Saturday, May 19, 2012

Mencukur Rambut Anak Tanpa Menimbang

Soalan

saya pernah membotakan anak saya ketika usia 3 bulan, tanpa mengadakan masjlis cukur jambul, adakah rambut tersebut perlu ditimbang dan adakah dikira sama seperti cukur jambul.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut hukum fekah sunat mencukur rambut anak pada hari ke 7 kelahirannya.Pada hari tersebut hendaklah  ibubapa yang mampu dari sudut kewangan untuk mengadakan akikah  dan mengadakan kenduri sebagai tanda kesyukuran di atas pemberian rezki (anak) oleh Allah SWT.Malah pada hari itu juga digalakkan untuk memberi nama bayi tersebut.Di samping mencukur rambut kemudian ditimbang seterusnya di nilai dengan harga perak semasa.Kesemuanya ini bertujuan untuk mengikut sunnah yang telah diperkenalkan oleh baginda saw.
Berbalik kepada cukur rambut adalah untuk membuang rambut lama yang tumbuh semasa di alam rahim ibu untuk digantikan dengan rambut yang baru tumbuh hasil daripada cukur rambut  pada hari akikah tersebut.
Antara hikmat yang dapat dirumuskan ekoran daripada cukur rambut bayi tersebut ialah  bagi menjamin agar anak tersebut dapat  membesar dengan sempurna dan seterusnya menjadi manusia yang cerdas dan pintar serta menghindarkan daripada sebarang penyakit yang berpunca di atas kepala.
Untuk pengetahuan anda,  panel tegaskan bahawa cukur rambut  adalah saranan nabi Muhammad SAW iaitu apabila dibuat dapat pahala sunat.Manakala  potong jambul adalah perbuatan yang diperkenalkan oleh masyarakat melayu, di mana masyarakat melayu akan cuba gunting sedikit  rambut bayi tanpa membotakkan rambut, iaitu mereka masih mengekalkan rambut lama sehinggalah ke akhir hayat.
Justeru panel syorkan agar kita ikut betul-betul amalan sunnah yang telah ditinggalkan oleh nabi bagi meraih ganjaran pahala sunnat seperti yang dituntut oleh syarak.Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ,,sya ingin bertnya ,dr lahir rambut saya lum pernah d botak ,sya pernah dnger 1 riwayat ,klu qta lum pernah d botak ,rambut qta tdak boleh d bwa mati,apkah fatwa in benar ???
    Mhon d beri penjelsan ,terima kasih ,,

    ReplyDelete