Soalan
apakah wang simpanan di dalam BANK ISLAM telah dikeluarkan zakat ?
Jawapan
Waalaikumussalam,Urusan perbankkan Islam, sama ada kaunter atau bank-bank yang mengurus niagakan operasinya secara syariah, pada dasarnya ia telah mengambil kira pengeluaran zakat perniagaan kepada bank tersebut termasuk pendepositnya sekali.Hal ini tidak terkecuali dengan bank Islam yang sedang beroperasi di Malaysia.
Anda boleh melayari laman sesawang bank berkenaan untuk melihat sendiri laporan tahunan yang dikeluarkan oleh institusi bank berkaitan.
Sekiranya anda masih tidak berpuashati, panel galakkan agar anda berjumpa dan berbincang dengan pegawai perhubungan awam di Bank Islam tersebut.Panel yakin segala kemusykilan dan masaalah yang membelenggu anda selama ini akan dapat dirungkai/dijelaskan secara terperinci.Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment