Friday, May 4, 2012

Sertu Atau Tidak

Soalan

As salam ustaz
1. Cara utk sertu adakah dimulai dgn air tanah atau diakhiri oleh air tanah.semasa sertu adakah niat/bacaan tertentu atau boleh sekadar bismillah shja
2. Sekarang terdapat sabun taharah yg dibuat dr tanah.sahkan jika kita menggunakanya utk sertu
3. jika cara kita sertu untuk hilangkan najis berat ni silap atau tak cukup syaratnya.adakah ibadat kita spt solat diterima selagi tak melakukan sertu dgn sebetulnya

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Air tanah digunakan semasa basuhan kali pertama dan tiada sebarang bacaan semasa melakukannya. Namun, ia memerlukan niat untuk membersihkan najis tersebut. Jika tidak berniat untuk membersihkan najis yang terkena pada tempat itu, maka basuhan tersebut adalah seperti basuhan yang lain (bukan atas tujuan untuk menghilangkan najis mughallazah).

2.         Sabun toharah boleh digunakan untuk kerja-kerja pensertuan (sertu) dengan syarat kandungan tanah adalah melebihi daripada kandungan bahan-bahan yang lain (bahan kandungan di dalam sabun tersebut).

3.         Bagi anggota atau pakaian yang terkena najis mughallazah dan tidak dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan oleh Syara', maka anggota dan pakaian tersebut masih bernajis. Jika dibawa semasa mengerjakan solat, hal ini akan menyebabkan solat yang dikerjakan adalah tidak sah kerana tidak memenuhi syarat sah mengerjakan solat, iaitu bersih daripada najis dan hadas kecil dan besar. Oleh itu, segala tempat atau pakaian yang terkena najis ini perlu dibersihkan dengan kaedah yang telah ditentukan oleh Syara'.
Wallahu 'alam.

4 comments:

  1. Assalamualaikum uztaz..Saya ingin bertanya apakah hukumnya kalau saya terpijak air liur anjing dan saya tidak menyamaknya langsung malah saya bersolat selepas beberapa bulan baru lah saya terniat untuk menyamaknya

    ReplyDelete
  2. Bagaimanakah cara bacaan niat samak itu uztaz terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Pertama soalan kamu, kamu yakin kah kamu terpijak air liur anjing.kalsu sudah yakin sertu sahaja lah kaki kamu.kedua Mudah sahaja, jika hendak sertu niatkan saja nak sertu. Itu saja sudah cukup..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Pertama soalan kamu, kamu yakin kah kamu terpijak air liur anjing.kalsu sudah yakin sertu sahaja lah kaki kamu.kedua Mudah sahaja, jika hendak sertu niatkan saja nak sertu. Itu saja sudah cukup..

    ReplyDelete