Showing posts with label Cerai. Show all posts
Showing posts with label Cerai. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Pertanyaan Mengenai Lafaz Kinayah

Soalan

Assalamualaikum ahli panel. Ini persoalan dari seorang rakan. Dia baru memasuki bilik bersama isterinya. Semasa isterinya membuka tudung, dia berkata kepada isterinya “aurat tu”. Dia tidak berniat untuk menalak isterinya tetapi hanya bergurau. Adakah kata-kata itu lafaz kinayah dan menjatuhkan talak?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Kata-kata tersebut tidak mengandungi lafaz kinayah

Saturday, September 21, 2013

Soalan Lafaz Cerai Ketika Sedang Sakit Hati

Soalan

Assalamualaikum ustaz... saya ada soalan. saya dh berkahwin dan pkhwinan kami baru sahaj mencecah 6 bln.... pernah seketika dulu saya minta dilepaskan tetapi suami tidak setuju...Baru-baru ni kami sering bergaduh....Sehingga suami melafazkan kata-kata " abg lepaskan syg".... Soalan saya jika suami malafazkan kata-kata " abg lepaskan syg, kita buat haluan sendiri, pergilah mane-mane syg nak pergi " dalam keadaan sedang sakit hati, dan berniat untuk menceraikan saya. adakah boleh jatuh talak..?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Kata-kata sedemikian ialah bentuk lafaz cerai secara kinayah (sindiran) dan ia bergantung kepada niat seseorang itu dengan erti kata jika ia berniat untuk menceraikan isterinya maka jatuh talak sekalipun dalam keadaan sakit hati/marah.

Saturday, September 14, 2013

Keliru Dengan Keadaan Semasa Lafaz Cerai

Soalan

Sy nk tanya selepas beberapa hari suami lafazkan cerai, dia ckp terlepas cakap sb tgh marah. Adakah keadaan tersebut sedar atau tidak sedar?

Jawapan

Jatuh talak sekalipun dalam keadaan marah.  Tidak sedar dalam erti kita tidak tahu apa yang kita  katakan/lakukan.  Dalam hal ini ia boleh rujuk dalam kadar segera semasa edah kecuali selepas talak tiga. Oleh itu berhati-hatilah untuk berkata sedemikian kerana akibatnya besar.
Penal tidak mengetahui pekataan bagaimana lafaz itu diucapkan?  kerana tidak jatuh talak jika ia berkata seumpama ini; "aku nak cerai kamu/aku akan cerai kamu/kan kita sudah bercerai/kita hendak bercerai ke? hakikatnya cerai itu akan berlaku dalam keadaan semasa dalam erti tidak lepas/sudah/akan dan seumpamanya.

Saturday, August 31, 2013

Berkahwin Sebelum Dapat Surat Perceraian Dari Mahkamah

Soalan

Assalamualaikum..
ustaz..adik saya sudah 2 tahun tidak tinggal sebumbung dgn suami kerana niat utk bercerai..dia mohon fasakh dari mahkamah tp belum dpt keptusan kerana pihak lelaki tidak pernah hadir semasa perbicaraan..sy nk tanya ustaz apa status adik sy skrg?bolehkah dia berkahwin dgn lelaki lain sbb nk tgu jwpn mahkamah terlalu lama..benarkah dari segi hukum adik sy di kira sudah jatuh talak?

Jawapan

Waalaikunyssakanm.
Tidak boleh berkahwin lain kecuali setelah keputusan penceraian dari mahkamah diperolehi.  Tidak jatuh talak jika tidak diceraikan oleh suami secara sah atau keputusan penceraian dari mahkamah syariah samada melalui fasah dan sebagainya sekalipun tidak tinggal bersama dengan suaminya dalam tempuh yang lama

Bertanya Cerai Kepada Isteri Dlm Keadaan Marah? Jatuh Talak?

Soalan

A'kum W.B.T, ini turutan Tragedi saya semalam
1. Bertengkar dgn isteri, sedang Marah hilang kawal diri (tak waras),bertanya Nak Cerai? Isteri tidak jawab. 1jam kemudian kami Chat & berminta maaf,pesan utk berbincang bila pulang kerja,bila dah reda menyesal. Suami isteri bermaafan@petang, (Wife tanya: lafaz Tanya pagi tadi, saya jawab; memang Bertanya&Niat dlm hati ingin nak tido rumah Mak sekejap atau 1mlm) Isteri risau pasal Talak lalu advise utk "Rujuk" kerana Was-Was.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak jatuh talak dengan keadaan dan situasi tersebut keranan suami bertanya kepada isterinya "Nak cerai ?" dan ini bukan lafaz talak sekalipun dalam keadaan waras

Wednesday, August 21, 2013

Dikira Cerai Atau X

Soalan

salam...sy nak tanya..hari tu saya ad borak ngan sorg cina ngan suami saya..suami saya pi toilet...cina tu ckp ngan saya abg you boleh kawin 5..saya jawab 4 la...pastu pas cina tu balik saya cerita pada suami sya...suami saya cakap kawin sepuluh pon boleh..kawin cerai kawin cerai...tu dikira cerai ke?sbb yg saya tahu cerai xle buat main...

Jawapan

Wassalam,
Dalam perkara ini, kata-kata suami anda tidak menyebabkan cerai atau talaq terjatuh ke atas diri anda.
Namun begitu, jika semasa beliau melafazkan kata-kata tersebut disertakan dengan niat menceraikan anda, maka gugurlah talaq ke atas anda.
Sila dapatkan kepastian mengenainya dengan merujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda.
Semoga jawapan di atas dapat memberi sedikit penjelasan tentang kemusykilan yang anda hadapi. Wallahu 'Alam.

Saturday, August 3, 2013

Jatuh Talak @ Tidak

Soalan

assalamualaikum.....saya ingin bertanya,beberapa hari yg lalu suami saya ada ucap nanti kita pegi pejabat agama....lepas raya kita pisah.....tp selepas itu dia menyesal dan katanya dia tak de niat nak pisah.....adakah ayat yg diucap itu jatuh talak ke atas saya?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak jatuh talak dengan kata-kata sedemikian kerana ia berbentuk cadangan iaitu cadangan untuk berpisah selepas raya.  Cadangan tidak menjatuhkan talak

Menetapkan Larangan Dan Jika Ingkar Jatuh Talak

Soalan

As'salamualaikum.. Saya ingin bertanyakan, jika isteri selalu mengulangi perkara yang tidak digemari oleh suami lalu suami melafazkan, contoh si suami berkata jika kamu (si isteri) kuar rumah lagi tanpa memberi tahu suami maka jatuh lah talak.
Adakah talak akan berlaku secara automatic selepas isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami atau selepas pengetahuan (bila suami ternampak) isteri keluar tanpa pengetahuan suami. Minta pencerahan. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Jatuh taklik (talak) dengan perkataan  tersebut

Adakah Jatuh Lafaz Cerai

Soalan

Ada kah jatuh talak bila saya berkata kepada isteri saya kalau pentingkan ibunya dari saya pergi la duduk dengan emak dia tak payah duduk dengan saya. Dia pentingkan ibunya dari saya.

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dalam perkara ini, talaq adalah masih tidak terjatuh sekiranya semasa anda melafazkan kata-kata tersebut anda tidak niatkan untuk menceraikannya. Sila rujuk kepada Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu 'alam.

Saturday, June 22, 2013

Adakah Jatuh Talak Jika Suami Lafaz Berpisah Selamanya

Soalan

suami pernah berkata " kalau buat juga kita berpisah selamanya. adakah jatuh talak jika buat juga dan jatuh talak berapa?.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis baginda saw bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main  akan menjadi sungguh-sungguh /betul-betul  iaitu nikah, cerai dan rujuk".
Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan,  jelas perkara ini  termasuk kepada maksud hadis tersebut,bagi tujuan  mengesahkan perkara itu ,anda perlu pergi ke mana-mana mahkamah syariah yang berhampiran untuk  pengesahan.
Ini kerana mahkamah syariah sahaja yang dapat memberikan jawapan yang pasti, kerana perkara nikah,rujuk dan cerai menjadi sebahagian daripada tugas mereka.Wallahu a'lam.

Saturday, May 18, 2013

Adakah Jatuh Talak?

Soalan

Assalamualaikum ustaz.. Disini saya ingin bertanya.. Baru-baru ini saya dan isteri bertengkar melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).. Isteri saya mengugut saya ingin melakukan perkara yang tidak baik.. Saya menyatakan padanya,daripada berkelakuan begitu baiklah menuntut 'CERAI' tanpa niat apa-apa. Adakah kata-kata saya dalam khidmat pesanan ringkas(SMS) itu menyebabkan jatuh talak ustaz? Mohon penjelasan ustaz.. Saya musykil.. Terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
kata-kata yang anda tulis dalam sms tersebut tidak menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas isteri anda. Ia bukan lafaz talaq.
Walau bagaimanapun, sila rujuk sms tersebut kepada Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Wallahu 'Alam.

Friday, May 10, 2013

ADAKAH JATUH TALAK??

Soalan

SALAM...........SY KELIRU..
MASA SY GADUH DENGAN SUAMI SY...SY BERSMS DGN SUAMI SY..
SY ASYIK CKP TENTANG CERAI SEBAB MARAH..
DIA KATA ''LAU NK SGT CERAI,MU V ANAK KATKU..PAH IKUT MU LA NK GI MANA POWN'' N SATU AGY DIA KATA ''LOH G LA MU'' ADAKAH JATUH TALAK?? SY DAH BERBAIK DENGAN SUAMI..N ANAK POWN KDG2 SUAMI MAIN2...TP SY TAKUT JIKA MEMANG TALAK KAMI JATUH...TP KAMI MASIH SEBUMBUNG..DAN STU AGY SMS SY KATA NK CRAI...PJG GAK LA MSG TU,SUAMI BALAS CKP K,IKUT MU LA..SERABUT AKU

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak jatuh talak dalam situasi begini kerana ia tidak mengatakan penceraiannya dan tidak juga berniat untuk bercerai cuma menghalau isterinya nak gi mana ikut mulah gi lah mu ikut mu lah serabut aku.

Talak Taklik...

Soalan

apabila seseorg secara x sengaja dalam kadaan sgt marah melafazkan kata kata seperti kalau keluar jatuh talak degan niat keluar rumah pada ketika itu tanpa keredhaan suami..dan isteri akur utk tidak keluar rumah...isteri berbaik semula dgn suami dan suami membenarkan nya keluar selepas itu. .adakah jatuh talak itu...tq

Jawapan

Tidak jatuh talak kerana tidak sengaja, tidak sengaja bukanlah lafaz taklik.  Juga tidak jatuh talak (lafaz taklik) jika suami mentaklikkannya ketika itu dan untuk waktu itu tiba-tiba isteri melanggarkannya pada waktu lain, seperti jatuh talak jika keluar rumah pada hari ini tetapi isteri keluar pada besuk hari.

Tentang Istri Belum Cerai

Soalan

Salam ustad..saye nak tanya...jika saye suda mengawini se orang bangsa
China..dan die tela masuk muslim.tetapi dengan suami nya yg dulu orang
China belum sign..adakah saya salah atao melanggar undang2..jika saya
Kawini perempuan ini dan di masuk kan musliM..?tanpa penceraian dngan suami yg pertama.

Jawapan

Boleh kahwin dengan perempuan tersebut tetapi atas kebenaran dari Pejabat Agama

Friday, April 19, 2013

Suami Minta Saya Minta Cerai Pdnya Di Pjbt Agama

Soalan

assalamualaikum...sy nak minta pndpt yg arif dn pakar...kami bergado dlm sms... Suami sy bg sms sperti 'awak pergi jabatan agama minta cerai' sy nak tahu sama ada jatuh ke tidak talak ini...mohon kasa baik pihak tuan...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Soalan yang anda kirimkan adalah tidak jelas. sila kirimkan semula soalan yang lengkap dan mudah untuk difahami oleh ahli Panel, ataupun dapatkan nasihat daripada pegawai Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda. Wallahu a'lam

Monday, April 8, 2013

Lafaz Cerai Bukan Kepada Isteri Sendiri Tapi Melalui Facebook Ibu Mertua.ape Hukum Nya?

Soalan

assalamualaikum ustaz....saya razlan berasal dari terengganu...sudah 3 bulan sepupu lelaki saya saja mendirikan rmahtangga.....dia mengadu kepada saya tentang masalah rumahtangga mereka.....dia ade menghantar pesanan nk ceraikan isteri nya dengan talak 1 tanpa niat melalui facebook kepada ibu mertua nya tetapi bukan kepada isteri nya......ape hukum nya?jatuh ke talak yang dia hantar melalui facebook ibu mertua nya tu??....sekian terima kasih......wassalam...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, email yang dikirimkan oleh sepupu anda kepada ibu mertuanya perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk dikenal pasti statusnya.
Oleh itu, ibu mertua sepupu anda perlu menghantar salinan email tersebut kepada pihak mahkamah untuk disiasat sama ada talaq telah terjatuh ke atas anaknya ataupun tidak. Wallahu 'Alam.

Saturday, March 23, 2013

Kemusykilan Tentang Masalah Talak

Soalan

Salam.. saya ada kemusykilan tentang adakah jatuh talak sekiranya suami tidak menyetubuhi isteri setelah isteri 3 kali suci... terima kasih..

Jawapan

Wassalam,
Dalam perkara ini, talaq adalah tidak terjatuh melainkan suami tersebut ada melafazkan Ta'liq.
Walau bagaimanapun, jika tempoh tiga kali suci tersebut adalah bersamaan dengan 4 bulan Islam (lebih kurang 118 hari), maka isteri tersebut adalah layak untuk menuntut Ta'liq daripada mana-mana Mahkamah Syariah di Malaysia.
Hal ini adalah kesan daripada Ta'liq yang telah dibuat oleh semua suami di negara ini selepas selesai majlis aqad nikah yang dibuat di hadapan imam nikah.
Namun begitu, di dalam kes seperti ini Ta'liq tidak akan terjatuh dengan sendirinya melainkan isteri tersebut pergi ke mana-mana Mahkamah Syariah untuk membuat tuntutan Ta'liq dan membayar wang sebanyak RM10 (jika di Wilayah Persekutuan, RM1 jika di negeri yang lain). Sila rujuk Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan selanjutnya. Wallahu 'alam.

Tuesday, March 19, 2013

Kemusykilan Tentang Talak

Soalan

nak bertanya adakah jatuh talak jika tidak dilafaz melalui mulut tetapi lafaz dan berkata-kata di kerongkong ada rasa getar suara dan bunyi dengan mulut terbuka?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, jika suara tersebut boleh didengar dan difahami maksudnya, maka talaq yang dilafazkan adalah sah. namun, jika sebaliknya, maka talaq yang dilafazkan adalah tidak sah.
Sila rujuk perkara ini kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mengesahkannya. Wallahu 'alam.

Friday, March 8, 2013

Lafas Hak Suami Pada Isteri

Soalan

Adakah lafas Dari suami "I bukan hak u lagi" bermaksud jatuh talak walaupun tanpa niat

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, kata-kata tersebut jika tidak disertakan dengan niat untuk menceraikan anda, ia hanyalah kata-kata yang tidak ada nilainya. Ringkasnya, ia tidak akan menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas diri anda.
Sila berhubung dengan Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda untuk dapatkan khidmat nasihat dan penjelasan yang lebih lanjut mengenainya. Wallahu 'alam.

Tuesday, March 5, 2013

Apakah Boleh Istri Meminta Penceraian?

Soalan

aslmwkm..sy sdh brmtgga slma 8 thn..sy mghadpi mslh dgn suami kerna dia mempunyai hbgn dgn wanita lain..setiap hr hati sy sakit apbila memikrkn yg dia tlh mnjalinknb hbgn sulit dgn 2wanita dlm satu masa..ini adlh krna sy tk mampu mlyn khdk batin dia..dia jg slalu mncri ksln sy krna tdo berasingn dn tdk mln khndknya.soaln sy..blhkh sy memta cerai..dan jika sy memnta cersi..bolhkh hak jagaan ank brd dlm jagaa yn sy..pdhl sy seorng mualf.apa yg sy fkr hnya mngurskn ank2..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda berhak minta cerai dengan suami jika beliau didapati benar-benar mengabaikan nafkah  zahir dan batin yang wajib untuk diberikan kepada anda .
Berhubung hak penjagaan anak-anak setelah perceraian,panel nasihatkan agar anda dapatkan keputusan daripada pihak mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Panel doakan semuga kemelut dan kekusutan yang melanda anda ketika ini akan terungkai dengan izin Allah SWT.Wallahu a'lam.