Thursday, May 24, 2012

Terlepas Solat Zohor Dan Sudah Masuk Waktu Asar

Soalan

1) bagaimana caranya hendak menunaikan solat yang terlepas...contoh jika terlepas waktu zohor dan sudah masuk waktu asar... solat yang manakah yang patut didahulukan dulu ( zohor yang terlepas @ asar dahulu baru zohor)..dan apakah niatnya...

Jawapan

Waalaikussalam,
Menurut sabda Baginda SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Solat itu adalah tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat seolah-olah dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia telah meruntuhkan agama."
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, Ketika masuk waktu asar ini bermakna tiada lagi waktu zohor.Justeru mengikut ulamak dan para sarjana ilmu fekah Islam mengatakan bahawa hendaklah didahulukan empunya waktu solat (iaitu waktu asar) kemudian baharulah didirikan pula  solat zohor yang terlepas waktu secara kada'.
Niat bagi kedua-dua solat tersebut adalah seperti berikut:
1.Niat Solat Asar
Usalli fardal asri arbaa rokaatin adaan lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku menunaikan solat asar 4 rakaat kerana Allah Taala.
2.Solat Zohor Yang Tertingga/Terlepas
Usalli fardal Zuhri arbaa rokaatin Qodaan Lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku qoda solat zohor empat rokaat  kerana Allah Taala.
Panel nasihatkan agar anda menjaga waktu solat dengan baik,ini kerana perintah mendirikan solat datangnya daripada perintah Allah SWT.Justeru dirikan solat tepat pada waktunya.Wallahu a'lam.

3 comments:

  1. Permulaan niat dalam rumi..sahaja aku atau sengaja aku ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum
      maaf bertanya.
      utk qada zohor, perlu 2x solat atau 1x shja?
      1. solat niat asar seperti biasa
      2. solat niat qada zohor

      atau solat 1x shja besertakan 2 niat iaitu niat asar & qada zohor?

      Delete
  2. Ada yg ajar..qada solat zohor dan asar hanya 4rakaat.2rakaat zohor dan 2rakaat asar tapi sekali baca dan sekali solat.so salah lah sudah cara ni kan?

    ReplyDelete