Soalan
saya ada s'org rakan bukan islam dan dia telah memberi pakaian yg telah
dipakai olh mereka.Adakah saya perlu meyamak pakaian -pakaian itu???
saya telah meneliti bahawa semua pakai itu bersih....tetapi wujud
perasaan was-was.....ustaz tolong jelaskan.....
Jawapan
Waalaikumussalam,
Dalam kaedah fekah Islam menjelas: Al-Yakin la yuzalu bissaqi
Bermaksud: Keyakinan itu tidak boleh ditewaskan oleh perasaan ragu
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,pemberian pakaian oleh orang yang bukan berugama Islam kepada orang yang berugama Islam itu hukumnya harus diterima.Sekiranya pakaian itu telah bersih tidak perlu disamak kecuali jika semasa pemberian pakaian tersebut ia masih basah dan terdapat tanda-tanda /kesan-kesan yang mencurigakan umpamanya terkena kuah babi atau tahi anjing maka ketika itu bahrulah anda samak bagi tujuan untuk menyucikannya.
Oleh kerana anda masih berasa was-was,panel nasihatkan adalah lebih baik jika anda samak pakaian itu untuk menghilangkan keraguan tersebut.Perkara ini adalah berdasarkan kaedah fekah yang panel kemukakan di awal perbincangan ini.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment