Soalan
adakah wajib suami akikahkan untuk isteri yang masih hidup, semasa kecil kedua ibu dan bapanya tidak mampu utk membuat akikah.
Jawapan
Waalaikumussalam,
Panel ingin memperbetulkan tentang hukum melaksanakan akikah bagi bayi orang-orang Islam.Hukum membuat akikah itu bukannya wajib TETAPI SUNAT MUAKKAD (YANG SANGAT-SANGAT DITUNTUT)bagi ibu bapa atau penjaga bayi itu yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan.
Masa yang dituntut ialah pada hari ke 7 kelahiran anak,jika tidak mampu dibuat pada hari ke 14,jika tidak mampu hendaklah dibuat pada hari ke 21 dan begitulah seterusnya sehinggalah anak tersebut sampai umur baligh.Selepas daripada itu tuntutan hukum sunnat tersebut telah gugur daripada tanggungjawab kedua ibubapa dan ia berpindah kepada anak itu sendiri.
Soalnya sekarang jika anak tersebut telah mempunyai kerja dan pendapatan sendiri bolehlah ia melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri .
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,oleh kerana bapa si isteri tidak mampu untuk membuat akikah untuknya semasa kecil disebabkan ketidakmampuan kedua-dua ibubapa MAKA sekarang tuntutan itu telah berpindah kepada anak itu sendiri dan bukan kepada suami (walaupun beliau telah berkahwin).
Perlu panel diingatkan bahawa amalan ini hanya sunat sahaja dan bukannya wajib iaitu buat dapat pahala dan jika ditinggalkan tidak dapat pahala sunat yang telah diperkenalkan oleh baginda saw.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment