Soalan
assalamulaikum ustaz & ustazah. Saya ingin bertanya tentang solat.
Saya tertidur dan terlupa solat isyak. apabila saya sedar dari tidur,
sudah masuk waktu subuh. Bagiamana saya boleh qada solat isyak yang
tertinggal. Harap pihak ustaz dapat menjelaskan kemusykilan tersebut,
adakah saya boleh qada solat isyak pada waktu isyak seterusnya. Terima
kasih.
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.tSaudara yang dirahmati Allah swt
Allah akan mengangkat catatan hambanya dalam tiga keadaan:
1. Orang gila sehingga dia sedar
2. Orang yang tidur sehingga tersedar dari tidurnya
3. Kanak-kanak yang belum mumaiiz
Oleh kerana solat itu bukan sengaja ditinggalkan maka ia terlepas dari dosa. Walaubagaimanapun saudara boleh qadha' solat tersebut pada bila-bila waktu selepas sahaja menunaikan solat fardhu seperti selepas solat fardhu zohor, tunaikanlah solat qadha' itu.
No comments:
Post a Comment