Soalan
assalamualaikum ustaz..saya sekarang berpuasa ganti..tapi saya keliru
apakah hukum puasa saya apabila saya mandi berbogel di tempat
tertutup?..apakah puasa saya masih sah ataupun makruh?
Jawapan
Waalaikumussalam,
Syarat sah sesuatu puasa seseorang Islam itu ialah ia berniat berpuasa dan menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula sejak fajar menyinsing sehingga tenggelamnya matahari.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan berkaitan dengan mandi dalam keadaan bogel di tempat yang tertutup? adakah puasa masih sah atau sebaliknya? Puasa anda tetap sah tetapi kurang pahala disebabkan anda ketika mandi tidak menutup aurat.
Untuk pengetahuan anda ,ulamak dan para sarjana fekah telah membahaskan tentang hukum mandi dalam keadaan bogel ini ,mereka merumuskan hukumnya adalah makruh.Ini kerana baginda saw tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian.Perkara ini berdasarkan bahawa dua malaikat yang tidak pernah berenggang dengan manusia dalam tempoh 24 jam iaitu Rakib dan atid .Dua malaikat inilah yang menjadi juru catat segala amalan dan perbuatan manusia tanpa tertinggal/tercicir.
Oleh kerana peranan dan amanah malaikat itulah menyebabkan baginda SAW terdidik dengan akhlak dan pekerti yang baik termasuk ketika hendak buang aiar dan mandi kebiasaannya baginda akan memakai kain basahan.Berdasarkan keadaan ini sesuailah sifat para rasul dan nabi disebatikan dengan sifat maksum(terpelihara).
Justeru panel nasihatkan agar anda contohilah perbuatan baginda SAW dengan mencari kain basahan ketika hendak mandi,Ini kerana di samping menutup aurat anda dapat menokok nilai tambah pahala puasa yang terkurang semasa melaksanakan puasa .Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment