Showing posts with label Korban Akikah. Show all posts
Showing posts with label Korban Akikah. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Wajib Kena Qurban Tiap Tiap Tahun

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Soalan : Adakah wajib Setiap Tahun kena buat Ibadah Qurban jika berkemampuan ?

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum berkorban setiap tahun mengikut imam shafie ialah sunat muakkad/iaitu yang sangat-sangat dituntut bagi yang mampu dari segi kewangan dan rezki yang lebih.Wallahu a'lam.

Friday, November 8, 2013

Akikah Untuk Dua Orang Tetapi Menyembelih Seekor Kambing Sahaja

Soalan

Assalamualaikum..
Saya ada satu pertanyaan berkenaan akikah. Saya baru melahirkan anak lelaki dan adik saya dapat anak perempuan. Adakah boleh akikah dilakukan jika kedua-dua anak ini di akikahkan mereke dengan seekor kambing sahaja kerana kurang berkemampuan?
TQ

Jawapan

Waalaikumusalam
Hukum membuat akikah itu adalah sunat muakkad, bagi  kedua ibubapa  yang mampu  dari segi kewangan.Afdal hukumnya bagi bayi  lelaki disembelih dua ekor kambing dan bagi bayi perempuan hanya seekor sahaja.
Perlaksanaanya  akikah  hendaklah dibuat pada hari ketujuh,jika tiada kesempatan boleh dibuat pada hari ke14,hari ke21,hari yang ke28 sehinggalah kering  darah nifas ibu,malah para ulamak fekah telah memanjang tempoh sehingga anak tersebut bercerai susu (2 tahun).
Sekiranya ibubapa masih tidak mampu buat akikah ia dibolehkan sehingga anak itu sampai umur baligh,jika masih belum mampu juga maka ketika  tuntutan kepada kedua ibubapa. Selepas itu tuntutan untuk buat akikah terserah kepada anaknya sendiri setelah ia bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,sekiranya ibubapa tidak mampu,ia sesekali tidak dituntut  untuk laksanakan akikah,malah tidak sah untuk kongsi seekor kambing untuk dua orang bayi/kanak.Wallahu a'lam

Sunday, October 27, 2013

Akikah Pada Hari Biasa

Soalan

akikah seekor lembu hanya pada hari raya korban sahajakah.....pada hari biasa hanya boleh akikah kambing jer ker....

Jawapan

WAALAIKUMUSALAM,
Akikah lembu bukannya pada masa korban  sahaja tetapi iajuga ia boleh dilakukan diluar masa korban.untuk memudahkan kaedah melakukannya ialah anda kena berpakat dengan adik beradik atau sepupu untuk berkongsi membeli seekor lembu bagi melaksanakan ibadah akikah.
untuk info tambahan ,seorang anak lelaki afdal disembelih 2 ekor kambing atau menyamai 2 bahagian lembu,manakala anak perempuan memadai disembelih seekor kambing atau menyamai satu bahagian lembu.Jadi seekor lembu mempunyai 7 bahagian,justeru bagi memudahkan untuk buat akikah ambil 2 orang bayi lelaki dan 3 orang bayi perempuan telah boleh sembelih seekor lembu.
2 bayi lelaki menyamai  4 bahagian lembu,manakala 3 orang perempuan menyamai 3 bahagian lembu jika dicampur antara bayi lelaki 4 dengan  bayi perempuan 3 bahagian maka menjadikan 7 bahagian yg menyamai seekor lembu.Wallahu a'lam

Saturday, September 21, 2013

Syarat Dan Hukum Untuk Aqiqah Anak Angkat Yang Tidak Sah Taraf

Soalan

Assalammualaikum...sy ingin bertanya ttg syarat dan hukum membuat aqiqah utk anak angkat yg tidak sah taraf..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Syarat akikahnya adalah sama  ,iaitu penjaganya yang berkemampuan dari   segi kewangan,jika ibu angkat dan bapa angkatnya mampu,ia boleh dilaksanqkqn sebelum anak tersebut mencapqi umur baligh.
Jika ia telah  mencapai i umur baligh,ketika itu bapa  /ibu angkat tidak lagi dituntut bagi melakukqn akikah.Sebaliknya tuntutan itu telah berpindah kepada anak angkatnya untuk melakukan  akikah.Wallahu a'lam.

Saturday, August 31, 2013

Qurban Nazar: Bagaimana Hendak Membahagikan Bahagian Lembu (atas Nama Siapa)?

Soalan

Assalamualaikum,
Saya telah bernazar untuk membuat Qurban 7 bahagian lembu sekiranya ibu saya kembali pulih kesihatannya & sekiranya saya mendapat perkerjaan yang lebih baik. Alhamdulillah, kedua-dua Doa saya dimakbulkan Allah dan sekarang saya berhajat untuk menunaikan nazar saya.Kemushkilan saya, bagaimana saya hendak membahagikan lembu itu untuk dikurbankan atas nama siapa? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumudalam
Qurban nazar wajib dilaksanakan di atas nama sendiri,cuma anda carilah  enam orang lagi adik beradik bagi mewakili setiap bahagian dan satu bahagian dikhususksn untuk anda.Ia menjadikan tujuh bahagian kesemuanya.
Jika anda udah niat nazar daging tersebut tidak boleh diambil  dan hendaklah disedekahkan kesemuanya,jika termakan hendaklah diganti sekedar   yang telah termakan.Ia amat berbeza   dengan qurban sunat maka anda berhak ambil 1/3 daging yang telah diperuntukan dalam 1 bahagian dari 7 bahagian oleh peserta Qurban.Wallahu a'lam

Aqiqah Dan Qurban

Soalan

Adakah perincian pembahagian 7 bahagian daging aqiqah dan qurban sekor lembu jantan. Ada yang kata hanya boleh dibagi kepada 3 lelaki dan seorang pempuan/2 lelaki 3 pempuan/1 lelaki 5 pempuan,..( maksudnya lelaki dapat 2 bahagian manakala pempuan 1 bahagian ) Yang saya tahu dibahagi kepada 7 bahagian saja tak kira lelaki atau pempuan. Biasanya sekor dibahagi 7 orang.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Merujuk kepada sebuah hadis baginda saw,menjelaskan bahawa: Afdal disembelih 2 ekor kambing @ 2 bahagian lembu bagi setiap seorang anak lelaki yang ingin di akikahkan.
manakala untuk anak perempuan ia memadai satu bahagian @ satu ekor   kambing  sahaja.
sebagai contoh jika laksanakan Akikah bagi  2 orang anak lelaki , ini bermakna  ia kena sembelih 4 ekor kambing @ 4 bahagian lembu.Manakala 3 bahagian lagi diambil oleh 3 orang anak perempuan, ia menjadikan 7 bahagian kesemuanya untuk seekor lembu/unta dan kerbau  yang disembelih bagi tujuan akikah.
Sekiranya pada hari raya qurban terdapat hajat yang berbeza,ada  keluarga  yang hendak buat akikah  manakala yang lain ingin buat Qurban.Ia dapat dibuat  perkiraan seperti berikut:  
Anak lelaki seramai dua orang hendak buat korban,manakala anak perempuan seramai 5 orang hendak buat akikah.
Kaedah pengiraannya adalah seperti berikut:
2 anak lelaki yg berkorban  =   2 bhg lembu
5 orang anak perempuan yang akikah= 5 bahagian lembu.Jadi jumlah keseluruhannya ialah tujuh bahagian
Satu lagi contoh,
3 anak lelaki ingin buat akikah = 6 bahagian
1 bahagian lagi boleh diambil daripada kalangan keluarga yang lain unutuk buat Qurban sama ada ayah atau ibu menjadikan keseluruhannya  7 bahagian.
Andaikata ia tidak mampu untuk buat dua/2 bahagian lembu atau 2 ekor kambing,jika dibuat seekor atau 1 bahagian lembupun tetap sah,cuma tidak dapat pahala afdalnya sahaja.Wallahu a'lam.

Wednesday, August 21, 2013

Aqiqah Anak Luar Nikah

Soalan

assalamualaikum......saya nk tnya soalan mengenai cara2 aqiqah bg ank luar nikah.....apabila hendak bg nma ank luar nikah utk aqiqah.....mesti berbinkan bapa kndung atau abdullah......???harap pihak tuan dapat bg pnjelasan scpat mgkn......wsalam...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hak untuk melaksanakan anak luar nikah adalah menjadi tanggungjawab ibunya sendiri.Ini kerana manusia yang membuatkan ibunya hamil bukannya bapa kandung sebaliknya lelaki durjana yang bukannya diiktiraf dari segi undang-undang syariah yang boleh dikategorikan sebagai bapa kandung.Malah baginda saw melarang anak luar nikah dibinkan kepada lelaki yang menyebabkan lahirnya anak luar nikah.
Sebaliknya anak tersebut perlu dibinkan kepada ibu kandungnya sebagaimana yang disarankan oleh baginda saw.Mungkin anda anggap perkara ini kolot dan ketinggalan zaman tetapi percayalah rasulullah saw berpendirian sedemikian kerana ada hikmat yang tersirat daripada yang tersurat.Perkara ini akan mengakibatkan kesan dari segi perwalian,mempusakai harta,nasab yang sah dari segi hukum termasuk kedudukan air wuduk dan batas aurat.
Dalam soal ini berkemungkinan anda akan merasa malu disebabkan anak luar nikah perlu dibinkan kpada nama puan,tetapi apakah puan boleh menutup rasa malu bila nama puan dan pasangan dipanggil ketika di padang mahsyar?justeru  sebagai jalan penyelesaian rasulullah saw mengharuskan agar anak tersebut dibinkan kepada nama yang bermula daripada perkataan Abdul   Rahman/Razak/Halim dan seumpamanya hatta diharuskan menggunakan  al-asamulhusna.Wallahu a,lam.yar?

Saturday, March 23, 2013

Sembelihan, Aqiqah, Korban

Soalan

Assalamualaikum..adik lelaki saya telah meninggal dunia dan dia belum di aqiqah kan olh kedua ibubapa saya..perlu atau tidak arwah di aqiqahkan?

Jawapan

Dalam hal ini, menurut pendapat para fuqaha’ adik lelaki anda masih perlu dibuatkan aqiqah untuknya walaupun beliau hanya sempat hidup beberapa ketika sahaja.
Di dalam islam, penyembelihan tersebut merupakan satu petanda yang menunjukkan betapa bersyukurnya seorang ibu dan ayah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas kurniaan seorang cahaya mata
Selain itu, ia juga merupakan satu cara untuk mendapatkan syafa’at dari anak tersebut semasa di Hari Akhirat nanti. Anak-anak yang meninggal semasa kecil akan dimasukkan terus ke dalam syurga oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana mereka mati tidak membawa sedikit dosa sekalipun.
Apabila tiba di Akhirat nanti, mereka akan meminta dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya ditemukan dengan kedua ibu bapa mereka. Untuk itu, ibu bapanya akan diampunkan dosa oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi membolehkan mereka berdua bertemu dengan anak mereka dan mereka akan bersama masuk ke dalam syurga.
Demikianlah kelebihan yang akan diperolehi oleh ibu dan ayah yang diuji dengan kematian anak diwaktu kecil mereka.
Ringkasnya, ibu dan ayah anda adalah diharuskan untuk melakukan penyembelihan Aqiqah bagi adik lelaki anda sebagai satu cara untuk melahirkan rasa bersyukur di atas kurniaan seorang anak oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'Alam.

Tuesday, March 5, 2013

Aqiqah Yg Dimakan Org Bkn Islam

Soalan

Assalamulaikum wbt..adik saya dlahirkan pd 1991 dan bapa saya telah buat akikah untuk adik lelaki saya pd tahun yg sama. kemudian daging akikah tersebut dimasak utk kenduri kawin sepupu kami. dalam majlis kahwin tersebut sahabat handai yang bukan islam turut dijemput. adakah sah akikah yg dilakukan kerana daging tersebut telah dimakan oleh org bukan islam? terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, menurut pendapat jumhur fuqaha’ daging Aqiqah adalah diharuskan untuk dijamu kepada jemputan yang bukan Islam. oleh itu, Aqiqah yang dibuat untuk adik lelaki anda adalah diterima dan diakui sah. Wallahu 'alam.

Thursday, February 28, 2013

Aqiqah Untuk Ibu Yang Masih Hidup

Soalan

Assalamualaikum ustaz..saya ingin tahu bolehkah tidak daging aqiqah di makan oleh orang bukan islam..sekian terimakasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, menurut pendapat Imam Syafi'i, daging Aqiqah tidak boleh diberi makan kepada orang bukan Islam. Hal ini adalah kerana daging tersebut dibuat atas nama ibadat. Oleh itu, orang bukan Islam tidak layak untuk memakannya.
Walau bagaimanapun, Jumhur Fuqaha’ berbeza pendapat dengan Imam Syafi'i. Mereka berpendapat bahawa daging Aqiqah boleh diberi kepada orang bukan Islam dengan syarat Aqiqah tersebut adalah Aqiqah yang sunat (bukan Aqiqah yang dinazarkan).
Ringkasnya, di malaysia pendapat jumhur lebih sesuai diterima pakai kerana suasana masyarakatnya yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama dan kepercayaan.
Oleh itu, dengan mengambil pendapat majoriti fuqaha’ ini, sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada golongan bukan Islam mengenai keindahan Islam yang turut mesra terhadap golongan bukan Islam. Semoga dengan ini dapat memperlihatkan tentang keindahan dan kesempurnaan Islam di mata mereka. Wallahu 'alam.

Tuesday, February 19, 2013

Aqiqah - Sembelih Kambing Atau Beli Saja Daging

Soalan

jiran memberitahu, daging hanya perlu dibeli di kedai dan itu dikira aqiqah kerana tidak mahu riak bila sembelih satu ekor kambing.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, Aqiqah membawa maksud penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, selain mencukur atau memotong rambutnya dan diberikannya nama.
Oleh itu, pendapat jiran anda yang menyatakan hanya membeli daging di kedai sahaja adalah tidak menepati dengan kehendak dan tuntutan melakukan Aqiqah di dalam Islam. sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
1.         "Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya."
(Riwayat Tirmidzi)

2.         "Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama."
(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Semoga dengan penjelasan dan dalil di atas dapat menjelaskan kepada anda tentang ibadat Aqiqah ini. Ringkasnya, Aqiqah dan penyembelihan tidak dapat dipisahkan. Wallahu 'alam

Pembahagian Daging Akikah

Soalan

Assalamualaikum...

saya nak tanya, bagaimana pembahagian untuk anak lelaki kembar, adakah sama seperti seorang ank lelaki iaitu 2 bahagian lembu atau 2 ekor kambing?
bagaimana sekiranya akikah ini dilakukan sekaligus menyambut kenduri kesyukuran kerana mendapat rumah baru? adakah niat boleh dicampur dengan lembu akikah tersebut?

terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, anak kembar bererti dua orang anak dan bukannya seorang. Dari itu, Aqiqah yang dibuat untuknya mestilah sama seperti Aqiqah untuk dua orang. Ringkasnya, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua ekor kambing ataupun mengambil dua bahagian daripada seekor lembu yang disembelih bersama rakan yang lain.
sembelihan Aqiqah tersebut boleh digunakan untuk menjamu para jemputan yang hadir di dalam kenduri kesyukuran tersebut. Wallahu 'alam.

Wednesday, February 13, 2013

Akikah Dan Korban

Soalan

saya merancang membuat akikah utk 7 bahagian lembu bagi 7 orang.bolehkah akikah dibuat utk 7 orang sedangkan kami ada 4 orang lelaki dan 3 perempuan.dan ada mengatakan bagi lelaki kena 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.bolehkan ibadah akikah tersebut kami niat kan untuk ibadah korban juga??
harap dapat membantu

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, tidak menjadi masalah untuk berkongsi seekor lembu untuk 7 orang (4 lelaki dan 3 perempuan). Ringkasnya, setiap seorang mengambil satu bahagian daripada 7 bahagian tersebut.
Walaupun seorang lelaki adalah disunatkan untuk menyembelih 2 ekor kambing, akan tetapi menyembelih seekor kambing sahaja pun adalah sudah memadai bagi mereka.
Dalam kes ini, satu bahagian bolehlah dianggap sebagai seekor kambing. Wallahu 'alam.

Saturday, January 19, 2013

Aqiqah Kan Anak Lelaki Guna Lembu Berapa Bahagian

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya anak sy lelaki setahu sy kalau kambing adalah 2 ekor.kalau sy ingin menggunakan lembu berapa bahagiannya.ada yg bg tau hanya 1 bahagian.lagi satu bolehke aqiqah kambing seekor akan dtg lg seekor.blehke menjawab.terima kasih.wasalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, seorang anak lelaki disunatkan untuk menyembelih dua ekor kambing yang sebaya umurnya di dalam pelaksanaan Aqiqah untuk anak tersebut.
Oleh yang demikian, jika satu bahagian lembu tersebut anda nilaikannya seperti seekor kambing, maka bolehlah anda mengambil dua bahagian sebagai langkah untuk mendapatkan pahala sunat dalam pelaksanaan Aqiqah bagi anak lelaki anda.
Oleh yang demikian, anda diharuskan untuk mengambil dua bahagian daripada lembu tersebut bagi pelaksanaan Aqiqah anak lelaki anda.
Mengenai pelaksanaan Aqiqah separuh-separuh (sembelih seekor kambing dahulu, kemudian seekor lagi), cara seperti ini adalah bersalahan dengan apa yang disunnahkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Ringkasnya, Aqiqah dilakukan hanya sekali sahaja bagi setiap individu. Ibadat ini dilakukan adalah kerana melahirkan rasa kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian ni'mat (anak yang dilahirkan). Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”.
(riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)

Berasaskan kepada hadis di atas, sudah cukup jelas menunjukkan bahawa sembelihan Aqiqah yang dilakukan adalah bersempena dengan kelahiran seorang anak dan ia dilakukan hanya satu kali sahaja. Wallahu 'alam.

Wednesday, January 16, 2013

Wang Bagi Melakukan Ibadah Aqiqah

Soalan

assalamualaikum.ibu mertua saya menggesa untuk melakukan ibadah aqiqah dengan alasan tidak mahu berhutang dengan Allah. bagi melakukannya, ibu mertua akan menggunakan duitnya dahulu dan meminta membayarnya semula. soalan saya boleh kah melakukan aqiqah berkenaan dalam keadaan berhutang? apakah hukum melakukan aqiqah tanpa persetujuan ibu bapa kepada kanak-kanak yang ingin di aqiqah kan.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad (yang sangat-sangat  dituntut) kepada kedua ibubapa atau penjaga yang berkemampuan.
Afdal dilakukan pada hari ke 7 kelahiran bayi, pada hari tersebut disembelih 2 ekor kambing bagi bayi lelaki, jika tidak mampu 2 ekor,  boleh juga dibuat 1 ekor.Bagi bayi perempuan memadai 1 ekor sahaja.
Pada hari ke 7 juga disunatkan menamakan bayi dan dicukur rambutnya lalu ditimbang berat rambut tersebut seterusnya  dinilai menggunakan nilai emas @ perak  semasa.Duitnya disedekahkan kepada fakir miskin terutama kepada bidan yang menguruskan ketika bayi tersebut dilahirkan.
Jika tidak boleh buat pada hari ke 7 boleh dibuat pada hari ke 14,hari ke 21,hari ke 28 begitulah sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.
Jika bapa tidak mampu, waris anak seperti datuknya boleh mengakikahkan cucu tersebut.Terpulanglah kepada datuk atau nenek sama ada hendak tuntut kembali bayaran hutang tersebut.Ap[a yang penting akikah yang dibuat adalah sah.Wallahu a'lam.

Tuesday, January 8, 2013

Daging Korban Yang Tidak Sempat Dimasak

Soalan

asalamualaikum ustaz. Pada hari raya haji tahun lepas saya dan isteri telah melakukan korban. Pada masa itu isteri saya baru hamil . Dia tak boleh masak. Jadi kami ada membawa balik bahagian daging korban kami ke rumah dan di simpan di dalam peti ais. Oleh kerana isteri saya tak dapat masak kerana alahan bau maka daging tersebut tersimpan sehingga sekarang. kami takut daging tersebut sudah tidak elok. Apakah yang harus saya buat?, bolehkah saya bungkus dgn kemas dan buang. Kaw rmh x ada tanah

Jawapan

Dalam persoalan ini,apa yang perlu anda lakukan ialah memeriksa status daging tersebut. jika ia masih boleh dimakan, maka masaklah dan makanlah daging tersebut. Namun, jika ia sudah rosak, maka ia perlulah dibuang sahaja.
Cara membuangnya anda boleh memilih sama ada menanamnya ataupun membuangnya sebagaimana anda membuang lebihan makanan yang telah rosak.
Ringkasnya, dalam urusan ini tidak terdapat sebarang dalil baik daripada al-Quran mahupun Hadith Nabawi yang menerangkan cara untuk menghapuskan bahan lebihan atau buangan haiwan sembelihan tersebut.
Oleh yang demikian, ia perlu diuruskan sebagaimana yang bersesuaian iaitu sama ada dengan menanamnya ataupun membuangnya sebagaimana bahan buangan makanan yang lain. Apa yang perlu, bahan kotoran/buangan tersebut tidak mengganggu diri anda, keluarga serta jiran tetangga. Wallahu 'alam.

Monday, December 3, 2012

Cukur Rambut Sebelum Disembelih Aqiqah

Soalan

Disebabkan kekanggan masa, saya tidak dapat megaqiqahkan anak pada hari ketujuh. Lalu saya hanya membuat dgn mencukur rambut,memberi nama dan mentahnikan anak. Adakah saya mengikut sunnah dan dapat pahala? Aqiqah dibuat 2 bulan selepas kelahiran.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan tersebut, anda telah berusaha untuk mengikuti seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan Insya’Allah anda akan beroleh ganjaran pahala kerana mengikut sunah yang pernah dilakukan oleh Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Mengenai Aqiqah yang dilakukan lewat sedikit (selepas 2 bulan dilahirkan), ia tidak menjadi masalah kerana tempoh untuk melakukan sembelihan tersebut adalah sehingga sebelum kematian anak tersebut. Wallahu 'alam.

Friday, November 23, 2012

Hukum Aqiqah Boleh Disimpan Atau Tidak

Soalan

saya nak tanye hukum daging aqiqah yang telah dimasak boleh tak disimpan untuk beberapa hari.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum membuat akikah itu adalah sunat muakkad (yang sangat-sangat dituntut).Ia dibuat pada hari ke 7 kelahiran bayi,pada hari berkenaan sunat diberi nama,buat akikah dengan menyembelih dua ekor kambing bagi lelaki dan  seekor bagi perempuan,cukur rambut  bayi sampai botak sama ada bayi lelaki dan perempuan.Timbang berat rambut tersebut  kemudian dinilai dengan harga emas @ perak semasa lalau wang@duitnya disedekahkan kepada fakir miskin @ bidan yang menguruskan ketika ibunya bersalain.
Berbalik kepada soalan  yang dikemukakan, setelah kambing disembelih untuk dibuat akikah seeluk-eluknya dimasak kemudian dibuat kenduri kesyukuran dengan menjemput orang ramai,jiran tetangga  dan kaum kerabat datang.
Cara  yang paling afdal jika dapat masakan itu dihabiskan sekali gus pada hari berkenaan.Ini bagi menjamin fadilah cepat diperolehi,jika dilambatkan ia termasuk sesuatu yang dimakruhkan.Lebih baik masakan tersebut disedekahkan kepada tetamu yang hadir daripada disimpan beberapa hari di rumah anda.Wallahu a'lam

Ibadah Qurban,akikah

Soalan

assalamualaikum....saya ingin bertanya, boleh kah saya membayar harga seekor lembu untuk dibuat korban dan dibahagikan kepada 7 nama.iaitu saya,anak,kedua org tua saya,kakak dan 2 org anaknya? @ boleh kah saya dahulukan wang saya untuk pembayaran haiwan tersebut? terima kasih...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus berbuat sedemikian dengan mendahulukan wang anda untuk membeli lembu ,tetapi sebelum itu anda perlulah minta persetujuan mereka  berhubung dengan  hasrat  anda  untuk membuat korban.
Sebagai  maklumat tambahan anda, hukum membuat korban itu adalah sunat muakkad  (yang sangat-sangat dituntut oleh ugama Islam) bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan perbelanjaan.bermula sebelum membuat korban termasuk pada hari tasyrik iaitu 11,12, & 13 zulhijjah.Wallahu a'lam

Thursday, November 15, 2012

Sembelih,aqiqah,korban

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanya untuk aqiqah anak lelaki.ape yg saya tahu adalah 2 ekor kambin.bagaimana kalau saya sembelih 1ekor di rumah dan 1 ekor lg di sembelih di kampung dan berlainan hari da waktu..boleh ke saya buat begitu ustaz.minta tlg ustaz terang kan dgan lebih lanjut lg.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum melaksanakan akikah itu adalah sunat muakkad (sunat yang sangat-sangat dituntut) oleh ugama kepada kedua ibubapa yang berkemampuan.Bagi anak lelaki adalah afdal untuk sembelih 2 ekor kambing.Jika buat seekorpun boleh dan sah cuma tidak dapat fadilah afdal sahaja.
Tuntutan syarak buat akikah  hendaklah dilaksanakan pada hari ke 7 kelahiran bayi tersebut jika sibuk boleh buat pada hari ke 14,14,21,28,35 dan sebelum kering darah nifas ibunya,Malah imam shafie mengatakan  boleh buat sampai bayi tersebut sebelum baligh, pada hari berkenaan bayi itu hendaklah
1.Diberi nama
2.Diakikahkan
3.Sunat dicukur licin rambutnya tidak kira bayi lelaki atau perempuan
4.Berat Rambut yang telah dicukur hendaklah ditimbang  kemudian berat rambut tersebut dinilai dengan harga emas atau paling tidak dengan harga perak semasa kemudian wangnya disedekahkan kepada fakir miskin atau bidan yang menguruskan kelahiran bayi tersebut.
5.Sunat buat kenduri  kesyukuran  dengan memasak kambing akikah tadi dengan menjemput saudara mara dan penduduk sekampung atau setaman.
Andaikata jika kambing  disembelih pada  dua tempat yang berlainan maka lambatlah dapat pahala afdal akikah sebagaimana yang telah panel nyatakan.Justeru eluk dibuat pada satu tempat.jika tidak dapat diielakkan maka kaedah yang anda cadangkan boleh dan sah cuma lewat sedikitlah dapat pahala afdal tersebut.Wallahu a'lam.