian,memberi kasih sayang,membelai isteri  dan seumpamanya).

Berbalik kepada solan yang dikemukakan ,Apabila suami tidak menunaikan tanggungjawab tersebut kepada pasangannya (isterinya) serta mengabaikan dengan sengaja tanpa berbincang dengan pasangannya maka
hukumnya adalah berdosa.Ini kerana menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin / seksual kepada pasangannya adalah wajib.

Jesteru si isteri perlu minta  haknya kepada suami tanpa rasa malu,ekiranya jika  suami tidak mampu dari segi syahwat atau terlalu sibuk panel pohon agar suami puan berubat dengan doktor pakar yang berugama islam dalam bidang berkaitan dan mohon suami puan berbincang dengan cara baik TERMASUK  mengingati semula  kepada aku janji ketika melafazkan  sighah ijab dan kabul semasa hari pernikahan,Aku terima nikah si Pulanah binti Si Pulan yang membawa maksud sanggup pikul tanggungjawab untuk memberi nafkah zahir dan batin  dengan sebaik-baiknya sekadar    yang termampu.Wallahu a'lam.

Wednesday, January 9, 2013

Abaikan Nafkah

Soalan

suami sering abaikan nfkah zahir dan kini ini hampir 99% sy uruskan, bil+sewa rumah, sek. & nursery ank2,brang2 rumah hinggakan belanja suami pegi kerja dan membeli ubat dia juga saya kena sediakan. suami sering beri alasan tiada duit dan perlu beli ubat(darah tinggi).jika ajak brbincang hanya satu yang dia akan ptuskan 'berenti kerja' sebab saya enggan bantu.bukan enggan tapi ia seolah2 dah jd tgjwb sy sepenuhya pula.sy amt tertekan.apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, para isteri yang menghadapi suami yang enggan mengeluarkan nafkah zahir sebenarnya berhak untuk menuntut hak ta’liq di Mahkamah Syariah yang berdekatan dengannya.
Oleh itu, para isteri yang menghadapi masalah seperti ini sila buat rujukan mengenainya di Mahkamah Syariah yang berhampiran.
Dalam pada itu, sila dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu daripada pegawai kaunselor keluarga yang berkhidmat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda.
Semoga dengan pelaksanaan ta’liq ini dapat membela nasib kaun isteri yang dipersiakan oleh suaminya yang tidak bertanggungjawab. Panel doakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati hidup para isteri yang teraniaya. Wallahu 'alam.

Saturday, January 5, 2013

Sudah Ada Suami Tetapi Nikh Batin Gn Lelaki Lain

Soalan

assalammualaikum,saya seorg istri da sdah punya 2 org ank,saya ada knl seorang lelaki ini dlm fb,dan dia amt suka pda sya biarpun sya sudah ada suami,pda minggu lpas dia tlah mengajaksya nikah batin secara dlm facebook,dia ckp saya mengiyakan saje dan dia bgi tau kami nikah batin ni kerana ALLAH,dan sesudah nye dia ckp pda sya,dia da menikah batin sma saya dan suami sya cma dapat tubuh saya sahaja,dn lelaki 2 pon da anggap sya sbgai isteri dia,saya runcing,tolong bantu saya

Jawapan

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Pertamanya pohon keampunan kepada Allah kerana berdasarkan situasi yang diceritakan, puan telah nusyuz bermaksud derhaka dan tidak mentaati perintah suami dan mencemarkan maruah suami dan keluarga. Puan masih mempunyai suami dan wajib puan untuk mentaatinya selagi suami puan tidak menyruh puan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Taala. Firman Allah bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” (Surah an-Nisa’, ayat 33).
Tindakan dilakukan puan yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan.” (Surah al-Isra, ayat 32)

Tidak salah untuk melayari facebook asalkan tidak melakukan perkara yang dilarang. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji teman facebook kerana andai tidak berhati-hati, kita semua akan mudah terpedaya seperti mana yang dilaporkan di akhbar dan menjadi mangsa penipuan, cabul , rogol dan sebagainya.
Nasihat kami kepada puan. Mohonlah taubat kepada Allah dan meminta maaf daripada suami dan menjauhi kenalan di facebook tersebut dan pelihara keharmonian keluarga dengan sinar Islam untuk rumahtangga bahagia.

Sunday, December 30, 2012

Suami Tidak Bertanggungjawab

Soalan

Assalamualikum Ustaz/Ustazah.
Saya baru berkahwin pada 2010. Rumahtangga saya bergolak mula tahun lepas disebabkan suami ada hubungan dengan perempuan lain.Saya telah melihat sendiri gambar tidak senonoh mereka berdua. Tetapi setelah merujuk beberapa orang ustaz, ada tanda-tanda suami terkena sihir. Dengan alasan itu saya memaafkn suami. Tapi akhir2 ini,sikap suami berubah kembali. Dia menjadi seorang yg tak bertanggungjawab serta nafkah tidak diberi.Saya sudah tawar hati dan perlukan nasihat.

Jawapan

Mengikut Islam suami yang sebegitu keadaannya maka isterinya berhak menuntut fasakh di Mahkamah. Atau saudari boleh berbincang dengan cara yang baik bersama suami, serta membuat taklik bertulis untuk memastikaknya setia dengan akhlak Islam. Jika dilanggar maka talak akan terjatuh secara automatik berdasarkan taklik itu.

Thursday, December 27, 2012

Suami Yang Pemabuk Dan Tidak Solat

Soalan

Assalamualikum wrwb
Saya mempunyai kemusykilan iaitu:
1) bolehkah seorang bapa yang sering mabuk dan x pernah solat
mewalikan anak gadis beliau?
2) wajarkah bagi seorang isteri meminta cerai kepada
suaminya atas alasan meragui status agama si suami
kerana kebiasaan-kebiasaan suami yg suka minum arak dan meraikan
perayaan agama lain serta suka makan makanan yang tidak disahkan halal?
Sekian. Terima kasih. Wasalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam kes ini, bapa tersebut tidak boleh menjadi wali anak perempuannya kerana beliau tidak memenuhi syarat untuk menjadi wali.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Imam Ghazali dan Imam Nawawi (Mazhab Syafi’i) berpendapat bahawa wali yang fasiq (sering melakukan perbuatan dosa) boleh menjadi wali dengan syarat dia telah bertaubat
Oleh yang demikian, bapa tersebut boleh dilantik menjadi wali pernikahan anak perempuannya selepas beliau bertaubat.
Walau bagaimanapun, Panel mencadangkan supaya kes ini dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mengenal pasti status dan kelayakan bapa tersebut untuk menjadi wali anak perempuannya.

2.         Dalam persoalan ini, status agama suami tersebut perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Dalam pada itu, adalah dicadangkan kepada isteri tersebut supaya bertemu dengan Pegawai Kaunselor Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran. Nyatakan kepada mereka segala perkara tersebut.
Semoga dengan mendapat pendedahan dan khidmat nasihat mengenai isu tersebut, menjadikan isteri tersebut lebih mudah untuk membuat keputusan sama ada hendak menuntut fasakh ataupun sebaliknya.
Wallahu 'alam.

Mutaah Dah Nafkah Edah

Soalan

salam, saya ade kekeliruan mengenai nafkah edah dan mutaah.dalam surat cerai suami de tls nafkah edah rm 2150( semasa dlm edah) mutaah rm100.
mslh skrg kami keliru... adakah suami perlu membayar rm2250 ke bks isteri atau nafkah edah dan mutaah perlu di darab 3 bulan bermakna suami perlu membayar rm6750. sbb bks isteri dtg rumah dan mengatakan pd suami supaya membayr rm6750. sedngkn mengikut kepahaman sy hanya perlu membayr rm2250. justeru itu sy ingin meminta pendpt tuan.mohon jawapan segera

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, ia adalah berbalik kepada keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah yang terbabit.
Dari itu, Panel mencadangkan supaya anda rujuk semula kepada pihak mahkamah yang mengeluarkan keputusan tersebut kerana mereka lebih memahami kes ini. Wallahu 'alam.

Monday, December 3, 2012

Hubungan Antara Suami Dan Ibu Saudara

Soalan

Adakah terbatal air sembahyang suami saya dengan ibu saudaranya sendiri iaitu isteri kepada bapa saudaranya(abang kepada ibu suami)?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Ibu saudara yang telah berkahwin dengan bapa saudara sedarah sedaging maka batal air sembahyang dan aurat wajib dittutup. Ini kerana hubungan mereka hanya haram nikah buat sementara  kerana apabila bapa saudaranya bercerai dengan ibu saudara tersebut maka suami anda boleh bernikah dengan ibu saudara tersebut kerana sudah tiada hubungan darah dan apa-apa ikatan perkahwinan dengan bekas suaminya (bapa saudaranya)

Salah Ke Saya Terus Bercinta Dengan Dia Walhal Dia Seorang Lelaki Yg Dah Beristeri Dua ?

Soalan

saya amat cintakan dia . tapi dalam masa yg sama sy tau dia ada tanggungjwb . lgpun sy masih belajar . dia seorg lelaki yg beristeri dua , walau sy tau smua tu , sy tetap terjatuh cinta dgn layanan dan keikhlasan hati dia yg ingin menyunting saya sbg isteri tak lama lg . tapi , sy tak rela jadi isteri ke-3 . . tapi jugakk , saya kesiankan anak-2 dia yg sgt sukakan sy . apa akan jd kat ank-2 dia lepas dia bercerai dgn isteri pertama dia taon depan ? isteri dia taknak tuntut hak penjagaan . .

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hal bekaitan perkahwinan tidak ada istilah kasihan. Fikirkan dahulu perkara masa hadapan. Anda di usia muda terpaksa berkongsi kasih dengan suami yang sudah mempunyai dua orang isteri. Alam perkahwinan tersangatlah mencabar, Ada yang isterinya seorang tapi rumah tangga karam di pertengahan jalan. Yang dicari adalah kebahagian bukan keseronokan yang sementara.
Layanan dan keikhlasan lelaki sebelum bernikah adalah berbeza sekali apabila sudah berumah tangga. Jika benar dia seorang suami yang penyayang pastinya rumah tangganya aman bahagia. Kenapa dia perlu mencari insan lain?
Sanggupkah anda merasai kekurangan wang terutama tiba musim perayaan tiba, sanggupkah anda menunggu giliran pulang berhari raya ke rumah anda apabila giliran isteri-isteri lain tiba? Banyak perkara yang perlu difikirkan.
Poligami adalah halal di sisi Islam,  sekiranya si suami mampu dan adil dalam semua perkara maka dia layak untuk mendirikan rumah tangga lebih dari seorang.
Fikirkan masa depan anda dan keluarga, apakah perasaan anda apabila si suami memaklumkan bahawa dia ingin menambah isteri kepada 4 orang.
Cinta itu adakalanya terlalu murah terutama ia berlandaskan hawa nafsu semata-mata dan tipu daya di hadapan mata kita.

Friday, November 23, 2012

Bersetubuh Dgn Isteri Tetapi Suami Terbayang Perbutan Zina Isteri Dgn Lelaki Lain

Soalan

Assalamualaikum....isteri saya telah melakukan zina perbuatanya itu sya ketahui baru2 ini...soalan sya..sya pernah bertanya perlakuan dan aksi zina yg isteri sya lakukan dan dia menceritakan segalanya...apakah hukumnya....kesanya...sya sentiasa terbayang perlakuan zina isteri sya semasa saya bersetubuh dgnya...apakah hukumnya bg saya pula...
2..Minta nasihat dan cara2 utk sya menghilangkan perasaan sedemikian,sya msh sayangkanya demi anak2 dan menjaga nama baik keluarganya.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t.
saudara yang dirahmati Allah swt
Hukum berzina bagi lelaki atau wanita yang sudah berkahwin adalah satu dosa besar  dan perlu bertaubat dengan taubat nasuha.
Panle menasihatkan agar saudra menasihati isteri kerana masih menyayanginya dan mengejaknya kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah swt.
Tidak seharusnya anda bertanya berkenaan perbuatan suami bersama mana-mana lelaki kemudian membayangkannya, ia seolah anda bersetuju dengan segala tindakannya. Perkara yang paling menakutkan ialah menjadi suami yang dayus. Seorang suami seharunsnya menjadi pemimpin kepada ahli keluarga agar jauh  dari lembah kebinasaan.
Rujuklah perkara ini dengan pejabata agama Islam bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berkenaan hal sedemikian. Binalah keluarga yang harmoni dan diredhai bagi menjamin anak-anak dan keturunan itu mempunyai akhlak yang terbaik dan terpuji di sisi Allah

Hukum Sayang Suami Org

Soalan

apa hukum seorang isteri berkawan dgn suami orang, sehingga suami org itu jatuh cinta pada si wanita ini lalu meluahkan perasaan sayang padanya. tp si wanita tidak sampai hati melukakan perasaan lelaki itu oleh kerana dia adalah kawan lamanya. apa yang patut dilakukan oleh si wanita yang serba salah ini. terima kasih

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Berdosa bagi seorang isteri mempunyai hubungan dan perasaan lain kepada lelaki lain selain dari suaminya.
Malah menjalin hubungan yang mendalam tanpa pengetahuan suami adalah berdosa.
Tidak  dikira berdosa sekalipun sekiranya meninggalkan lelaki tersebut. dan tidak ada istilah kasihan walau dia rakan lama sekalipun, kerana yang akan ditanya kelak adalah dosa mempunyai perasaan dan hubungan istimewa dengan lelaki lain di hadapan Allah kelak.
Wanita tersebut wajib bertaubat dan memutuskan hubungan dengan lalki itu sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini dan dibenci Allah.

Saturday, November 17, 2012

Suami Abaikan Nafkah Batin

Soalan

Assalamualaikum ustaz, Saya dah berkahwin 13 thn lebih dan sekarang umur saya 37 tahun dan suami 44 tahun. pada umur saya 27 thn suami telah berkahwin lain di siam tanpa pengetahuan saya dan setelah setahun baru lah saya mengetauinya kerana terjumpa surat nikah siam. Pada umur saya 35 tahun suami berkahwin lagi juga di siam. jadi sekarang saya ada 2 orang madu. Apa hukum jika suami abaikan nafkah batin terhadap saya dan suami hanya tumpukan pada ke 2 isteri mudanya sahaja..berdosakah saya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya  terbahagi kepada dua iaitu:
1.Nafkah zahir
2.Nafkah batin
NAFKAH ZAHIR
Merangkumi perkara-perkara berikut:
1.Makan,minum
2.Tempat tinggal/rumah
3.Pakaian
4.Kesihatan
5.Pendidikan
6.Rekreasi/perlancungan
NAFKAH BATIN
1.Bersetubuh/melakukan jimak/seks
2.Kasih sayang
3.Menjaga hati dan perasaan isteri.
4.Pergaulan yang baik dan harmoni bersama isteri
5.Giliran yang adil antara isteri tua dengan isteri-isteri yang lain.
Jika suami tidak sanggup berlaku adil dalam perkara ini, anda boleh tuntutan di mahkamah syariah.Malahan  gambaran suami yang tidak sanggup berlaku adil  di akhirat kelak suami akan berjalan dalam keadaan senget .Wallahu a'lam.

