tag:blogger.com,1999:blog-49799051359329950982024-03-15T15:34:21.528+08:00Info Panduan Hukum Hakam IslamUnknownnoreply@blogger.comBlogger1816125tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-31448967547004617342014-04-26T12:34:00.002+08:002014-04-26T12:37:18.857+08:00Bakteria Dalam Najis Bayi

SOALAN :

"Sekiranya sumber
bakteria itu adalah bukan dari najis bayi (sumber lain), perlukah
mengalami proses pengasingan dan penyucian?..."

JAWAPAN :

Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, petikan fatwa tersebut adalah bermaksud setiap alkohol yang terhasil diharuskan untuk tujuan minuman sekiranya ia terhasil bukan melalui proses pembuatan arak, bukan niat menghasilkan arak dan dalam kuantiti kurang 1%. Perlu diingat juga, Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. Manakala isu bakteria baik adalah perkara yang berbeza. Jika bakteria terhasil secara semula jadi atau proses tertentu daripada haiwan atau tumbuhan, maka ia diharuskan melainkan ia datang dari benda najis seperti babi dan anjing. Bakteria dari babi dan anjing adalah haram digunakan dan tidak boleh disucikan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal: http://www.halal.gov.my/v3/ Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam

Unknownnoreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-57187243882494356302014-04-26T12:33:00.001+08:002014-04-26T12:33:23.624+08:00Isteri Keluar RumahSOALAN :

"apa hukum isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami..."

JAWAPAN :

Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, jika sekiranya isteri keluar rumah tanpa pengetahuan dan izin suaminya untuk tujuan maksiat dan melakukan perkara sia-sia, maka hukumya adalah dilarang oleh agama dan berdosa. Ia dibenarkan keluar kerana tujuan tertentu seperti untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan sebarang ancaman yang lain. Demikian juga dibenarkan isteri keluar rumah untuk mempelajari ilmu yang wajib (fardu ain) dalam agama sedangkan di rumahnya tidak disediakan kelas tersebut sama ada oleh suaminya sendiri atau dengan memanggil orang lain ke rumahnya yang merupakan tugas dan tanggungjawab suami terhadap isterinya sendiri. Adapun tujuan yang tidak perlu seperti keluar menziarahi kawan atau ke pasar atau bersiar-siar ia adalah dilarang keras oleh agama. Begitu juga membawa orang lain ke dalam rumah tanpa kebenarannya (suami). Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini tanpa disedari. Begitu juga isteri boleh keluar rumah untuk ke mahkamah/pejabat agama bagi tujuan membuat pengaduan kepada qadhi tentang masalah keluarganya, maka ia dibolehkan pada syarak. Wallahua'lamUnknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-69222423340431793342014-04-26T12:25:00.001+08:002014-04-26T12:31:33.931+08:00Darah kepada non muslim SOALAN:

"Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum menderma darah kepada non-muslim?..."

JAWAPAN :

Assalamualaikum
w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah
membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang
Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Menderma darah hukumnya harus.
2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan
Islam
3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak
digalakkan.
Keterangan/Hujah:
1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang
menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan
sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini.
Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira
sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah,
antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam
iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah
umum ke atas maslahah khusus”.
2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih
sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang
pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada
kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya
Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan
mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain
untuk perubatan seperti berikut:
“Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak,
dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa
untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat
dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang
kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang
doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua
ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda
yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci
(ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang
doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa
seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari
seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak
melakukan demikian”.
5. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah
Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”.
Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas
kamu sebarang kesukaran di dalam agama”.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa:
http://www.e-fatwa.gov.my/
Wallahua'lam
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-75005906679271692302014-01-08T09:32:00.002+08:002014-01-08T09:32:10.052+08:00Suami Pemalas Tidak Mahu Kerja Dan Membantu Isteri

Soalan

Salam Ustaz,Saya telahpun berkahwin dengan suami selama 10 tahun lebih
dikurniakan anak seramai 5 orang Selama 7 tahun ini saya lah yang
berkerja untuk menanggung perbelanjaan anak-anak dan suami. Suami saya
sangat baik ustaz cuma dia sangat pemalas dimana sejak kebelagkangan ini
saya rasa sakit hati dan benci apabila saya menyuruhnya mencari
perkerjaan dia akan marah. Bahkan suami bukan saja malas untuk berkerja
malah malas untuk membantu saya dalam perkerjaan rumah.Bolehkh saya
menuntut cerai

Jawapan

Waalaikumualam,

Suami wajib mencari rezki untuk isteri dan anak-anak di bawah
tanggunganya.Pengabaian tugas dan tanggungjawab ini merupakan suatu dosa
jika tidak laksanakan suami wajib kada' balik peranan dan tanggungjawab
tersebut.

Anda boleh buat pengaduan perkara ini ke pejabat agama islam yang
berhampiran denagn tempat tinggal anda untuk diambil tindakan yang
sewajarnya seperti beri nasihat dan khidmat bimbngan berhubung dengan
masalah yang dihadapi.

Sekiranya tidak berjaya setelah pelbagai usaha dijalankan baharulah
anda memohon untuk berpisah melalui mahkamah syariah.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-75197097701952970962014-01-08T09:31:00.007+08:002014-01-08T09:31:52.715+08:00Ada Kah Mandi Hadas Saya Sah

Soalan

As-salam. Saya ingin tanya kalau selepas mandi hadas, saye mahu
membersih tubuh saya dan tibe2 ada air keluar dari kemaluan saya. Ada
kah saya harus mandi hadas lagi? Ada kah mandi hadas saya tidak sah.
Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,

Mandi wajib anda tetap sah ,dalam waktu yang sama,ia cuma membatalkan
wuduk anda sekiranya anda telahpun mengambil/mengangkat wuduk.Jadi anda
tidak perlu ulangi mandi wajib sebaliknya anda perlu mengambil wuduk
baharu.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-79184228375755906132014-01-08T09:31:00.003+08:002014-01-08T09:31:28.689+08:00Berkerja Dengan Tangan Kiri

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya bekerja dengan tangan kiri sejak dari kecil contoh nya menulis,
Dalam hal2 ibadat saya menggunakan atau mendahulukan tangan kanan.

Soalan: Adakah hasil dari berkerja tangan kiri tidak berkat,berdosa atau haram ?

Mohon penjelasan dari ustaz

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,

Nabi Muhammad saw menjelaskan, yan bermaksud:

Janganlah kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri,ini kerana syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri.

Berdasarkan mafhum hadis ini jelas,bahawa tabiat syaitan itu sentiasa
mendorong umat islam supaya terperangkap dengan jerat yang
dipasang.Jika anda sudah ikut tabiat syaitan,ia akan rasa bangga dan
seronok,KECUALI JIKA TANGAN ANDA KUDUNG ATAU TERPOTONG DI SEBELAH
KANAN,maka ketika itu diharuskan untuk anda menggunakan tangan yang ada
walaupun kiri atas dasar keperluan.Perkara ini amat berbeza dengan
keadaan yang anda ceritakan.

Perlu panel tegaskan biasakanlah,melaksanakan sesuatu itu ikut tangan
kanan dan didik serta ajarlah yang betul ikut sunnah baginda saw.Jika
dah buat baru boleh bicara tentang berkat,kerana ia melibatkan tabiat
musuh manusia iaitu syaitan.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-60987059519579077302014-01-08T09:31:00.000+08:002014-01-08T09:31:04.679+08:00Persoalan Mengenai Mandi Wajib

Soalan

salam. saya ada kemusykilan. saya mandi biasa tanpa sabun. cuma ratakan
air. selepas itu, saya ada terbaca yang saya perlu niat sebelum mandi
wajib, saya sudah niat, selepas tu saya terbaca juga, yang saya perlu
niat serentak dengan siraman pertama mandi wajib. saya terlupa untuk
niat pada siraman pertama. jadi bagaimana ya?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Mandi wajib anda itu dikira sah jika anda lakukan tiga/3 rukun mandi wajib iaitu

1. Niat mandi wajib/angkat hadas besar

2. Membersihkan segala najis dan kekotoran yang terdapat pada seluruh tubuh badan

3. Meratakan air mandian wajib keseluruh tubuh badan.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda belum berniat
maknanya mandi wajib anda berlum bermula dan tidak sah.Mandi wajib anda
bermula setelah anda berniat serentak dengan siraman air mandian wajib
tidak kira,asalkan anda berniat dan waktu yang sama anda siram air
mandian di atas kepala.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-27530073622068637932014-01-08T09:30:00.007+08:002014-01-08T09:30:41.417+08:00Perlukah Haji Dan Umrah Jika Ada Cara Lain Untuk Dptkan Pahala Seperti Melakukan Haji Dan Umrah?

Soalan

"Sesiapa yang solat fajar secara berjamaah kemudian ia duduk berzikir
/mengingati Allah SWT sehingga terbit matahari selepas itu ia
mengerjakan sembahyang sunat 2 rakaat,adalah baginya pahala seperti
pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah dengan cara yang sempurna
sebanyak 3 kali.Hadith sahih riwayat Tirmizi m.s. 1086 hadith 6346.

A) Perlukah kita utk kerjakan haji dan umrah jika sudah ada cara lain
utk mendapatkan pahalanya dan bagi yg sudah melaksanakannya perlukah
untuk kedua kalinya?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Melaksanakan haji itu merupakan rukun islam yang kelima.Ia mesti
dilaksanakn di Baitullah iaitu di Makkahtul Mukarramah.Malah tidak sah
dilakukan atas sejadah sahaja.Dalam hadis itu cuma menyamakan pahala dan
bukannya perlaksanaan amalan yang sejati dan realiti yang sepatut dan
sewajar dilaksanakan oleh seorang islam.

Jadi anda kena lakukan secara praktikal @amali dan bukannya teori hanya
atas sejadah.Sempurnakan haji dengan melaksanakan 6 rukunya dengan baik
dan teratur.Baharulah rukun islam anda sempurna sebagaimana yang
ditegaskan oleh syarak.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-76271606799297527602014-01-08T09:30:00.003+08:002014-01-08T09:30:12.862+08:00Konflik Solat Subuh,adakah Patut Diqadhakan Atau Lain Lain

Soalan

Saya perlu ke sekolah dgn menggunakan van lebih awal dari solat subuh jd macam mana saya nak menunaikan solat subuh?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Terdapat dua pilihan untuk anda laksanakan solat iaitu

1.Solat dalam van dengan syarat anda sudah berwuduk sama seperti solat dalam kapalterbang

2. Melaksanakn solat sesampainya di sekolah jika waktu masih ada.

Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-89980641330531539782014-01-08T09:29:00.007+08:002014-01-08T09:29:47.707+08:00Terkucil Dalam Solat

Soalan

Assalamualaikum , ketika saya lepas solat , saya ada menghidu seluar
dalam saya , saya ada bau air kencing di seluar dalam saya , ketika
solat tu saya ada rasa macam keluar air kencing tapi saya teruskan juga
solat kerana anggap itu was was saya. kemudian saya ulangi kembali solat
saya dan air masih tetap keluar? adakah ini dikira kencing tidak lawas ?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Sekiranya itu merupakan kencing tidak tus/lawas ulamak fekah
mengesyorkan agar anda pastikan waktu telah masuk bersihkan kemaluan
anda kemudian bungkus lepas itu ambil wuduk dan terus solat tanpa perlu
lakukan solat sunat sebelum atau selepas.Sekali wuduk hanya mampu
lakukan satu solat fardu sekali sahaja.Wallaahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-1993348367912983362014-01-08T09:29:00.004+08:002014-01-08T09:29:26.403+08:00Larangan Banyak Ketawa

Soalan

Salam, kenapa umat Islam tak boleh banyak ketawa? Apakah sebab dan akibat daripada banyak ketawa?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Menurut hadis nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud,

Janganlah kamu banyak ketawa,ini kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati

Sebenarnya bukan tidak boleh ketawa sebaiknya jangan sampai
terbahak-bahak sehingga lupa dunia .Jika ketawapun jangan sampai
terbahak-bahak/terbatuk-batuk.Jika banyak ketawa akan memalapkan hati
seseorang sehingga hatinya malap dan gelap untuk menerima ajaran Islam.

Oleh itu perlu dihadkan/bataskan ketika ketawa ingat pesan dan larangan Rasulullah saw.Wallahu a,lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-14530936202502625792014-01-08T09:29:00.001+08:002014-01-08T09:29:07.851+08:00Pernikahan Anak Tidak Sah Taraf

Soalan

Seorang anak perempuan yg tidak sah taraf (ibu bapanya bernikah selepas 3
bulan mengandongkan anak merika) bakal berkahwin. Apakah sepatutnya di
lakukan bagi mengatasi permasaalahan berikut :-

1. Anak gadis perlu dinikahkan oleh Wali Hakim - Ya/Tidak

2. Dalam Ijab & Qabul, nama anak gadis di bintikan Abdullah - Ya/Tidak

3. Bagi kebaikan utk semua pehak, bolehkan Ijab @ Qabul di bintikan Abdullah @ Rosli (Nama bapa anak gadis yg telah meninggal)

4. Apakah yg perlu bagi mengatasi nya.

Jawapan

Waalaikumusalam,

1.Anak tidak sah taraf perlu dinikahkan oleh wali hakim dan bukannya lelaki yang menyebabkan ibuna hamil.

