Soalan
assalamualaikum. saya nak tanya, bulan lepas saya ada pegang seekor anak
anjing. dan anak anjing tersebut ada menjilat kaki dan leher saya.
selepas daripada itu saya tidak samak sehingga sekarang. adakah sehingga
waktu sekarang najis itu wujud lagi? dan sembahyang saya yang saya
kerjakan sekarang adakah sah?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam isu najis mughallazah ini, menurut pendapat daripada Mazhab Syafi'i ia hanya akan menjadi suci apabila dilakukan sertu padanya. Jika sertu tidak dilakukan, tempat tersebut adalah masih dihukumkan najis lagi.
Walau bagaimanapun, menurut pandangan daripada tiga mazhab yang lain (Maliki, Hanafi dan Hanbali) tempat yang dijilat oleh anak anjing tersebut sudah menjadi suci apabila dibasuh dengan menggunakan air mutlaq biasa sahaja (tidak perlu guna air tanah).
Akan tetapi, jika anda merasa ragu-ragu dan was was mengenai status kesucian leher, pipi dan tangan anda yang pernah memegang anjing pada bulan lepas dan sehingga ke hari ini masih belum dilakukan sertu lagi, eloklah anda lakukannya dengan mengambil sedikit tanah untuk membuat air tanah dan sapukannya pada bahagian tubuh yang telah terkena jilatan tersebut, kemudian bilas kawasan tersebut dengan air paip biasa sebanyak 6 kali basuhan lagi.
Ringkasnya, setelah melakukan proses sertu, tubuh anda yang najis telah menjadi suci kembali.
Mengenai solat yang anda dirikan selama tempoh tersebut, tidak perlu untuk diqadha’ semula. Ia adalah sah. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment