Showing posts with label Haid. Show all posts
Showing posts with label Haid. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Pengiraan Haid Mengikut Islam

Soalan

Asslamualaikum..baru-baru ini saya ada dengar bahawa pengiraan haid mengikut Islam adalah seperti ini:
Jika kita haid pada 5-19 ramadhan dan pada bulan hadapannya kita haid jatuh pada 8 syawal bemakna mengikut kitaran haid, 8 syawal itu merupakan hari ketiga kita haid kerana kalau mengikut kitaran haid kita sepatutnya haid pada 5 syawal..
soalan saya, adakah cara pengiraan betul?Bagaimanakah cara pengiraan haid yang betul mengikut Islam?

Jawapan

Assalamualaikum.
Cara pengiraan haid adalah bermula dengan hari keluarnya darah haid tersebut. Ini disebabkan terdapat perbezaan antara kitaran haid seseorang wanita dengan yang lain. Dalam kes ini, haid pada 8 syawal tersebut dikira sebagai hari pertama haid. Haid tidak boleh dikira pada hari yang tiada keluarnya darah kerana penentuan haid adalah dengan melihat kepada darah yang keluar. Sekiranya tiada darah, maka seseorang wanita itu wajib melaksanakan ibadah seperti biasa.
Manakala, bagi wanita yang mengalami pendarahan berterusan, terdapat beberapa kaedah menentukan darah haid atau bukan darah haid iaitu :
1- Sekiranya tempoh kebiasaan haid adalah 6 atau 7 hari, maka seseorang itu perlu mengambilkira tempoh 6 atau 7 hari itu sebagai tempoh haid, dan selebihnya sebagai istihadhah.
2- Sekiranya tidak dapat menentukan jangkamasa haid, maka hendaklah ia melihat kepada warna darah iaitu warna darah haid dikira sebagai tempoh haid, dan warna selainnya dikira sebagai istihadhah.
3- Sekiranya tidak dapat membezakan warna darah, maka ia hendaklah mengambilkira tempoh kebiasaan haid iaitu 6 atau 7 hari sebagai tempoh haid dan selebihnya sebagai istihadhah.
* Tempoh suci antara 2 haid pula adalah selama 15 hari dan 15 malam.
Sekian, wassalam

Tuesday, March 5, 2013

Haid Tidak Teratur

Soalan

Salam, Ustaz sy ada masalah haid, datang kadang-kadang 6 hari, 7 hari dan ada kala 8 hari. Persoalannya kalau sy mandi pada hari ke 6 tengahari esoknya ada lagi (sedikit darah koko muda bila buang air kecil). tapi kalau sy tak mandi tiada pula darah yg keluar (haid kering hari ke 6). Sukar bagi sy nak tentu hari sesuai utk mandi. Akibatnya sy mandi berulang-ulang. apa komen Ustaz, sekian

Jawapan

Waalaikumusalam,
Majoriti ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah telah merumuskan tentang kadar/tempoh haid bagi seseorang wanita yang normal adalah seperti berikut:
1.  Tempoh yang paling pendek ialah 24 jam @ sehari satu malam
2.Tempo sederhana ialah 7-8 hari,7-8 malam (rakyat di negara ini termasuk di negara lain).
3.Paling lama 15 hari 15 malam, selepas daripada itu ia dinamakan darah istihadah/penyakit.
Oleh kerana anda sudah yakin darah tidak lagi keluar maka jalan yang paling baik ialah mandi wajib.Ini bertujuan untuk membolehkan anda melaksanakan ibadah kepada Allah termasuk berpuasa dan membaca al-Quran al-karim.
Justeru panel nasihatkan agar anda janganlah melengah-lengah untuk mandi wajib jika anda telah yakin darah haid telah benar-benar kering.Untuk memastikan darah tersebut benar-benar kering anda boleh memasukkan butik kapas ke dalam faraj,jika tiada apa-apa kesan,ini bermakna ia telah kering dan sewajarnya anda  segera  mandi wajib.Wallahu a'lam.

Saturday, September 22, 2012

Mandi Wajib Jimak Dan Haid

Soalan

Salam ustaz, saya berasa saya telah suci dari haid, tp tempohnya belom sampai 24jam,namun saya rasa mmg haidnya sudah suci, lalu saya mandi wajib. Namun esok paginya masih lg ada sedikit cecair coklat keluar. Lalu saya rasa kali ini saya mahu tunggu 24 jam. Tapi, pada malamnya saya telah jimak bersama suami. Lalu paginya saya telah mandi wajib yg berniat mandi wajib jimak dan haid. Sahkah mandi wajib saya itu dan jika tidak, bagaimana caranya...tk.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk pengetahuan anda tempoh haid seseorang itu adalah bergantung kepada kesihatannya.Walau bagaimanapun ulamak telah membahagikan seperti berikut:
1.Tempoh yang paling minima 24 jam 1 hari satu malam
2.Tempoh yang sederhana 7 hari tujuh malam
3.Tempoh yang paling panjang ialah 15 hari 15 malam.
Syarat haid itu telah betul-betul kering ialah setelah berlalu 24 jam dan tiada lagi tanda-tanda darah haid keluar.Bagi memastikan perkara ini , eluk anda ikut kaedah ulamak iaitu ambil sedikit kapas lalu dimasukkan dalam faraj.Kemudian lihat kesan pada kapas itu jika tiada warna,ini bermakna darah haid anda telah betul-betul kering dan anda wajib mandi untuk melaksanakan ibadah wajib (solat) atau sunat (baca al-Quran,iktikaf,puasa dan sebagainya).
Sekiranya kapas yang anda gunakan untuk dicalitkan dalam lubang faraj anda didapati masih ada kesan warna cokelat @ kuning cair,ini bermakna darah haid anda masih belum betul-betul kering.Oleh itu anda tidak wajib mandi sehinggalah dipastikan darah haid tersebut sudah kering betul.
Berdasarkan kenyataan pada soalan yang dikemukakan ternyata darah haid anda masih belum kering ,oleh itu anda belum diwajibkan untuk mandi bagi tujuan angkat hadas besar.
Sekiranya keadaan ini berlaku walaupun anda telah mandi ia dianggap belum suci lagi .Justeru panel nasihat agar anda bersabar sehingga 24 jam dan pastikan darah haid tersebut betul-betul kering baharulah boleh mandi.
Sekiranya anda berjimak dalam keadaan tidak suci,menurut hukum Islam melakukan jimak dalam keadaan tidak suci itu adalah haram dan berdosa besar. Justeru anda kena bertaubat Nasuha (sungguh-sungguh) dengan kadar segera.
Perlu diingatkan bahawa larangan Ini kerana Syariat telah menegaskan sedemikian sebagaimanan yang disebut dalam surah Nisa'.Justeru anda kena patuh dan akur dengan ketentuan Allah demi untuk kebaikan masa depan anda berdua.Allah mendatangkan haid kepada wanita/gadis bagi tujuan menggambarkan mereka sebenarnya adalah manusia @ insan yang normal.
Sekiranya anda lakukan jimak dalam keadaan haid ia akan mendatangkan mudarat.Ini kerana saluran peranakan /rahim amat sensitif dan belum bersedia ketika itu untuk menerima sebarang tusukan termasuk zakar.Kesannya untuk jangka panjang dinding rahim anda akan rosak.Ini  kerana ia belum betul-betul baik  sepenuhnya dan belum bersedia untuk berjimak.Akhirnya ia akan mengakibatkan kerosakan pada saluran peranakan ,yang akhirnya akan mengundang penyakit barah.
Panel mohon maaf, andaikata perkara ini amat sensitif dan terlalu peribadi untuk diceritakan.Yakinlah, sebab itu Allah larang kita melakukan jimak dalam tempoh haid kerana ada hikmat yang tersirat daripada yang tersurat .Wallahu a'alam.

Friday, April 6, 2012

Soalan Mengenai Haid

Soalan

assalamualaikum.. bolehkan seorang wanita yang didatangi haid membaca surah al fatihah? kawan saya memberitahu bahawa jika baca al fatihah dengan niat untuk menuntut ilmu tidak mengapa.

Jawapan

 1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).
2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;
A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.
B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.
3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.
Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;
1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain
Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Wallahu a’lam.

Tuesday, January 31, 2012

Membaca Ayat Hafazan Ketika Haid

Soalan

bolah kah mambaca ayat hafazan ketika haid ????

Jawapan

Kaum wanita yang didatangi haid diharuskan untuk membaca ayat Al-Quran yang telah dihafaznya. Ayat tersebut dikira sebagai satu zikir bagi dirinya (kerana sering membacanya).
Ringkasnya, kaum wanita diharuskan untuk membaca ayat Al-Quran yang telah dihafaznya semasa haid.  Wallahu 'Alam.

Thursday, December 15, 2011

Perempuan Datang Bulan

Soalan

assalamualaikum saya nak tanya apa hukumnya perempuan2 datang bulah atau istri2 datang bulan tbh tak bersih boleh tak memasak?.................................

Jawapan

Waalaikumussalam, wanita yang datang bulan cuma dilarang oleh ugama Islam ialah:
1.Bersetubuh dengan suaminya
2.Bersolat
3.Berpuasa
4.Membaca al-Quran
5.Menunaikan haji atau umrah
6.Duduk dalam masjid
6.Memegang mushaf al-Quran
Dalam hal memasak tidak ada suatupun larangan untuk wanita haid/datang bulan  berbuat sedemikian. Justeru Rasulullah cuma menegah wanita yang datang bulan  agar jangan melakukan perkara-perkara yang telah disenaraikan oleh panel di atas.
Berbalik kepada persoalan tidak bersih, di zaman serba maju ini pelbagai pad boleh digunakan untuk menghalang darah haid keluar daripada kemaluan isteri, jadi  persoalan kebersihan dapat di atasi dengan mudah.
Berdasarkan situasi ini  panel nasihatkan agar wanita  janganlah mengambil kesempatan untuk menegah dirinya  daripada memasak untuk suami dan keluarga.Ini kerana  menurut Islam menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak itu memang tinggi ganjaran  pahalanya. Wallahu a'lam.