Thursday, November 15, 2012

Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang

Soalan

baru2 ni suami sy mjalin hubungan dgn isteri org.sy pernah tbaca msg ppuan itu myatakan ingin "take care" suami sy & suami sy pula ingin myatakan ingin "mmbahagiakan" ppuan itu..mereka kj office yg sama.ppuan itu berjauhan dgn suaminya.ppuan itu jg tahu suami sy dh bkeluarga n mmpunyai anak & ppuan itu jg mmpunyai anak.sy btl x sangka suami sy curang ngn sy. adakah betul tindakan sy jika mghalang phubungan mereka?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Masalah rumahtangga hendaklah diselesaikan dengan tterbaik ,agar isu ini tidak umpama retak menunggu belah.Cara yang terbaik panel cadangkan agar anda mencari individu @ orang yang paling suami segan seperti bapa mentua @ imam @ ketua kampung@ penghulu dan sebagainya untuk menjadi orang tengah bagi mencari kaedah supaya suami puan tidak bermain  kayu tiga di belakang anda.Sebaliknya tahu amanah dan tanggungjawab kepada isterinya yang sah dari segi agama.
Panel yakin kemelut yang sedang anda hadapi akan dapat diselesaikan dengan cara terbaik.Wallahu a'lam.

Saturday, November 10, 2012

Suami Curang Dan Berzina Dengan Wanita Lain.

Soalan

salam...2 minggu yang lepas sya telah mndapat tahu suami curang,dan mereka telah melakukan zina (perempuan tu sendiri mengaku)..sya minta suami berterus terang,suami mengaku mereka menjalinkan hubungan dan pernah melakukan zina...suami merayu saya memaafkan dan ingin berubah,tpi selang 3 ari saya mendapat tahu mereka masih berhubung menggunakan nombor yang lain,sekali lagi suami meminta maaf,.saya tidak tahu mengapa saya terlalu mudah tunduk kepada suami selepas apa yang berlaku,.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudarai yang dirahmati Allah swt
Perbanyakkanlah bersabar dalam berhadapan perangai suami. Jika anda buntu rujuklah perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah yang terdekat untuk untuk mendapatkan pandangan yang lebih terperinci. Mudah memaafkan  juga boleh membuatkan seseorang mudah membuat dan mengulangi kesalahan. Zina merupakan satu doas besar, bukan sekadar memohon maaf bahkan suami anda perlu bertaubat dengan taubat nasuha.
Renungilah ayat dari surah an-nur di mana penjelasannya, lelaki yang berzina adalah untuk wanita yang berzina manakala wanita yang berzina  adalah layak baginya lelaki yang berzina juga. fikirkan demi masa depan anak-anak dan kebahagiaan keluarga.
Mohonlah petunjuk dari Allah agar dipermudahkan segala urusan dan diberi hidayah kepada suami.

Tuesday, November 6, 2012

Hukum Menolak Permintaan Suami

Soalan

Salam..ustaz, saya nak tanya, berdosakah seorang isteri sekiranya dia menolak permintaan suami kerana geli dengan permintaan tersebut? contoh : hisap lidah. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut hukum fekah sorang isteri wajib mengikut kehendak suami selagimana arahan tersebut bukan untuk tujuan maksiat dan derhaka kepada Allah.
Sebagai contoh, dalam pergaulan terutama ketika melakukan hubungan kelamin (seks) antara suami isteri ,kadangkala terdapat  permintaan suami untuk melakukan sesuatu bagi tujuan membangkitkan syahwat masing-masing seperti ciuman,rabaan,geselan,gentelan,menghisap lidah   hatta memegang kemaluannya.
Perbuatan  seumpama ini  kadangkala mendatangkan perasaan rasa geli geleman  dan serba salah TETAPI HARUS DIINGAT selagimana suruhan tersebut bukan untuk tujuan maksiat dan syirik @ derhaka Allah anda kena akur.
Sekiranya anda tolak  anda akan dapat dosa. dan kemurkaan daripada malaikat ,Cuma jika anda hendak tolak ,anda kenalah berikan alasan yang munasabah yang bolehditerima serta  menyakinkan hati suami.Wallahu a'lam.