Soalan
Salam ustaz.. sy nk thu apakah situasi ini terjadi jth talak.. semasa
pikiran sy gelabah ngn rungsin sngt psl jth talak, kepala sy terpikir yg
bkn2 antaranya (bukan isteri aku lg,mun cerai doh,mun dh byk kali ckp
yg blh jth talak dan mcm2 lg.. ) dan juga terpikir (doh waswas sngt kira
3)..semuanya dlm pemikiran n semasa tu tak terpikir lngsung psl
bercerai ngn isteri..tapi sy musykil sy ada trcakap@ tdk "kira 3?"
seolah2 bertya kmbali dr pemikiran sy.. ustaz tolong sy jawab
kemusykilan ini,salam
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Perkara talak tidak boleh dijadikan perkara mainan.
Talak akan jatuh sekiranya si suami telah menjatuhkan talak tersebut di hadapan isterinya secar jelas seperti aku ceraikan dikau, atau dengan kiasan (kinayah) iaitu dengan niat benar-benar ingin bercerai seperti, baliklah kamu ke rumah ibu kamu.
Sekiranya ia hanya lintasan di dalam hati ia tidak dikira sebagai talak.
Panel menasihatkan agar perkara sebegini tidak difikirkan atau menjadi mainan di fikiran, kerana dibimbangi suatu hari nanti akan berlakunya pergolakan rumah tangga.

No comments:
Post a Comment