Tuesday, May 29, 2012

Adakah Wajib Taat?

Soalan

Saya ialah seorang anak yatim sudah baligh.Emak saya sudak meninggal dunia.Dalam hal ini adakah saya perlu taat pada bapa saya dan jika ya atau tidak tolong jelaskan sebabnya?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Seorang anak  yang sah taraf adalah berkewajipan untuk taat kepada kedua ibubapanya.Dalam sebuah hadis baginda SAW ada menjelaskan tentang status kedua ibubapa yang bermaksud:
''Wahai Rasulullah kepada siapakah sepatutnya aku berbuat baik, lantas dijawab oleh baginda, kepada ibumu,kemudian selepas itu,lalu dijawab oleh baginda lagi kepada ibumu,kemudian selepas itu,terus baginda menjawab kepada ibumu dan kemudian baharulah kepada bapamu".
Berdasarkan hadis ini jelas kita perlu taat dan berbuat kebaikan kepada ibu kita termasuk juga kepada bapa kita selagi mana mereka tidak menyuruh kita  melakukan  kemaksiatan (maksud al-hadis).
Justeru sebagai anak, panel nasihatkan agar anda taat kepada bapa anda selagi mana beliau tidak mendorong @ menyuruh kita untuk melakukan maksiat.
Cuba anda fikirkan dengan akal yang waras, siapalah diri kita  yang sebenarnya?oleh kerana merekalah kita dapat lihat bulan dan matahari dan lahir sebagai insan  sempurna dan mulia di dunia ini.
Panel syorkan agar anda bermuhasabah banyak-banyak ,mudah-mudahan dengan berkat keredaan mereka, kita diluaskan rezki,dipermudahkan akhir hayat seterusnya dimendapat laluan VVIP di akhirat kelak.Wallahu a'alm.

No comments:

Post a Comment