Soalan
Assalamualaikum..suami tidak pernah memberi nafkah zahir lebih dari 4
bulan kerana tidak bekerja dan nafkah batin hampir 2 thn wpun masih
sebumbung wpun diminta.alasanny penat wpun tidak bkerja.soalan sy, jika
sy ingin melakukan puasa sunat perlukah sy minta keizinan suami?jika sy
melakukan juga,adakah puasa sy diterima Allah?
Bagaimana pula jika suami tidak tinggal sebumbung, perlu pinta keizinan juga untuk berpuasa samada puasa ganti or sunat.Terima kasih.

Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Puasa wajib seperti puasa ganti, puasa nazar tidak perlu meminta keizinan dari suami kerana ia bersangkutan dengan perkara wajib yang menjadi perintah Allah swt.
Puasa sunat adalah perkara yang dituntut untuk dilakukan. Walau dalam keadaan apa sekalipun jika tinggal sebumbung adalah menjadi kewajipan kepada si isteri untuk memaklumkan atau meminta keizinan dari suami untuk melakukan puasa sunat. Ini kerana mentaati perintah suami adalah wajib dari berpuasa sunat.
Sekiranya suami telah melakukan atau membaca lafaz taklik kepada isteri sejurus selepas akad nikah dahulu, berkenaan tidak memberi nafkah batin lebih dari 3 bulan maka puan boleh terus merujuk kes ini dengan segera ke mahkamah syariah yang berhampiran untuk maklumat yang lebih lanjut.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment