Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Enggan Membantu Orang Malas

Soalan

Apakah menjadi dosa sekiranya enggan menolong adik beradik yang malas bekerja dan hanya mengharap bantuan sedangkan kita ada duit simpanan tabung haji yang dihasratkan dapat membantu ke Mekah. Apakah berkat sekiranya sy ke Mekah kelak. Sy jemu menasihatkan adik yg mls ini. Adakah Islam mewajibkan memberi bantuan kepada kaum keluarga?

Jawapan

Memang Islam menggalakkan memberi bantuan kepada kauam keluarga (bukan kategori wajib kecuali kes yang amat penting dan  tidak dapat dielakkan ).  Ia tiada kaitan dengan wang simpanan Tabung haji dan berkat atau tidak tiada kaitan dengan pertolongan tersebut.  Jika kita mengeluarkan wang tabung haji dengan tujuan untuk membantu keluarga yang amat memerlukan maka ia adalah pengurbanan yang besar.  tetapi dalam hal ini sejauh mana keparluan adik yang dianggap pemalas itu perlu dibantu sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan tabung haji.  Oleh yang demikian adik kita perlu dinasihat supaya mencari kerja dan berkerja bersungguh-sungguh demi menjaga dan membantu kehidupan masa depannya.

Saturday, August 3, 2013

Suami Mempersoal Tanggungjawab

Soalan

Saya telah berkahwin hampir 4 tahun. Tapi sepanjang perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah dan tidak bekerja. Memang saya seorang yang menanggung ibu bapa dan adik beradik saya, suami pun tumpang sekaki. Bapa saya pula tak kisah. Tapi saya sakit hati bila suami suruh saya berhenti kerja. Adakah jika saya berhenti kerja tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa saya itu suami wajib tanggung? (Bapa saya sakit, Ibu tidak bekerja, adik masih di sekolah.)

Jawapan

Pinal mencadangkan supaya berbincanglah dengan suami dengan sebaik-baiknya dan berilah alasan dengan sebaik-baiknya supaya pekerjaan itu dapat direstuinya. mungkin ada perkara yang tersembunyi disebalik halangan tersebut, ajakkanlah suami supaya bertindak dan berfikir secara rasional untuk kepentingan bersama dan masa depan suami isteri, anak-anak dan keluarga.

Menjaga Hati Ibu Atau Isteri Yang Lebih Penting

Soalan

ibu saya tinggal berseorangan di kampung. kami adik beradik semua sudah berkahwin dan bekerja di KL. setiap kali raya, saya akan tinggalkan isteri dan anak saya di rumah mertua saya dan saya akan balik ke rumah ibu saya untuk menyambut hari raya bersama ibu. saya akan balik semula ke rumah mertua pada raya ke-2 atau ke-2 untuk bersama-sama isteri dan anak saya. adakah tindakan saya betul untuk menjaga hati ibu lebih dari hati isteri sendiri?

Jawapan

Jika itu adalah permintaan ibu saudara maka tindakan saudara mendahulukan ibu adalah benar. Mungkin saudara boleh berbincang dengan ibu tentang perkara ini. Beraay 1 keluarga bersama adaketika bersama ibu dan ada ketika bersama mertua untuk raya pertama.

Friday, April 19, 2013

Pemilihan Pasangan Hidup

Soalan

assalamualaikum w.b,adakah lebih baik jika saya hanya menerima lamaran tanpa mengetahui peribadi dan fizikalnya tetapi hanya bergantung kepada doa dan solat istiqarah semata-mata.ini kerana,saya kuatir jika saya menerima lamaran seseorang kerana fizikal atau faktor lain yang ada padanya namun ramai berpendapat kita perlu selidik dahulu latar belakang lelaki tersebut.mana lebih baik sama ada membuat solat istiqarah mengetahui jodoh sebelum menerima mana2 lamaran atau selepas menerima lamaran?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sejak azali lagi seseorang manusia itu telah ditentukan dengan 4 perkara untuk ditempuhi sepanjang perjalanan kehidupannya iaitu;
1.Umur
2.Rezki
3.Pasangan hidup
4.Kematian
Oleh kerana pasangan hidup telah ditentukan oleh Allah SWT ,sewajarnya anda berikhtiar untuk memadankan dengan ketentuan yang telah dibuat di alam rahim iaitu dengan cara anda mengenali lelaki @ pasangan suami,kemudian mohon petunjuk dengan Ilahi, sama ada beliau betul-betul sesuai @ kufu dengan ketetapan tersebut.Kemudian baharulah  anda melakukan solat sunat istikharah 2 rakaat  sebelum bersedia menerima lamaran.
Sekiranya anda ikhlas dan nawaitu anda betul, Allah akan membantu menggambarkan pasangan yang kufu untuk anda berkongsi kehidupan bagi meneruskan kelangsungan zuriat di bumi ini.Wallahu a'lam.

Sunday, April 14, 2013

Permusuhan Sesama Keluarga

Soalan

Assalamualaikum ustad.baru-baru ini keluarga saya dan keluarga besar saya ada sedikit krisis.lama kelamaan saya dan kakak mengambil tindakan untuk berbaik semula.tapi kami tiada kekuatan untuk bersemuka dan itu juga bukan salah kami.kami cume meminta maaf melalui laman sosial dan mesej tapi tidak diendahkan atau pn tak perasan(cube untuk positif).adakah ini dikira kami berdosa dengan memutuskan silaturrahim sedangkan kami cube untuk berbaik2 semula dgn meminta maaf tetapi tidak diendahkan.tq

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pada pandangan panel lebih baik anda bersemuka lagi manis dan dapat mengetahui reaksi mereka secara spontan.Selamat mencuba dan panel doakan semuga berjaya.Wallahu a'lam.

Tuesday, January 29, 2013

Peluk Adik Beradik Kandung Yg Sudah Baligh

Soalan

assalamualaikum. adakah dibolehkan dan hukum memeluk adik beradik kandung yg sudah baligh sedangkan Islam menyuruh mengasingkan tempat tidur bg anak lelaki dan perempuan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, hukum memeluk adik-beradik adalah diharuskan.
Walau bagaimanapun, jika dengan melakukannya menyebabkan terangsangnya nafsu syahwat dan keinginan sehingga mendorong untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala (sumbang mahram), ia adalah dilarang untuk dilakukan.
Selain itu, jika dengan melakukannya menyebabkan tersebarnya fitnah dalam masyarakat, perbuatan tersebut juga perlu ditinggalkan dan carilah cara yang lain di dalam menyatakan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga (mahram). Wallahu 'alam.

Wednesday, January 16, 2013

Apakah Hukum Berkasar Dengan Ibu ?

Soalan

Saya ada seorang kawan , kawan saye ada makwe . die slalu maen mesej ngan makwe die gune henpon saye. Pd suatu ari ni mak saye dpt tau yg saye ade makwe , saye ckp dgn mak saye elok elok yang saye x de makwe . Pastu mak saye tanye lagi soalan yg same saye pon tercakap kasar dgn ibu saye , saye ade lah jugak melawan ckp die . Macam ustaz ??? :(

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukum berkasar dengan ibu bapa adalah satu dosa. Anda boleh meminta izin dari rakan anda untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Mohonlah keampunan dari ibu anda atas kesalahan yang telah dilakukan.

Cara Terbaik Untuk Memujuk Suami/ Anak Bersolat

Soalan

Assalamualaikum,
Sya mpunyai sorang suami yg baik dn brtanggungjawab. Namun apa yg sangat merungsingkan saya, dia kerap meninggalkn solatnya. Ada hari langsung tdk solat. saya amat susah hati, apakah nafkah yg diperolehinya utk menyara 3 orang anak dirahmati oleh ALLAH? Kerisauan saya mula bertambah apabila melihat perubahan sikap anak sulong yg mula malas belajar/solat dan mula bercakap tipu. Bagaimanakah cara terbaik yg saya boleh gunakn utk membimbing suami dn anak saya?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Mohonlah bantuan dari Allah swt agar dibukakan pintu hati suami. Amalkan membaca surah Taha dari ayat 1-5 kemudian dihembuskan ke telinga suami.
lakukanlah solat hajat dan mohonlah petunjuk dariNya bagaimana cara yang terbaik dalam memberi didikan kepada suami dan anak-anak.
Anda selaku ibu perlu sentiasa berdoa agr anak yang dilahirkan itu sentiasa mengingati Allah dan mendirikan solat.
Semasa berada di dalam rumah dirikanlah solat di hadapan mereka agar menjadi ikutan dan contoh yang terbaik dan dalam masa yang sama dapat menggerakkan hati-hati mereka ke arah kebaikan.

Suami Mencintai Wanita Lain

Soalan

assalam..saya dan suami saya brkahwin slama 6thun dn ank 3 org dn masalah saya suami saya mncntai wanita lain yg bru dia knal dlm msa 2bln ni wanita tu pn tunangan org dn akn bkhwin tk lama lgi..pada msani meraka cuma bhubung mlalui hp dn kdang2 btemu tpi tidak bduaan mereka bsama kwn..suami saya bterus terang dia amat mcntai wanita itu dan hingga saat ini suami saya blum dpt mlupakan wanita itu..saya sudah mlakukn smbhyg hajat tuk hati suami saya tk mcntai wanita

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum suami anda mencintai wanita yang telah bertunang  itu adalah haram,tambahan pula wanita itu  bakal berkahwin tidak lama lagi.
Justeru Panel nasihatkan agar suami anda  segera melupakannya  sebaliknya berikan tumpuan dan jagalah amanah  kepada isteri yang sah dari segi syarak sebagaimana yang beliau telah lafazkan ketika ijab dahulu,Contohnya,
Aku terima nikah  Si Pulanah binti Si Pulan dengan maskahwin RM80 tunai.Wallahu a'lam.

Sunday, December 30, 2012

Suami Tidak Memberi Nafkah

Soalan

ustaz, sya bru berkahwin dan slps sebulan sya mendapat tawaran kejururawatan KKM. sepanjang sya belajar suami saya tidak pernah memberi nafkah zahir kpda sya. sya meminta kpdanya tp dia byk memberi alasan tidak ada duit la, gaji sikit, byr hutang la. jika dia tiada duit dia pernah meminta duit dpda sya tp sya memberi dgn syarat dia kna ganti smula kpda sya. soalan sya, apakah hukum jika si suami tidak memberi nafkah kpda isterinya? apakah hukum jika si suami meminta duit dpda isterinya?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam sistem kekeluargaan Islam,  suami memainkan peranan yang terlalu besar dan penting di dalam menguruskan persoalan rumahtangga. Baik dari aspek menanggung nakah keperluan harian ahli keluarganya, persoalan kediaman, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, dalam isu ini, jika suami anda sudah 4 bulan (bulan Islam) atau lebih tidak memberi nafkah, maka  anda boleh membuat tuntutan ta’liq. Tuntutan tersebut boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Syariah di negara ini.
Setelah tuntutan dibuat, pihak mahkamah akan membuat siasatan dan jika sabit, pihak mahkamah akan menjatuhkan talaq ke atas anda (talaq satu).
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda. Wallahu 'alam.

Tuesday, December 18, 2012

Bersalam Dengan Isteri Kepada Sepupu Lelaki Saya

Soalan

1)Adakah boleh bersalaman dengan isteri kepada sepupu lelaki?
2)Pak Cik seibu sebapa dgn ayah.adakah saya boleh bersalaman dgn isteri Pak cik??

~mohon pencerahan ustaz

Jawapan

1.         Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk bersalaman dengannya jika tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan wudhu’ anda terbatal kerana bersentuhan kulit dengan wanita yang bukan mahram dengan anda.

2.         Demikian juga dengan isteri pakcik anda, hubungan anda dengan beliau juga adalah bukan mahram. oleh itu, ia akan membatalkan wudhu’ anda jika bersentuhan kulit dengannya.
Wallahu 'alam.

Cara Utk Sy Menegur Kesilapan Ayh Sy

Soalan

ayh sy khwin 3 org.dari apa yg sy lihat..ayh sy tak pernah berlaku adil dgn mana2 isterinya.sbg contoh,isteri pertama mndapat layanan yg baik,nfkah yg cukup tp giliran sja yg tk cukup.isteri kdua (emak sy) mndapat layann yg kurang baik,nafkah (duit utk kperluan harian) tak cukup (anak 4 org,duit belanja yg emak sy dpt cuma sebulan rm50),giliran terlebih cukup,smpaikn emk sy tk tahu nk buat mcm mna.isteri ktiga,giliran sj yg tk ckup,kdg smpai 2 bln ayh sy tk blik.mcm mna cra sy sbg ank hndk tgur?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam perkara ini anda selaku anak perlu berbanyak bersabar. Anda boleh meminta pandangan dari orang tengah yang sangat disegani oleh ayah untuk menegur sikap ayah anda.
Oleh kerana ibu anda mendapat giliran yang penuh dan baik dari ayah maka mintalah agar ibu anda menasihati si ayah. Selaku anak yang baik anda boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu pertama dan yang ketiga dengan menziarahi mereka.
Berkemungkinan ayah anda dalam keadaan yang bermasalah atau sebaliknya maka selaku anak berbuat baik dan permudahkanlah segala urusan  ayah anda dan jalinkan hubungan yang erat dengan ayah agar anda dapat memahami ayah anda dan boleh menegr ayah dengan secara tidak langsung.

Apa Perlu Saya Lakukan Untuk Diri Saya Sendiri.

Soalan

Salam. Saya telah 10 tahun mendirikan rumahtangga. suami saya tidak memberi nafkah zahir dan batin pada saya sejak 4 tahun akhir-akhir ini hingga ke hari ini kerana dia ada perempuan lain. Apa harus saya lakukan? Walaupun kami tinggal serumah tetapi kami tidak pernah bercakap dan semuanya seperti orang asing. Saya tidak pernah bercakap masalah ini dengannya @ menelefon perempuan tersebut kerana dia meletakkan syarat, jika saya campur urusannya atau hubungi perempuan tersebut maka jatuh talak 1

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, sebenarnya anda sudah berhak untuk menuntut ta’liq dengan merujuk kes ini kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan anda.
Dalam pada itu, dapatkan juga nasihat dan cadangan daripada Pegawai Kaunselor Keluarga yang bertugas di Pejabat Agama Daerah yang berdekatan dengan rumah anda.
Ringkasnya, bersabarlah di atas segala dugaan dan ujian yang sedang anda hadapi ini. Teruslah berdoa dan pohonlah petunjuk dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Wallahu 'alam.

Monday, December 17, 2012

Kasih Dan Sayang Seorang Ibu

Soalan

Sesiapa yang menderhaka kepada ibu atau bapa maka Allah tidak mengizinkannya masuk syurga hatta untuk mencium bau syurga. Bahkan anak yang derhaka kepada ibu bapanya akan menghuni neraka Allah.
Sejak sy kecil lg perkataan2 spt babi, lembu, sial, jahanam sering dilemparkan pd diri sy oleh ibu kandung sy sndiri. Sy cuba sebaik yg boleh untuk ttp mentaatinya. Sekarang dia dibawah tanggungan sy dan masih bersifat demikian. Persoalannya, mengapa "tiket" ke syurga diletakkan pd insan begini.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Janganlah dikesali apa jua sikap ibu bapa. Apa pun keadaan mereka tetap insan yang paling penting dalam hidup kita kerana dengan merekalah kita mampu melihat matahari.
Dalam keadaan seperti anda, ini merupakan satu bentuk ujian Allah untuk melihat sejauh mana pengorbanan dan tanggungjawab anda pada kedua orang tua anda.
Selaku anak, wajib mentaati perintah kedua ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Anda berpeluang menjaga kebajikan kedua ibu bapa. Ambillah peluang ini sebaik mungkin untuk mencari redha Allah.
Mohonlah pada Allah agar pintu hati kedua orang tua sentiasa terbuka. Janganlah sesekali berputus asa dengan ujian yang Allah berikan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Selaku orang yang beriman berpegangglah dengan janji Allah dan yakinlah bahawa hidayah itu adalah milik Allah swt.
Ada setengah manusia diuji di mana kedua ibu bapanya adalah munafik, murtad, kafir, fasik, tidak beramal dengan hukum Allah  dan sebagainya. Sedangkan untuk memiliki syurga  sudah pasti dengan redha kedua ibu bapa itulah redha Allah swt.
Perbanyakkanlah melakukan solat hajat dan mohonlah agar dipermudahkan segala urusan dan mohonlah agar kedua ibu bapa anda dirahmati Allah swt

Monday, November 26, 2012

Tanggungjawab Saudara Lelaki

Soalan

Apakah tanggung jawab (nafkah/wang) saudara lelaki yang telah berkawin dan mempunyai anak terhadap saudara perempuan yang belum berkahwin yang kefua ibu bapanya telah meninggal dunia. Adakah wajib bagi saudara lelaki menyara saudara perempuan itu sedangkan dia sudah bekerja?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Setelah kematian ayah, maka tanggungjawab menjaga adik beradik perempuan adalah di atas bahunya kerana dialah wali yang paling terdekat setelah kematian ayah dan datuk. Tanggungjawab itu hendaklah dilaksankana sehinggalah adik perempuan itu berkahwin.
Walaubagaimanapun, memandangkan si abang sudah mempunyai tanggungajwab lain maka berkemungkinan dia mempunyai tanggungan yang lebih besar. Oleh yang demikian mana-mana adik perempuan yang belum menamatkan pengajian atau yang belum berkerja maka abang dengan kemampuan yang ada boleh membantu adiknya dari sudut kewangan

Stress Dgn Sikap Suami

Soalan

Boleh dikatakan hampir keseluruhan perbelanjaan,sy yg keluarkan. Mulanya, atas dasar kasihan ttp lama2 sy nampak, si suami umpama dh ambil kesempatan. Bila disuruh keluar belanja, katanya 'belum gaji' 'x ada duit'.Keluar bertugas di dalam atau luar negara pun,minta duit belanja dari sy. Klu sy outstation, sy yg kena tinggalkn duit belanja.Perkara ni buat sy stress dan minta cerai slps berkali2 beri peluang n nasihat pd dia.Dia xnk cerai tp sy dh tawar hati ttp sy kasihankan nasib anak sy 4org.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
dalam perkara ini panel menasihatkan agar saudari meminta bantuan dari orang yang paling terdekat dengan suami dan yang paling diseganinya agar dapat menasihati sikap suami tersebut. Sekiranya benar suami itu mempunyai duit maka wajib keatasnya memberi nafkah kepada anda.
Sekiranya perkara ini gagal maka adalah lebih baik anda merujuk perkara ini dengan pejabat agama Islam yang terdekat bagi mendapatkan maklumat dan nasihat berkaitan hal tersebut. Perceraian adalah, walaubagaimanapun puan berusahalah terlebih dahulu. Mohonlah petunjuk dari Allah swt dan sentiasalah mengamalkan bacaan ayat 200 dai surah Ali-Imran dan hembuskanlah ke dalam makanan dan minuman suami agar sentiasa dilembutkan hatinya.
wallahua'lam

Suami Lebih Pentingkan Kawan2 Drp Keluarga

Soalan

Assalamualaikum Ustaz..Dulu saya pernah tuntut fasakh dgn suami saya.Kami hampir bercerai..Selepas beberapa bln kami berbaik semula saya disahkan hamil ank ke 3.Awal kehamilan saya perangai nya baik je...Tp bila kandungan saya sudah masuk 5 bulan..dia mula buat perangai..keluar tengahari...balik subuh..Saya jadi stress..Saya mohon jasa baik ustaz,agar dapat tlg saya macam mane nak buat suami saya jadi seorang suami yg bertanggongjawab..

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahamti Allah swt
Mohonlah petunjuk dari Allah swt, janganlah berputus asa. Amalkanlah bacaan ayat 200 dari surah Ali-Imran kemudian hembuskanlah dalam makanan dan minuman suami agar suami sentiasa terikat dengan keluarga.
Selain itu mintalah nasihat dari orang yang paling disegani oleh suami untuk dinasihati

Hubungan Adik Beradik

Soalan

assalamualaikum. sy ada 1 soalan, apakah hubungan sy dengan adik sy yang berlainan ayah dan juga hubungan sy dengan adik sy yang berlainan ibu

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hubungan dengan adik beradik berlainan ibu atau bapa yang berlainan adalah adik beradik tiri. Sekiranya adik beradik tiri itu berlainan ibu dan bapa seperti tidak seibu dan tidak sebapa juga dikira sebgaia adik beradik tiri.

Thursday, October 11, 2012

Harta Pencarian

Soalan

Saya telah bercerai hampir satu tahun tapi soal harta pencarian belum diselesaikan. Saya cuba tanya tapi bekas suami kata dia tak ada harta nak tuntut apa? Kami ada rumah yang dibeli dengan duit yang disyer. Sebelum bercerai bekas suami minta saya tukar nama rumah ke nama dia tapi saya tak tahu dia dah merancang nak berpisah. Bolehkah saya tuntut harta pencarian selepas dah habis edah. Bekas suami dah kahwin lain. Mereka tinggal dekat rumah lama. Saya dah beli rumah baru.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam perkara ini, panel menasihatkan agar puan merujuk dan membuat tuntutan harta sepencarian dengan bekas suami di mahkamah syariah bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera.
Puan berhak menuntut nafkah sepanjang dalam tempoh eddah sekiranya suami tidak menunaikannya. walaupun sudah bercerai, puan masih boleh untuk membuat tuntutan. Wallahua'lam

Wednesday, October 10, 2012

Apakah Salah Isteri Tahu Tentang Kegiatan Suami???

Soalan

As Salam...Saya telah check handfon suami,dan saya dapat tahu dia masih berhubungan dgan kekasih lamanya yg kini bersatus janda anak satu..kekasihnya tu seorang guru,setiap kali raya tanpa pengetahuan saya,kekasihnya dtg ke rumah mentua..kluarga mtua mcam tak kisah dgan hbungan mereka...oleh kerana itu suami malu dgan tindakan sya membalas msg kpda kekasihnya,saya cuma ingin bertanya jika mereka suka sama suka,saya redha...saya tak nak paksa suami saya untuk menyukai saya kerana terpaksa...

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam hal ini, puan perlu kuat apabila berhadapan dengan situasi suami. Isteri mana yang tidak marah apabila suami yang disayangi mempunyai hubungan dengan wanita lain. Puan boleh berterus terang dengan suami dengan cara yang leih baik dan berkomunikasi dengan cara yang lebih berkesan.
Adalah lebih baik puan  mendapatkan sumber nasihat dan mencari orang ketiga di mana orang itu adalah orang yang sangat dihormati oleh suami anda. Orang yang dipercayai itu boleh menasihati suami berkaitan masalah tersebut.
Perceraian bukan jalan penyelesaian, berdoalah kepada Allah agar diberikan kebahagiaan dalam rumah tangga. janganlah sesekali jemu dan berputus asa memohon pertolongan dari Allah swt. Hiasi diri dan perbaiki diri demi suami. Berusahalah untuk meraih kasih sayang suami agar kembali kepada anda dan keluarga.