Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Sama Ada Puasa Asyura Boleh Disekalikan Dengan Puasa Ganti Atau Tidak.

Soalan

assalamualaikum...saya nak tanya boleh atau tidak puasa asyura disekalikan dengan puasa ganti ?
sekian..terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus @ boleh melaksanakan puasa sunat pada hari asyura  bersekali dengan puasa ganti.
Walau bagaimanapun panel nasihatkan, sebaik-baiknya anda buat berasingan, antara puasa ganti dengan puasa sunat.Ini kerana puasa ganti itu, sebenarnya adalah berasal daripada puasa fardu /wajib yang terbatal dalam bulan ramadan.
Justeru ,ia lebih utama didahulukan/diganti,sedangkan puasa sunat itu hadir berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam bulan-bulan tertentu yang terdapat dalam taqwin hijri.Wallahu a'lam.

Hukum Termakan Sewaktu Puasa Sunat

Soalan

Assalamualaikum wbt.. ustaz saya nak tanya..apabila kita berpuasa sunat seperti puasa Tasu'a..Kemudian kita termakan atau termasukkan sesuatu ke rongga badan kita iaitu dengan secara tidak sengaja..apakah puasa kita masih sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum puasa sunat pada hari tasu'a itu sah,ini  disebabkan anda  makan kerana  terlupa.
Setelah anda sedar, yang diri anda sedang berpuasa, maka hendaklah anda berhenti   makan  dengan  kadar segera.Seterusnya anda menyambung kembali baki puasa tersebut ,sehinggalah  masuk waktu maghrib.Puasa anda tetap sah dan perbuatan anda makan dalam keadaan terlupa itu dimaafkan oleh Allah SWT.Wallahu a'lam.

Sunday, October 27, 2013

Niat Membatalkan Puasa

Soalan

Adakah niat puasa terbatal jika terlintas dihati 'x nak puasa' walaupun pada zahirnya kita memang ingin berpuasa? Hal ini menyebabkan saya terpaksa berniat berulang kali.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa anda tidak batal kecuali anda sertai dengan perbuatan yang boleh membatalkan puasa iaitu
1.Makan dan minum dengan sengaja
2..Pitam sepanjang hari ketika puasa
3.Melakukan persetubuhan atau jimak
4.Memasukkan air ke dalam rongga telinga dengan sengaja
5.Menghisap rokok dengan sengaja
6.Mengeluarkan air mani melalui kaedah melancap @ onani

Saturday, September 21, 2013

Qada Puasa Bagi Wanita

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Ada seseorang yang menyatakan Puasa tdk perlu diqada'kan oleh wanita yg mengalami Haid semasa bln Ramadhan kerana Haid merupakan perkara semulajadi terhadap wanita. Beliau menekankan lagi puasa hanya perlu diganti oleh wanita yang bersalin pada bulan puasa.
Beliau juga menyatakan puasa wanita haid tidak perlu ganti kerana ia adalah bersamaan dengan tidak perlu qada' solat lima waktu semasa haid. Boleh tolong bagi nas yang kukuh yang boleh saya beritahu kpdanya? TQ

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak benar pendapat sedemikian kerana dalam menjelaskan persoalan ini ia dikaitkan dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud "Sesiapa yang berada dalam keadaan sakit atau musafir maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain, dan bagi orang yang tidak mampu (berpenyakit yang tidak dapat dipulihkan seperti penyakit tua atau gastrik berpanjangan dan saumpamanya) untuk berbuat demikian (berpuasa) maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain".
Benar bahawa Haid merupakan perkara semulajadi tetapi dalam ayat ini (maksud ayat al-Quran diatas) ia tidak berkecuali dari melakukan puasa sekalipun bagi wanita yang bersalin pada bulan puasa.  Ia tidak sama dengan kes solat kerana ada hadis yang mengecualikan solat (melarang solat dan mengecualikan solat untuk diganti) bagi wanita yang ber Haid. (Soheh Muslim - no. 335 : Kitab al-Haid) yang bermaksud " Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami (Aisyah) maka kami disuruh oleh Rasulullah mengqada puasa namun tidak disuruh untuk mengqada solat."

Saturday, August 31, 2013

Onani Ketika Tidak Sedar Berpuasa

Soalan

soalan sy, sy onani sewaktu sy tidak sedar yang sy sedang berpuasa sunat, selepas sy onani baru sy sedar yg sy sedang berpuasa, adakah batal puasa sy?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum onani itu adalah haram dan anda wajib segera bertaubat daripada terus melakukan onani.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,dalam sebuah hadis baginda saw menjelaskan bahawa,diangkat dosa seseorang,orang yang lupa sehingga ia sedar,orang tidur sehingga ia terjaga,......
Berdasarkan kepada maksud hadis ini jelas  menunjukkan bahawa puasa anda sah disebabkan terlupa,tetapi perbuatan onani tetap haram dan berdosa.Wallahu a'lam

Wednesday, August 21, 2013

Puasa 6 & Puasa Ganti

Soalan

Salam..sebelum ni saya dah puasa 6, 2 hari, tapi baru baca kat google yang kena puasa ganti dulu baru puasa 6..saya nak tahu sah ke puasa 6 saya yang dah selesai 2 hari tersebut...boleh ke saya puasa ganti dulu, lepas dah ganti saya puasa 6, tapi baki 4 hari sahaja..saya musykil...tolong jawab, terima kasih..

Jawapan

Waalaikumussalam.
Ada ulama berpendapat bahawa puasa ganti boleh disekalikan dengan puasa 6 (dapat dua pahala) dan ada pula yang mengatakan tidak boleh.  Oleh itu terpulanglah pendapat mana yang ingin dipakai.  Pusa yang selesai 2 hari itu adalah sah dan boleh disambung pada hari berikutnya jika ingin berbuat demikian.

Qada Puasa Bagi Wanita Hamil

Soalan

Assalamualaikum wrt. wbt.
Saya cuma dapat berpuasa 7 hari saja pada ramadhan 2013 akibat alahan teruk semasa hamil 2 bulan dan risau keselamatan diri dan bayi. 1) ada di kalangan ust. yg saya bertanya mengatakan puasa yang ditinggalkan itu tidak perlu qada & hanya perlu membayar fidyah kerana bayi belum ada roh? 2) bolehkan saya hanya qada sekadar hari yang termampu sebelum ramadhan yang akan datang 3) adakah bilangan hari dan fidyah akan bertambah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam persoalan ini, di dalam hukum fiqh Islam, semua ibu yang hamil dan risaukan tentang keselamatan kandungannya sehingga menyebabkan dirinya tidak berpuasa perlu membayar fidyah dan hari puasa yang ditinggalkan masih wajib diqadha’kan.
Ringkasnya, pendapat yang diutarakan oleh ustaz tersebut tidak menepati dengan tuntutan hukum fiqh di dalam Syariat Islam.
Dari itu, anda perlu mengqadha’ kesemua puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan dan membayar fidyah puasa mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

2.         Mengenai persoalan ini, jika anda tidak sempat untuk menghabiskan kesemua bilangan hari puasa yang telah ditinggalkan sehingga bertemu dengan bulan Ramadhan tahun hadapannya, maka anda akan dikenakan bayaran fidyah. Setiap hari akan dikenakan bayaran sebanyak 1 cupak beras (675 gram) dan diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan di tempat anda.

3.         Bilangan hari yang perlu diqadha’kan tidak akan bertambah. Ia kekal sebagaimana yang ditinggalkan. Namun, bayaran fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun puasa tersebut tertunggak (masih belum diqadha’kan lagi), dan ia akan terus meningkat sehinggalah selesai diqadha’kan kesemua bilangan hari puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan. Wallahu 'Alam.

Saturday, August 3, 2013

Berbuka Kurang Seminit Gara2 Guna Aplikasi Android

Soalan

Assalam. Sy menggunakan aplikasi android waktu solat pada gadget saya. Suatu ketika sy berada di luar jauh dr Masjid. Jadi sy brgantung pada aplikasi itu. Bila masuk waktu 7.29 pm sy pun terus berbuka. Setelah pulang dan semak waktu sebenar rupa2nya aplikasi android tu kurang seminit dr waktu sebenar. Sah atau tidah puasa saya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, puasa anda adalah sah dengan syarat anda berada di dalam keadaan yang cukup pasti (tidak ragu-ragu) dengan jam yang terdapat pada gadjet tersebut.
Namun begitu, jika anda sudah tahu tentang ketidaksamaan waktu pada gadjet tersebut dengan waktu yang sebenar, tetapi tidak anda hiraukan mengenainya, maka puasa anda pada hari tersebut adalah tidak sah kerana berbuka sebelum masuknya waktu maghrib.
Pengajaran yang boleh anda ambil melalui kes di atas ialah sila pastikan segala keperluan di dalam anda melaksanakan ibadat berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
Sila pastikan jam yang terpapar pada gadjet tersebut  menyamai dengan waktu tempatan. Jika di Malaysia, sila dail 1051 untuk menyemak waktu yang tepat bagi negeri-negeri di negara ini. Wallahu 'Alam.
Nasihat daripada Panel, gunakanlah gadjet dan penemuan yang baru sebagai alat yang boleh memudahkan lagi urusan ibadat kita. Semoga dengan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini dapat memudahkan segala urusan hidup dan ibadat kita. Wallahu 'Alam.

Puasa Yang Lalu Dan Byrn Fidyah

Soalan

slm,
sy prnh mnggalkan puasa sejak baligh...anggaran perkiraan hari lebih kurang 100 hari...sy ingin btanya:
i) boleh x sy byr keseluruhan fidyah terlebih dahulu, kemudian diikuti dgn qada puasa sedikit demi sedikit? (krn sefaham sy, fidyah akan naik tahun demi tahun..kan ustz? manakala qada puasa tetap 100 hari...)

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh berbuat demikian.  Qada puasa tetap sama jumlah yang ditinggalkan tetapi fidyah akan bertambah dari tahun ke tahun.  Jika kita hendak menggantikan qada itu secara beransur-ansur setelah fidyah di lunaskan keseluruhannya maka fidyah tersebut tidaklah bertambah kerana tidak dapat menghabiskan puasa tersebut.

Mengelap Bibir Dengan Kain Lembab Ketika Puasa

Soalan

Assalamualaikum, rakan saya sering mengelap bibirnya dengan sapu tangan yang lembab. Di mana sapu tangan tersebut dibasahkan dan kemudian diperah airnya, menjadikan ia lembab.
Soalannya adakan perbuatan mengelap bibir dengan sapu tangan lembab boleh membatalkan puasa kerana kemungkinan sisa air pada sapu tangan tersebut mungkin masuk ke dalam mulut.?
Mohon pencerahan dari ustaz. Sekian terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh mengelap bibir dengan menggunakan sapu tangan atau kain atau tisu atau sebagainya dan ia tidak membatalkan puasa, sekalipun sisa air masuk kedalam mulut tidak membatalkan puasa, begitu juga dengan berkeromor/menggosak gigi/bersugi atau sebagainya yang sesetengah pendapat mengkategorikan sebagai makruh sahaja.

Memeriksa Kemaluan Menggunakan Alat Dengan Memasukkan Alat

Soalan

Assalammualaikum .sy mengandung 6 bln, sepanjang sy mengandung saya mengalami penyakit keputihan yg agak serious, oleh yg demikian doktor terpaksa mengambil sample keputihan dengan memasukkan alat kedlm kemaluan sy utk mengambil sample keputihan utk di hantar ke makmal takut ada jangkitan ygblh memudharatkan Janin. Dan ms dia ambil sample adalah bln ramadhan. atas alasan takutkan jangkitan kuman terhdp janin sy saya bersetuju. soalan saya adakah sy perlu byr fidyah krn niat risau ttg bayi? tq ye

Jawapan

Batal puasa anda dan wajib mengqadha'nya selepas habis bulan Ramadhan.

Menggantikan Puasa Bapa Yang Meninggal Dunia

Soalan

Ustaz, saya ingin tanya mengenai qadha puasa utk bapa saya yang meninggal dunia pada tahun 2007 1 ramadhan (satu hari sahaja meninggalkan puasa kerana sakit tenat) . sekarang ini saya ingin tahu berapa harikah saya perlu ganti puasa untuknya? saya baru teringat bahawa saya belum mengganti puasanya tetapi ibu saya sudah membayar fidyah...

Jawapan

Sauda adalah disunatkan menggantikan puasa tersebut sebanyak sehari sahaja. Itulah yang terbaik dilakukan sebagai seorang anak. Bapa akan mendapat ganjaran dari perbuatan saudara itu dan ianya sabit dari hadis sohih.

Monday, July 22, 2013

Niat Selepas Sahur.

Soalan

Untuk kita berpuasa pada ke esokkan hari. Boleh tak kalau kita niat pada esok hari sewaktu kita bangun sahur?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Adalah boleh/harus anda berniat puasa ramadan ketika bersahur.Wallahu a'lam

Terlupa Bangun Sahur , Tapi Sah Ke Solat Seperti Biasa ?

Soalan

Assalamualaikum. Hari ni 20/7/2013 sy terlupa bangun sahur sbb keletihan & x sedar alarm bunyi. Tapi sy telah kerjakan solat sunat dhuha & membaca al-quran , lepas tu kalau sy makan sebab x sahur tapi lepas tu sy solat macam biasa , adakah solat sy sah ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat anda sah,malah ulamak telah menyatakan bahawa tertinggal  satu hari  puasa pada bulan ramadan tidak dapat diganti sepanjang hayat.Malah berdosa buka puasa tanpa sebab.Wallahu a'lam.

Suami Cium Dahi Dan Pipi Isteri Pada Bulan Ramadhan Semasa Bersalaman Sebelum Pergi Bekerja

Soalan

Saya ingin bertanyakan, apakah hukumnya makruh jika saya dan suami hendak pergi bekerja bersalaman dan suami saya cium dahi dan pipi saya semasa berpuasa di bulan ramadhan. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum cium isteri pada bulan puasa tidak batalkan puasa cuma makruh sahaja.Tetapi akan jatuh haram jika boleh menaikkan syahwat dan seterusnya se hingga melakukan jimak.Wallahu a'lam.

Hukum Berpuasa Pada Hari Jumaat, Sbtu Dan Ahad

Soalan

assalamualaikum.. apakah hukum berpuasa pada hari jumaat, sabtu dan ahad pada bukan bulan ramadhan.. benarkah tidak boleh berpuasa pada tiga hari tersebut ataupun jika hendak berpuasa pada hari jumaat perlu berpuasa skali pada hari sabtu ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam  hadis baginda saw yang dirwayatkan oleh muslim menyatakan adalah makruh hukumnya jika berpuasa sunat atau ganti pada hari jumaat,atau sabtu @ hari ahad kecuali dimulai sehari sebelm atau sehari selepas seperti berikut,

1. Jika puasa pada hari jumaat hendaklah dimulai pada hai khamis kemudian dikuti dengan hari jumaat,jika mula jumaat kemudian dikuti hari sabtu

2. jika puasa pada hari sabtu hendaklah diikuti pada hari ahad, begitu juga hari ahad mesti dimulai hari sabtu atau diikuti dengan hari isnin.

Jika lakukan tanpa diawalkan sehari atau diikuti sehari selepas maka hukumnya adalah makruh dan dibimbangi dengan puasa orang yahudi dan kristian.Wallahu a'lam.

Saturday, July 13, 2013

Blh Ke Bkn Islam Niat Puasa

Soalan

Salam,sy seorng pljr dn tggl sblik dgn rkn bkn islam,malah dia juga cuba ingn brpuasa.Soalan sy prlukah dia niat puasa sprti kte??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum orang yang bukan Islam berniat puasa itu harus/boleh tetapi ia tidak diberi pahala.Ini kerana mereka tiada ikatan dari segi keimanan/akidah dengan Allah.
Cuma berpuasa itu baik untuk jaga kesihatan di samping untuk  merehatkan sistem pencernaan dalam organ dalaman tubuh badan manusia.Ini kerana sistem yang terdapat dalam perut manusia  sentiasa bekerja tanpa rehat jika manusia terus menerus makan tanpa henti.Sekiranya berpuasa ia dapat merehatkan mesin bagi tujuan pencernaan yang lebih baik kepada tubuh badan manusia.Wallahu a'lam.

Perkara Batal Puasa

Soalan

Adakah batal puasa sekiranya air mani keluar dgn tidak sengaja semasa membuang air kecil tanpa ade syahwat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebenarnya itu bukannya air mani.Pada kebiasaanya air wadi yang keluar bersama dengan air kencing ketika anda membuang air kecil.Sekiranya ia keluar memadailah anda basuh dan bersihkan sahaja.manakala puasa anda tidak batal.Wallahu a'lam.

Apakah Hukum Bagi Yang Berhadas Besar Berpuasa?

Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya musykil tentang perkara apakah sah puasa seseorang itu apabila dia berada dalam keadaan berhadas besar pada siang hari?contohnya saya dan isteri isteri bersama pada waktu malam dan tidak sempat untuk mandi wajib sebelum siang dan terus berpuasa.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa anda berdua sah  TETAPI berdosa kerana melewatkan mandi junub.Ini kerana jika anda berdua lewat mandi menyebabkan anda lewat untuk melakukan solat subuh begitu juga  untuk membaca al-Qur'an dan beriktikaf  di masjid terutama di bulan ramadan.Wallahu a'lam.

Saturday, June 22, 2013

Puasa Ganti Pada Hari Jumaat Sahaja

Soalan

assalamualaikum......................

saya ingin bertanyakan satu soalan,,,,sah tak puasa saya sebab saya hanya ganti puasa wajib pada hari jumaat sahaja............

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa yang anda lakukan itu sah,malah baginda saw menganjurkan sebaik-baik  hari yang ingin untuk melakukan puasa selain hari isnin dan khamis itu mestilah  didahului satu hari sebelum @ satu hari selepas.
Sebagai contoh jika anda berpuasa pada hari jumaat seeluk-eluknya dibuat sehari sebelum iaitu hari khamis atau sehari selepas hari jumaat iaitu hari sabtu.Wallahu a'lam.