Soalan
assalammualaikum
saya dulu menggemari makanan rringan seperti snickers..
tapi sekarang banyak khabar angin daripada laman sesawang mengatakan makanan tersebut dicemari oleh bahan terlarang oleh islam seperti lemak khinzir.
sekiranya ianya haram dimakan,mengapa makanan tersebut tidak diwar-warkan untuk mereka mengawasi makan minum mereka.selain itu minta tolong war-warkan makanan ringan yang mempunyai kandungan haram di surat-surat khabar berita dan lain2 media cetak ..sekian..

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, mengenai persoalan halal
dan haramnya produk makanan yang terdapat di pasaran di negara ini,
pihak halal JAKIM telah menjalankan tugasannya dengan menguatkuasakan
segala terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam APD 2011.
Dari itu, untuk anda kenali produk makanan yang telah diakui kehalalannya, sila pastikan terdapat padanya Logo Halal Malaysia.
Jika produk makanan tersebut telah terdapat Logo Halal Malaysia, ini bermakna ia adalah produk makanan yang halal dan boleh diambil oleh orang Islam tanpa rasa ragu dan was was.
Mengenai dakwaan yang terdapat di internet, kesemua dakwaan tersebut adalah diragui dan tiada kebenarannya.
Di samping itu, selain daripada Logo Halal Malaysia, terdapat juga beberapa logo halal daripada beberapa buah negara yang lain yang turut diakui oleh JAKIM. Sila layari laman sesawang Halal untuk mengetahuinya. Alamat laman sesawang halal JAKIM; www.halal.gov.my.
Melaluinya juga anda boleh dapatkan maklumat terkini mengenai segala isu halal dan senarai produk yang halal di negara ini.
Segala kemusykilan yang timbul dalam persoalan halal, sila hubungi talian; 03 83150200.
Walaupun semua produk makanan di negara ini tidak diwajibkan untuk memaparkan logo halal pada produk makanan masing-masing, namun para pengguna Islam dinasihatkan supaya mengutamakan produk makanan yang mempunyai Logo Halal Malaysia dan meninggalkan produk-produk yang tidak mempunyai logo halal tersebut. Hal ini adalah sebagai satu kaedah yang boleh digunakan di dalam mengenal pasti status halal produk tersebut.
Para pengguna Islam juga dinasihatkan supaya tidak mudah menerima maklumat daripada laman sesawang yang tidak berautoriti. Elakkan daripada mempercayai berita-berita yang tidak berasaskan kepada bukti yang kukuh dan sah melalui laman web tersebut. Sila dapatkan maklumat mengenai produk halal di laman sesawang Halal JAKIM sebagaimana di atas. Semoga anda beroleh maklumat yang berguna melalui laman sesawang tersebut. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment