Monday, May 14, 2012

Hukum Menderma Dan Menerima Mani Orang Lain

Soalan

Adakah hukum berzina boleh dikenakan ke atas mereka?

1) Seorang lelaki menderma maninya kepada perempuan lain yang bukan isterinya dan perempuan itu mengandung.
2) Seorang wanita mengandung hasil daripada mani yang didermakan oleh lelaki yang bukan suaminya.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukuman zina sebagaiman menurut al-Quran dan hadis ialah sebatan sehingga 100 kali. Kesalahan ini boleh disabitkan sekiranya ianya benar-benar berzina iaitu memasukkan anggota sulit lelaki ke dalam anggota sulit wanita yang bukan muhrim (tidak berkahwin)
Haram hukumnya sekiranya mana-mana wanita yang menerima derma air mani yang bukan dari suaminya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.
     
  2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.
     
  3. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

No comments:

Post a Comment