Soalan
Almlkum Ustaz sya berpuasa sunat Bln Rejab ada kh sah puasa sya dgn
melafaz niat sahaja aku berpuasa sunat di bln Rejab d hari isnin kerana
ALLAH ta'ala? Dan apa kh yg d maksud kn puasa putih( ia itu d kerja kn
dlm 13,14 & 15 pada tiap2 bln ada kh kaum perempuan blh jgk
mengerjakn nya? Wslm. Tksh.
Jawapan
Waalaikumussalam,Sesuatu amalan itu dikira sah apabila disertakan dengan niat.Tempat niat ini sebenarnya di dalam hati .Jika kita berniat dengan menggunakan apa bahasa sekalipun Allah tetap memahami dan menerimanya.
Tetapi kadang-kadang kita terkeliru antara niat dengan lafaz,sedangkan lafaz itu adalah lantunan suara yang kita lontarkan/keluarkan daripada mulut manakala niat ialah gerakan hati yang menyertai ketika terjemahan lafaz niat dilaksanakan.
Berbalik kepada lafaz niat yang diucapkan, semasa berpuasa di bulan rejab ini memang ia boleh diterima.Walau bagaimanapun yang lebih utama kena gunakan bahasa arab (jika sukar tidak menjadi kesalahan boleh gunakan apa jua bahasa).
Puasa putih itu ialah mengambil sempena fasa bulan mengambang berdasarkan bulan Qamariyah.Ia terkhusus pada 13,14 dan 15 bulan Qomariyah.Justeru ulamak fekah telah menggalakkan umat Islam supaya berpuasa.Jika kita berpuasa pada hari tersebut kita akan dapat pahala sunat.Puasa hari putih ini bukannya khusus untuk lelaki sahaja bahkan ia juga dituntutt kepada kaum wanita.Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment