Soalan
Kalau semasa solat, aurat berhampiran punggung terbuka sedikit kerana
baju ditiup angin ketika sujud, sah ke batal solat jika saya tidak tutup
balik baju saya sebab agak susah hendak tutup kerana saya sedang sujud.
Terima kasih.
Jawapan
Dalam situasi ini, baju yang terbuka sehingga mendedahkan aurat perlu
ditutup dengan kadar yang segera. Jika dibiarkan terbuka dalam tempoh
yang agak lama, solat yang dikerjakan adalah terbatal. Hal ini
adalah kerana menutup aurat adalah salah satu daripada syarat sah
mengerjakan solat.
Oleh itu, baju, kain atau segala jenis pakaian yang dipakai semasa mengerjakan solat yang terbuka sehingga mendedahkan aurat perlu ditutup dalam kadar yang segera. Jika dibiarkan terbuka, ia membatalkan solat. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment