Showing posts with label Fidyah. Show all posts
Showing posts with label Fidyah. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Puasa Yang Lalu Dan Byrn Fidyah

Soalan

slm,
sy prnh mnggalkan puasa sejak baligh...anggaran perkiraan hari lebih kurang 100 hari...sy ingin btanya:
i) boleh x sy byr keseluruhan fidyah terlebih dahulu, kemudian diikuti dgn qada puasa sedikit demi sedikit? (krn sefaham sy, fidyah akan naik tahun demi tahun..kan ustz? manakala qada puasa tetap 100 hari...)

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh berbuat demikian.  Qada puasa tetap sama jumlah yang ditinggalkan tetapi fidyah akan bertambah dari tahun ke tahun.  Jika kita hendak menggantikan qada itu secara beransur-ansur setelah fidyah di lunaskan keseluruhannya maka fidyah tersebut tidaklah bertambah kerana tidak dapat menghabiskan puasa tersebut.

Friday, November 9, 2012

Membayar Fidyah

Soalan

salam ustaz,
saya ingin bertanya, pada tahun 2011 saya tidak sempat menggantikan puasa selama 4 hari disebabkan alahan yang teruk kerana mengandung. saya dalam usaha mengantikan puasa untuk 4 hari tersebut dalam tahun 2012 ini. soalan saya, adakah betul bayaran fidyah yang wajib saya tunaikan adalah 4 cupak nasi?? dan saya ingin tahu 1 cupak nasi tersebut sekiranya dinilaikan dalam ringgit malaysia berapa nilainya..terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Anda perlu membayar fidyah sebanyak 4 cupak sahaja kerana telah menjangkau setahun puasa sahaja. Satu cupak sama nilai dengan 600 gram beras. Oleh yang demikian saudari boleh membeli beras dengan harga 600 gram tersebut.
Wallahua'lam

Monday, July 16, 2012

Golongan Yang Layak Menerima Fidya

Soalan

Assalamualikum ustaz, saya mempunyai 2 kemushkilan:-
1)abg saya telah meninggal dunia dan mempunyai 10 orng anak.isterinya juga telah meningal dunia. 2 dari anak2nya masih bersekolah manakala 3 telah berumahtanggal. Anak2 saudara saya tidak bergaji besar dan tidak juga melarat susah. Namum mereka mempunyai tanggungjawab besar utk membantu dan meneruskan kehidupan. Soalan saya ustaz adalah samada 2 org anak saudara saya yg masih bersekolah layak menerima fidya.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bayaran Fidyah tersebut adalah untuk golongan miskin. Perkara ini ada dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran, firmannya yang bermaksud:
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka)
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana
tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Oleh yang demikian, jika kedua orang anak saudara anda tersebut adalah dari golongan yang miskin, maka mereka adalah golongan yang layak untuk menerima bayaran fidyah tersebut. Setiap seorang daripada mereka akan mendapat bahagian 1 cupak beras.
Dalam pada itu, anda juga dicadangkan supaya memaklumkan kepada MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) tentang keadaan kedua anak saudara tersebut. pada pandangan Panel, mereka juga layak untuk dapatkan bahagian daripada wang zakat di negeri yang mereka tinggal (bahagian Fi Sabilillah kerana mereka masih menuntut  ilmu lagi). Sila hubungi MAIN di negeri tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai status mereka. Wallahu 'alam.

Thursday, July 5, 2012

Cara Kiraan Fidyah Dan Puasa

Soalan

Assalamualaikum ustaz...
Saya telah meninggalkan puasa sebanyak 6 hari pada tahun 1984 dan tidak pernah menggantikannya. Pada tahun 1999 saya telah menggantikan puasa sebanyak 6 hari. Selepas itu saya tiada menggantinya semula. Pada tahun 2003, 2005, 2006, 2010 saya berpuasa penuh sebulan kerana hamil. Dan saya baru menggantikan puasa saya pada tahun ini (2012) sebanyak 6 hari. Jadi berapakah kiraan fidyah saya dan puasa yang wajib saya qada' semula

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, anda hanya perlu mengqadha’ puasa Ramadhan mengikut bilangan hari yang telah anda tinggalkan.
Namun begitu, mengenai jumlah bayaran fidyah yang perlu dijelaskan, anda diminta merujuk perkara ini kepada pihak Baitulmal yang terdekat dengan anda dan bayaran tersebut juga boleh dijelaskan di sini. Wallahu 'alam.

Wednesday, July 4, 2012

Puasa Ganti Dan Fidyah

Soalan

pada tahun 2010 saya tidak sempat ganti puasa 3 hari. pada tahun 2011 saya tidak dapat berpuasa kerana takut mudarat kepada kandungan. pada tahun ini juga saya tidak sempat untuk menggantikan puasa kerana takut kurang susu. saya ingin mengetahui berapakah jumlah hari yang perlu diganti dan berapa kadar bayaran fidyah. bagaimana kadar pengiraannya. terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut para sarjana dan ahli fekah merumuskan perkara berkaitan puasa yang tertinggal pada bulan ramadan wajib diganti dengan kadar segera.Jika tidak diganti sehingga melangkaui bulan ramadan berikutnya anda dikenakan fidyah di samping mengganti puasa yang tertinggal.
Sebagai contoh panel gunakan masaalah yang puan kemukakan,
1.Tahun 2010 tidak sempat ganti 3 hari
2.Tahun 2011 tidak sempat puasa 30 hari
Puasa yang patut puan ganti jumlahnya ialah 33 hari.Jumlah puasa yang tertinggal ia tidak akan digandakan walau sampai  10 tahun puan tidak kadak.Cuma yang berganda ialah fidyah.
Setiap 1 hari puasa yang tertinggal dibayar fidyah 1 cupak apabila ia melangkaui tahun berikut,contoh pengiraan seperti berikut:
1.Tahun 2010 tertinggal 3 hari jika belum sempat bayar sehingga masuk puasa pada tahun 2011 anda kENA BAYAR 3 cupak.Jika masuk puasa tahun 2012,TETAPI MASIH BELUM BAYAR FIDYAH,puan kena bayar 6 cupak.
2.Puasa tahun 2011 berjumlah 30 hari, jika belum sempat kadak  sehingga masuk puasa tahun 2012 anda tetap dikenakan bayar fidyah sebanyak  30 cupak.
Untuk pengetahuan anda pengiraan dan pembayaran fidyah  boleh puan lakukan di mana-mana pejabat zakat di tempat anda tinggal.Kadarnya adalah bergantung kepada ketetapan pihak berkuasa agama di negeri puan.Panel nasihatkan agar anda segera membayar fidyah demi mengelakkan ia berganda saban tahun.Wallahu a'lam.

Sunday, June 17, 2012

Perlu Atau Tidak Ganti Puasa

Soalan

Assalamualaikum.
Saya pernah melakukan onani dulu. Tetapi saya tidak tahu perkara itu berdosa. Kini,sy tahu dan telah bertaubat. Dan saya pernah melakukannya ktika bulan puasa dan baru saya tahu saya telah keluar air mani(mengikut apa yg sy faham ttg air mani). Oleh kerana saya tidak tahu puasa saya itu telah terbatal, adakah wajib saya mengganti puasa tersebut.Tapi saya tidak tahu berapa hari dan tidak ingat langsung. Kalau hendak membuat anggaran,mcm mana kalau anggaran tu salah?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Bulan puasa ialah bulan ibadat,pahala berganda jika kita melakukan amalan baik  dan kerja-kerja kebajikan di sepanjang bulan tersebut.Begitu juga dosa akan turut berganda jika melakukan kesalahan.Melakukan onani pada bulan pun sudah dikira haram apatah lagi jika dilakukan pada bulan bulan puasa lagi-lagilah haramnya.
Justeru panel mohon supaya anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh) menyesal di atas perbuatan,berazam tidak akan mengulangi,mohon ampun kepada Allah.
Saudari wajib mengganti puasa yang terbatal disebabkan beronani.Anda boleh ganti berdasarkan hari anda yang telah beronani.Panel tidak dapat mengagak kecuali anda sahaja yang mengetahui.
Sebagai contoh Jika puasa tersebut 10 hari kena ganti 10 hari.Jika telah melangkau tahun maka anda kena bayar fidyah (1 cupak) setiap tahun ,mohon bayar ke bahagian lembaga zakat@ baitulmal yang berhampiran.Jika 10 tahun kena kali 10, petugas akan membuat perkiraan yang tepat berdasarkan maklumat yang anda berikan.Wallahu a'lam.

Tuesday, June 12, 2012

Puasa Nazar Dan Bayaran Fidyah

Soalan

Assalamualaikum wbt.. Saya ada 2 soalan:
1) Saya ada pernah berniat untuk puasa nazar pada satu masa dulu.Tetapi saya masih belum tunaikan puasa nazar tersebut. Saya sudah lupa sebab saya bernazar dan berapa hari untuk puasa nazar.Apakah yang perlu saya buat?
2) Saya ingin membayar fidyah jikalau masih ada lagi puasa ramadan yang saya tidak gantikan (seingat saya sudah ganti semuanya).Bagaimanakah perkiraanya?bagaimana pula dengan puasa?Berapa hari yang saya perlu puasa?
Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Hukum melaksanakan nazar adalah wajib. Oleh itu, sekiranya anda telah terlupa mengenai puasa yang telah anda nazarkan, anda perlu membayar kifarah nazar bagi menebus nazar tersebut.
Kifarah nazar adalah seperti berikut:
a.  Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin, atau
b.  Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, atau
c.  Memerdahekakan seorang hamba yang mukmin, atau
d.  Berpuasa 3 hari. Bagi Mazhab Syafi’i tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Sila rujuk kepada Pusat Pungutan Zakat atau Baitulmal yang berdekatan untuk membuat bayaran tersebut.

2.         Jika puasa tersebut telah diqadha’kan sebelum tiba bulan Ramadhan yang baru, maka anda tidak dikenakan dengan apa-apa fidyah.
Mengenai bilangan hari yang perlu diqadha’kan, ia adalah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tertinggal 3 hari, maka wajib mengqadha’ sebanyak 3 hari juga. Ringkasnya, bilangan hari yang perlu diqadha’kan tidak akan berganda sekalipun selepas 4 atau 5 tahun ditinggalkan tetapi masih belum mengqadha’nya lagi. Walau bagaimanapun, yang digandakan hanyalah bayaran fidyah sahaja (1 hari 1 cupak beras). Sila dapatkan maklumat lanjut mengenainya di Baitulmal atau di Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan. Wallahu 'alam.

Monday, May 14, 2012

Bayar Fidyah Pada Suami

Soalan

assalamualaikum ustaz. saya ada kemusykilan agama sikit,. bolehkah isteri membayar fidyah pada suami yang faqir miskin sedangkan suami ada kemampuan sedikit memberi nafkah pada isteri? jika suami tersebut layak menerima zakat adakah dia dikalangan yang golongan yang layak menerima bayaran fidyah?

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes seperti ini, isteri tersebut perlu membayar fidyah tersebut sama ada kepada Baitulmal ataupun Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan dengannya.
Ringkasnya, dia tidak boleh membayar fidyah tersebut kepada suaminya sendiri. Wallahu ‘alam.

Friday, May 4, 2012

FIDHYAH DAN QADA' PUASA

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin betanya. saya telah meninggalkan puasa sebanyak 8 hari pada tahun 2006 sahaja dan tidak menggantikannya sehingga tahun 2012. jika saya menggantikan puasa yang ditinggalkan terlebih dahulu dan menangguhkan pembayaran fidhyah, adakah fidyah yang perlu dibayar akan TERUS DIGANDAKAN walaupun saya telah mengqada'kan puasa tersebut. harap dapat membantu. terima kasih. :)

Jawapan

Waalaikumussalam,
Puasa ramadan yang terbatal atau tertinggal perlu diQada' dengan kadar segera sebelum tibanya bulan puasa pada tahun  yang berikut.Jika tidak diQada sehingga tibanya bulan puasa pada tahun berikutnya maka ia kena lakukan dua (2) perkara iaitu:
1.Qada' puasa yang tertinggal mengkut jumlah harinya
2.Membayar fidyah (1 hari tertinggal kena fidyah 1 cupak baghdad.
Perlu diingat,Jumlah puasa yang tertinggal tidak akan berganda cuma walaupun melangkau tahun cuma yang berganda ialah Fidyah sahaja. Sebagai contoh
Jika tertinggal 8 hari pada tahun 2006-Jumlah puasa yang perlu diQada' pada tahun 2012 tetap  8 hari juga.Berbanding dengan fidyah jika tidak dapat dibayar pada tahun 2007 ia telah berhutang 8 cupak dikali dengan 5 tahun ertinya 40 cupak baghdad.
Justeru panel nasihatkan cepat-cepat bayar fidyah dan segerakan Qada' puasa yang tertinggal.Mudah-mudahan Allah akan menerima amalan anda.Wallahu a'lam.

Thursday, April 12, 2012

Saksi Untuk Membayar Fidyah

Soalan

Apakah pembayaran fidyah memerlukan saksi?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pembayaran fidyah ini disebabkan oleh  seseorang Islam yang waras,baligh  dan beliau tidak dapat menunaikan puasa ramadan disebabkan oleh keuzuran syarie.Oleh sebab itu apabila ia sihat maka puasa yang tertinggal itu perlu dikada' dengan kadar segera.Sebagai contoh pada bulan ramadan 2010 yang lalu beliau telah meninggalkan puasa selama 10 hari.Sekiranya  beliau   tidak kada'  puasa tersebut dalam   2     tahun, maka jumlah hari puasa tetap tidak berubah  iaitu 10 hari .Beliau dikehendaki  membayar setiap hari puasa yang ditinggalkan itu dengan segantang baghdad.
Perlu panel tegaskan, puasa yang tertinggal itu tidak perlu digandakan,cuma jika puasa kada' tidak dilakukan dengan   kadar segera  sebelum bulan ramadan tahun ini (2012).Maka beliau kena bayar fidyah segantang  baghdad   kali dengan  10 hari puasa yang tertinggal (kadar  semasa      boleh ditanya di pejabat zakat di tempat anda) Malah ia tidak memerlukan kepada saksi.Ini kerana pegawai bertugas telahpun memadai menurut hukum islam. Wallahu a'lam.

Monday, January 30, 2012

Berapa Bayaran Fidyah Bagi Org Yg Tak Solat

Soalan

Salam..ibu saya baru meninggal dunia kerana penyakit kenser dalam usia 82 tahun..2 bulan terakhir sewaktu hayatnya arwah tidak dpt menunaikan solat 5 waktu..Sebagai waris,saya ingin bertanya, apakah tindakan terbaik mengikut hukum untuk saya membayar semula hutang solat arwah selama 2 bulan tersebut ? Wassalam

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Ibadah solat adalah satu fardhu yang diwajibkan ke atas setiap individu. Apabila ditinggalkan maka tiada fidyah atau sebarang denda dikenakan.
Nasihat panel, perbanyakkan berdoa kepada Allah semoga roh ibu dirahmati Allah swt dan diampunkan Allah swt.

Thursday, December 22, 2011

Hadas, Puasa Dan Menganti Fidyah

Soalan

Assalamualaikum ust. sy ingin bertanya, jika wanita yg datang haid ketika bulan ramadhan wanita itu perlu mengantikan puasa apabila habis tempoh haid. soalan sy, jika sudah ganti puasa adakah kami perlu mmbayar fidyah juga atau tidak perlu?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Wanita yang didatangi haid ketika bulan  ramadhan maka cukuplah baginya menggantikan puasa pada hari yang ditinggalkannya. Sekiranya tempoh setahun telah berlalu dan and belum sempat menggantikannya maka anda wajib mengqada' puasa tersebut dan membayar fidyah satu cupak beras. Satu cupak adalah bagi satu hari yang ditinggalkan. Walaubagaimanapun jika, puasa itu dilakukan pada tahun sebelum tibanya ramadhan yang akan datang maka cukuplah ia menggantikan puasa pada hari yang telah ditinggalkan sahaja.

Thursday, December 15, 2011

Ganti Puasa Dan Fidyah

Soalan

Assalammualaikum,
Pada tahun ini (2011) isteri saya telah meninggalkan puasa sebanyak 8 hari kerana beliau sedang mengandung dan mengalami muntah-muntah yang agak teruk. Adakah saya perlu membayar fidyah bagi hari-hari yang isteri saya tidak berpuasa atau isteri saya cuma perlu mengantikan puasanya sahaja dan saya tidak perlu membayar fidyah ?
Terima Kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam, oleh kerana puasa ramadan 1432/2011  baharu sahaja berlalu dan belumpun masuk puasa bagi tahun 1433/2012, maka dalam hal ini isteri anda cuma perlu mengganti/ kada  puasanya selama 8 hari sahaja.Tetapi dengan  satu syarat iaitu jangan tunggu berakhirnya puasa 1433/2012 yang akan datang.
Jika sudah berakhir puasa 1433/2012 maka pada masa itu isteri anda perlu membayar  fidyah (satu cupak) bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.Dalam waktu yang sama beliau perlu kada puasa yang ditinggalkan semasa mengandung iaitu  selama 8 hari.
Panel nasihatkan agar isteri anda lakukanlah kada puasa pada masa ia tidak mual/loya lagi bagi mengelakkan lupa.Wallahu a'lam.