Monday, May 14, 2012

Aqiqah Untuk Anak Lelaki

Soalan

Assalamualaikum..... Saya ingin bertanya sekiranya kita tidak berkemampuan membeli dua ekor kambing untuk aqiqah anak lelaki yang baru dilahirkan cukupkah dengan seekor kambing sahaja?

Harpa dapat penjelasan dari pihak tuan. Sekian terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Walaupun yang afdhal bagi anak lelaki adalah dua ekor kambing, namun seekor kambing juga adalah mencukupi untuk melaksanakan tuntutan Aqiqah tersebut.
Mudah-mudahan dengan terlaksananya Aqiqah untuknya, anak anda akan membesar dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dan juga  terus dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”.
(Hadith riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)

Semoga dengan terlaksananya Aqiqah tersebut juga sunah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dapat dihidupkan dan terus disuburkan di dalam masyarakat kita. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment