Showing posts with label Muamalat. Show all posts
Showing posts with label Muamalat. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Beli Kereta, Khidmat 'runner'

Soalan

assalamualaikum,

saya dalam proses ingin membeli kereta terpakai. utk menukar nama kereta tersebut, ia perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM. penjual tersebut ingin menggunakan khidmat 'runner' bagi menjimatkan masa dan tenaga. namun, khidmat 'runner' ini selalu dikaitkan dengan rasuah.

saya enggan menggunakan khidmat 'runner' tetapi penjual tidak bersetuju dgn saya. apakah hukumnya jika saya terlibat dalam jual beli ini?

terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, jika anda yakin urus niaga tersebut akan melibatkan amalan rasuah yang sudah jelas diharamkan di dalam Islam, maka ia wajib anda hindarkan. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmidzi).

Oleh itu, carilah kedai kereta terpakai yang lain demi untuk menjaga kemaslahatan diri anda dan juga urus niaga yang akan anda lakukan.
Utamakanlah reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada reda manusia. Wallahu 'alam.

Wednesday, November 21, 2012

Duit Hasil Pertandingan Memancing

Soalan

duit pertandingan memancing

Jawapan

“Perkara yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu; apakah dia termasuk dalam perkara yang halal ataukah yang haram? Maka sesiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya maka dia akan selamat dan sesiapa yang mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir dia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi dan riwayat ini adalah lafaz al-Tarmizi) (Dr. Yusof al-Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal 37)

Bekerja Dengan Institusi Kewangan Aeon

Soalan

Assalammualaikum, saya ingin bertanya sesuatu berhubung dengan pekerjaan saya ketika ini. Saya bekerja di Institusi kewangan Aeon Credit. Disini saya sudah sedia maklum bahawa riba adalah haram dri sisi agama Islam namun saya berasa keliru kerana ada pihak yang mengatakan tidak mengapa sekiranya dalam darurat. Saya berasa sungguh keliru dengan pendapat tersebut dan ingin tahu berkenaan dengan kesahihan maklumat itu. Diharap pihak tuan puan dapat memberikan keterangan berkenaan dengan pekara ini

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum anda bekerja di bank tersebut adalah diharuskan. Oleh itu, pendapatan yang anda terima setiap bulan boleh anda gunakan untuk menanggung keperluan anda dan keluarga.
Walau bagaimanapun, jika anda berupaya untuk mencari kerjaya yang lain, ia adalah lebih utama.
Ringkasnya, seorang muslim diharuskan untuk bekerja di institusi tersebut hanyalah atas dasar darurat sahaja (jika tidak ada pilihan kerja yang lain). Namun jika ada peluang kerjaya yang lain, maka wajib baginya meninggalkan kerja di institusi kewangan tersebut dan menerima pekerjaan yang baru itu. Wallahu 'Alam.

Saturday, November 17, 2012

Hukum Pelaburan Emas Di Maybank

Soalan

assalamualaikum wbt..

saya ingin bertanya.. ada ada melabur dalam maybank gold investment account (MGIA).. menurut pihak maybank, mereka melabur dalam bentuk asset komoditi emas.. namun, pelanggan tidak boleh mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal, hanya boleh mengeluarkan dalam bentuk wang tunai.. jadi, adakah jual beli ini halal? jika tidak, apakah yg patut sy lakukan agar sy tidak mengalami apa2 kerugian?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Pelaburan emas melalui maybank adalah tidak patuh syarak.

Thursday, November 15, 2012

Muamalat Berkenaan Jualbeli

Soalan

Assalamualaikum.
saya menjadi orang tengah dalam urusan jualbeli tanah. pemilik tanah hendak jual dgn harga 10 ribu,saya menjual kepada pembeli dgn harga 11 ribu. ada pendapat mengatakan haram mengikut mazhab shafei atas urusan begitu,mohon penjelasan..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Urusan  jual tanah telah ditetapkan harganya oleh tuan tanah  sebanyak RM10 ribu.Dalam masa yang sama anda sendiri tanpa pengetahuan tuan tanah telah menaikkan harga tanah menjadi RM11 ribu. Perbuatan anda menaikan harga yang telah ditetapkan oleh tuan tanah itu adalah HARAM.
Sewajarnya anda menjual tanah tersebut berdasarkan harga yang telah ditetapkan oleh tuan tanah iaitu  RM10 ribu.Kecuali tuan tanah telah bersetuju untuk terima RM10 ribu dan memberitahu orang tengah yang beliau membenarkan orang tengah menjual tidak melebihi RM11 ribu maka urusan seumpama itu diharuskan.Wallahu a'lam.

Keberkatan Gaji

Soalan

Assalamualaikum,
saya seorg kerani di sebuah bengkel.setelah menyelesaikan tugasan yg diberikan, sy jd buntu dan mencari2 tugasan lain di dlm ofis tp tidak diperolehi. kadangkala sy membaca buku dan melayari laman internet tetapi selepas selesai semua tugasan dan itu tidak bermakna saya tidak melakukan tugasan yg disuruh. adakah gaji yg saya perolehi ini berkat?saya bimbang tiada keberkatan pada hasil yg sy perolehi.terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
gaji yang anda perolehi setiap bulan adalah halal dengan syarat segala tugasan yang perlu anda lakukan telah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda melakukan perkara-perkara yang lain.
Selain itu, anda juga perlu berada di pejabat (tempat bertugas) di sepanjang tempoh tugasan anda. Ringkasnya, anda tidak boleh meninggalkan pejabat melainkan setelah mendapat izin daripada majikan. Wallahu 'alam.

Friday, November 2, 2012

Komisen Atas Jualan

Soalan

Salam Ustaz, persoalan saya adalah begini:
Saya ada menjual barang dengan harga RM 200 dan barang tersebut saya ambil dari pengedar dengan harga RM 150. Tetapi saya hanya bayar kepada pengedar tersebut setelah saya mendapat duit dari pembeli barang tersebut. Maksudnya, saya ambil dahulu dari pengedar dan bayar setelah barang tersebut dijual. Bolehkah ustaz?

Jawapan

Wassalam,
Dalam hal ini, tidak ada sebarang larangan untuk anda berbuat demikian dengan syarat ia telah dipersetujui oleh pengedar barangan tersebut.
Ringkasnya, jika pengedar bersetuju dengan cara atau kaedah yang anda gunakan di dalam urus niaga yang anda jalankan, ia adalah tidak dilarang di dalam muamalat Islam. Wallahu 'alam.

Monday, October 15, 2012

Perjualan Duit Syiling

Soalan

assalamualaikum...saya menjual duit syiling kepada kedai2 runcit ataupun kedai makan dengan mengenakan sedikit charges...seperti pertukaran duit syiling sebanyak RM50,charge nya rm3....charge yang saya kenakan ini adalah kerana syiling yang saya telah asingkan mengikut nilai 10sen 20sen dan 50sen,packing di dalam plastik serta penghantaran juga...jadi ini charge yang saya kenakan...adakan charge yang saya kenakan itu dalam kategori riba???

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Cas yang anda kenakan tidak dikira sebagai riba. Malah ia boleh dikira sebagai upah bagi perkhidmatan yang telah anda berikan, iaitu mengasingkan syiling 5, 10, 20 dan 50 Sen ke dalam bungkusan yang berbeza dan juga kos penghantaran ke kedai mereka.
Ringkasnya, lebihan wang tersebut (cas yang anda kenakan) adalah upah kepada perkhidmatan yang telah anda tawarkan kepada mereka dan bukannya riba. Wallahu 'alam.

Wednesday, September 12, 2012

Bolehkah Menjual Barang Buangan Kilang Tempat Saya Bekerja Seperti Besi, Tembaga. Halalkah Duit Itu

Soalan

tempat kilang saya bekerja membuang barang buangan seperti tembaga, besi. Halalkah jika saya kutip dan menjualnye

Jawapan

Boleh berbuat demikian dan halal hasil yang diperolehi tetapi ia perlu mendapat kebenaran dari majikan kerana barang tersebut adalah hak milik majikan

Tuesday, June 26, 2012

Bagaimanakah Mengambil Keuntungan Dlm Perniagaan Yg Benar

Soalan

hukum mengambil untung dlm perniagaan contoh modal rm20 di jual rm30 adakah boleh?

Jawapan

Dalam persoalan kadar keuntungan dalam perniagaan, sebenarnya tidak terdapat sebarang ketetapan yang telah ditentukan oleh Syara'.
Namun begitu, jual beli yang dilakukan mestilah memenuhi syarat-syarat jual beli yang telah ditentukan. Antaranya seperti jual beli tersebut mestilah dilakukan di dalam keadaan yang saling reda meradai di antara penjual dengan pembeli.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”.
(Surah Al-Nisa’ 04: 29)

Ringkasnya, modal RM20 dan dijual dengan harga RM30 adalah tidak dilarang dengan syarat pembeli reda dengan harga dan barangan yang ditawarkan. Wallahu 'alam.

Tuesday, March 6, 2012

Jual Beli Condo

Soalan

Assalamualaikum.Saya ingin menjual sebuah condo & mmbritahu pihak pengurusan condo mengenainya. Seorang pkrja di bhg pengurusan condo telah memperkenalkan kpd saya seorang pembeli . Pada permulaannya pekerja tersebut x meminta apa2 imbuhan dari hasil penjualan tersebut. Skrg apabila saya & pembeli tersebut telah bersetuju untuk melakukan urusan jual beli & sdg dalam proses jualbeli, pekerja tersebut meminta 2% daripada hasil penjualan tersebut. Apa pndgn ustaz tntang hal ini? Adakah ianya riba?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, tuntutan pekerja tersebut tidak tergolong di dalam bab riba. Ia lebih kepada tuntutan komisen kerana mencarikan anda pembeli untuk membeli kondo yang ingin anda jual tersebut.
Walau bagaimanapun, mengenai tuntutan 2% daripada jualan harga kondo tersebut tidak perlu untuk diberi sekiranya tiada sebarang perjanjian yang dimeterai andtara anda dengan dirinya sebelum jual beli tersebut berlaku.
Ringkasnya, 2% tersebut tidak perlu dibayar jika tidak ada sebarang perjanjian di antara anda dengan pekerja syarikat tersebut. Jika ada, ia wajib dibayar dan bayaran tersebut bukan riba. Wallahu 'alam