Soalan
assalamualaikum..saya seorang duda umur 28 tahun,saya ada berkawan
dengan seorang janda umu 39 tahun,saya sayang dan cintakan pada dia,dan
anak dia pun sayangkan saya,saya selesa dengan anaknya,saya merangcang
untuk bernikah secara kecil-kecilan,apa pendapat ustaz?
Jawapan
Waalaikumussalam wrt. wbtTerima kasih kerana menghubungi Jakim untuk kemusykilan agama.
Sekiranya saudara sudah bersedia untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai suami dan berpuas hati bahawa janda tersebut sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, maka teruskanlah niat suci untuk membina rumahtangga. Lebih baik lagi sekiranya mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Jadikan pengalaman lepas sebagai panduan untuk melayari bahtera rumahtangga dengan aman dan harmoni. Soal besar atau kecil majlis nikah tersebut tidak menjadi persoalan, yang penting semuanya berjalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh hukum Islam. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment