Tuesday, May 15, 2012

Kahwin Tanpa Restu

Soalan

saya ingin berkahwin dengan lelaki yang saya cintai tetapi mendapat tentangan daripada ibu bapa saya. semua keluarga pihak lelaki merestui perhubungan ini.saya mengajak ibu bapa saya bermusyawarah tentang hal ini tetapi mereka menolak sekeras-kerasnya. saya ada membuat solat istikharah dan telah mendapat petunjuk lelaki itu dalam mimpi saya. apabila keluarga lelaki ingin mengajak ibu bapa saya berbincang,ibu bapa saya enggan langsung berjumpa dengan mereka.apa yang patut saya buat?saya bingung..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Islam telah meggariskan panduan dalam pemilihan jodoh, seorang wanita juga berhak dalam menentukan siapa bakal suaminya. Dalam hal yang dihadapi jika benar-benar lelaki itu dirasakan layak menjadi suami seperti tidak meninggalkan puasa, solat atau sebagainya maka mintalah bantuan dari orang lain seperti bapa saudara, datuk atau mana-mana saudara yang rapat dengan ibu bapa saudari agar dapat membantu saudari.
Solat hajat berterusan tanpa putus asa dalam memohon agar dilembutkan hati ibu bapa saudari dalam menerima bakal suami saudari.
Sekiranya semua ini gagal,  perkara ini boleh terus dirujuk ke pejabat agama Islam yang berhampiran bagi mendapatkan perintah wali enggan, sekiranya bapa saudari tidak mahu menjadi wali.
Walaubagaimanapun, panel tetap menasihatkan agar saudari berusaha bersama bakal suami   untuk mengambil hati ibu bapa seterusnya restu dalam mendirikan rumah tangga.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment