Soalan
saya telah mendirikan solat istiharah untuk menentukan samaada lelaki
ini adalah jodoh saya atau tidak..melalui pembacaan dan pemahaman saya
setiap petunjuk itu akan diberikan oleh allah melaui mimpi...tetapi saya
telah banyak kali melakukan solat tersebut tiada petunjuk yang saya
dapat...tetapi saya akan rasa tenang sangat selepas saya melakukan
solat tersebut...ketenangan yang susah nak saya gambarkan...adakah itu
petunjuk dari allah dan lelaki itu adalah jodoh saya...sekian terima
kasih
Jawapan
Solat Istiharah dilakukan adalah untuk memohon petunjuk dari Allah
Subhanahu Wa Ta'ala agar diberi hidayah di dalam membuat pilihan.
Walau bagaimanapun, Membincangkan persoalan petunjuk atau hidayah yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada mereka yang melakukan solat ini adalah tidak semestinya melalui mimpi. Ia juga boleh diberikan dalam bentuk yang lain. Antaranya seperti ketenangan hati dan gerakan hati yang tenang semasa membuat pilihan.
Oleh itu, ketenangan yang anda rasai selepas mengerjakan solat tersebut adalah kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan pilihan yang anda buat mudah-mudahan didorong oleh rasa tenang yang anda alami hasil daripada permohonan yang anda buat ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semoga lelaki tersebut akan membawa seribu makna di dalam hidup anda dan berbahagia hingga ke syurga, insya’ Allah. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment