Soalan
saya bekerja di salah satu unit yang berkaitan dengan anjing. adakah
perlu saya menyamak semua peralatan dan persekitaran saya walaupun tidak
bersentuh dengan haiwan itu?walaupun haiwan itu di kurung tetapi ada
kala nya laluan yang saya gunakan juga di gunakan oleh haiwan itu untuk
ke tempat lain.
Jawapan
Dalam hal ini, anda tidak perlu untuk melakukan sertu (samak) ke atas
semua peralatan anda yang tidak bersentuhan dengan anjing tersebut.
Demikian juga dengan laluan yang dilalui oleh anjing tersebut untuk ke bahagian lain, jika ia berada di dalam keadaan yang kering dan anjing tersebut juga berada dalam keadaan yang sama, ia tidak dihukumkan najis.
Akan tetapi, jika laluan tersebut berada di dalam keadaan yang basah dan dilalui oleh anjing tersebut, hal ini akan menyebabkan lantai yang bersentuhan dengan kaki anjing tersebut menjadi najis.
Dari itu, anda perlu lebih berhati-hati di dalam menjaga diri dan anggota serta pakaian yang anda pakai daripada terkena najis anjing tersebut.
Sila sediakan tanah yang mencukupi untuk anda lakukan sertu ke bahagian tubuh atau pakaian yang bersentuhan dengan anjing tersebut.
Jika ia mendatangkan kesukaran kepada anda, Panel mencadangkan agar anda mencari kerjaya yang lain sebagai ganti. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment