Showing posts with label Niat. Show all posts
Showing posts with label Niat. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Was2 ketika niat solat

Soalan

salam. soalan sy bergini ketika sy nk angkat takbir sy terfikir sesuatu adakah batal solat sy wlaupown sedikit jee fikir.

Jawapan

Waalaikumualam,
Solat akan dikra sah jika anda bertakbir dan dalam waktu yang sama anda sertakan dengan niat untuk tunaikan solat .Jika semasa bertakbir tetapi belum niat maka ia belum boleh diiktiraf sebagai solat.Wallahu a'lam.

Niat Mandi Hadas Besar

Soalan

Merujuk kepada soalan bernombor rujukan xismrt, Apakah jawapan nya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat mandi wajib ialah,          Nawaitu rofaal hadasal akbari Lillahi Taala
SENGAJA AKU ANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA
Wallahu a'lam

Sunday, February 24, 2013

Bacaan Niat Mandi Wajib

Soalan

Assalamualaikum.

saya hanya ingin tahu bacaan niat mandi wajib yang betul.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat mandi wajib ialah:
NAWAITU ROFAAL HADATHAL AKBARI LILLAHITAALA
MaksudNya:
Sengaja aku mengangkat  hadas besar kerana Allah Taala.
Niat tempatnya dihati,Wallahu a'lam.

Friday, July 20, 2012

Tak Tahu Niat Mandi Wajib Dan Niat Wuduk Yang Betul

Soalan

Assalammualaikum ustaz...boleh kah ustaz tolong saya niat mandi wajib dan niat wuduk

Jawapan

Niat mandi wajib ialah sahaja aku mandi untuk menganggkat hadas besar kerana Allah.
Niat wudhuk  ialah sahaja aku berwudhuk untuk menganggkat hadas kecil kerana Allah

Monday, July 16, 2012

Niat Bersuci Ketika Buang Air Kecil Atau Besar

Soalan

Salam ustaz..sy ingin kepastian,perlu kah kita niat bersuci ketika membasuh air kecil dan air besar?mohon penjelasan..kalo tidak niat,adalah tidak sah dan tidak bersih.

Jawapan

Sebenarnya setiap perbuatan kita ada lintasan hati utk di buat atau tidak. Jesteru perbuatan di atas telah sah di sisi syarak dan tak perlu kepada niat yang khusus seumpama solat.

Monday, May 9, 2011

BAGAIMANA NIAT MANDI SELEPAS HABIS HAID?

Soalan; Saya seorang perempuan berumur awal 20an dan telah berkahwin. Saya ingin bertanya, apakah niat untuk mandi wajib bagi wanita selepas haid dan selepas bersama suami? Ini kerana, sebelum ini saya hanya berniat "Sahaja aku mengangkatkan hadas besar kerana Allah Taala" sebelum mandi wajib selepas haid / bersama suami. Bagaimanapun, beberapa kenalan saya memberitahu bahawa niat tersebut tidak sah untuk mandi wajib selepas haid dan niat yang sepatutnya adalah "Sahaja aku mandi wajib, disebabkan haid, kerana Allah Taala". Oleh itu, yang manakah betul diantara kedua-dua niat tersebut? Sekiranya niat yang saya gunakan sebelum ini tidak sah, bagaimana solat dan puasa
saya sebelum-sebelum ini dan adakan saya perlu mandi sekali lagi dengan
niat yang betul? Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Kedatangan haid dan nifas, jimak (melakukan persetubuhan) dan keluar mani adalah perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar. Hadas besar dihilangkan dengan mandi. Oleh demikian, memadai dengan kita meniatkan di dalam hati ketika mandi; "Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas besar kerana Allah" sama ada mandi kerana haid, kerana nifas, kerana jimak atau kerana keluar mani. Selain itu, menurut ulamak, harus juga meniatkan "Sahaja aku melakukan mandi yang diwajibkan kerana Allah" atau "Sahaja aku mandi untuk mengharuskan perkara yang dilarang tanpa mandi kerana Allah".

Niat mandi wajib dihadirkan di permulaan mandi iaitu ketika mula-mula menjirus air ke mana-mana bahagian badan.

Untuk penjelasan lengkap tentang Mandi, sila baca di blog Fiqh Anda (MANDI).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. A-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Said bin Abdullah at-Tidi, hlm. 26.