2.Dalam pernikahan nanti anak perempuan itu perlu dibintikan kepada
nama ibunya,ini yang rasulullah saw suruh dan bukannya pandai-pandai
manusia membintikan kepada lelaki yang mengakibatkan ibunya
mengandungi.Jika tahu malu kenapa tidak ikut ugama supya nikah dahulu
sebelum berjimak.Mungkin perkara ini akan mengaibkan ibunya tetapi
dibolehkan untuk membintikan kepada asmaul husna atau
Abdul....Rahman/Razak.

3.Untuk kebaikan ugama dan bukan untuk berselindung dengan tragedi eluk
gunakan nama asmaul husna atau abdul....rahim/latiff dan bukannya
menggunakan nama lelaki yang telah membuatkan ibunya aib.

Perlu panel tegaskan takutlah kepada aib Allah di akhirat kelak yang
tiada tempat untuk berlindung dan susah hendak sorok muka,malu di dunia
hanya seketika dan keluarga boleh main wayang tetapi akhirat Allah akan
bongkar tanpa berselindung.Mana hendak dahulukan aib di dunia atau ikut
Suruhan Nabi Muhammad saw? Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-16082786119703677352014-01-08T09:28:00.006+08:002014-01-08T09:28:38.484+08:00Sembahyang Subuh Dan Qhada Subuh

Soalan

Assalamualikum ustaz,

Mengikut amalan ,Tiada lagi sembahyang salepas sembahyang subuh dan Sembahyang Dhuha salepas terbit matahari.

Soalan: Bagaimana kita nak sembahyang qhada(ganti)fardu subuh jika tak sempat tunai sabelum sembahyang subuh ?

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,

Kada' solat subuh dibenarkan pada waktu selepas solat subuh.Ini kerana
ianya bersebab,sama juga jika anda solat jenazah selepas waktu
subuh,jika ikut hukum fekah memang tidak boleh tetapi disebabkan solat
itu bersebab maka ia diharuskan/dibolehkan.Begitu juga dengan solat
kada' subuh selepas waktunya.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-87330163969259540942014-01-08T09:28:00.003+08:002014-01-08T09:28:21.602+08:00Persoalan Mengenai Pernikahan

Soalan

assalamualaikum.

saya ingin bertanya, sya memiliki seorang teman perempuan yg
istimewa,kami telah melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya (zinah)
tapi kami lakukan semua itu dengan suka rela, tapi sya belum siap
menikahi dia karena saya belum bisa memberi nafkah kepadanya, namun sya
akan meminta ijin kepada kedua orang tua kami untuk melamarnya dengan
alasan kalau kami telah melakukan (zinah) tersebut, dan saya berjanji
akan menikahinya setelah tamat kuliah.apakah itu boleh di lakukan ??

Jawapan

Waalaikumusalam,

Hukum berzina sebelum berkahwin secara sah itu adalah haram.Justeru
anda kena bertaubat nasuha kepada Allah SWT dengan kadar segera, iaini
dengan sungguh-sungguh.

Panel syorkan agar anda berdua segera uruskan untuk bernikah dan jangan
tunggu habis kuliah.Ini kerana anda telah melanggar hukum Allah.Panel
nasihatkan agar anda gunakan otak yang waras ketika belajar dan
bukannya menggunakan otak yang cetek apabila berhadapan dengan nafsu
serakah.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-7668115621914735092014-01-08T09:27:00.007+08:002014-01-08T09:27:53.941+08:00Hukum Perkahwinan Tanpa Restu Ibubapa

Soalan

Assalamualaikum..disini sy ingin bertanya , adakah berdosa jika pasangan berkahwin tanpa restu ibubapa?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Rukun nikah itu ada lima iaitu

1.Pengantin lelaki

2.Pengantin perempuan

3.Wali

4.Dua saksi

5.Sighah ijab dan kabul

Restu ibubapa itu penting untuk mendapat kerahmahmatan,lagipun tidak
sah kahwin jika wali pernikahan tersebut memang ayah kepada pengantin
perempuan.Justeru janganlah dek mabuk cinta dan kasih sayang maka kedua
ibubapa yang telah membesarkan anda berdua ditendang jauh-jauh.Apakah
ini kesudahan mereka setelah dididik dan dibesarkan anda berdua.Tolong
mohon restu mereka demi kerukunan rumahtangga yang dibina.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-4343352636859723062014-01-08T09:27:00.003+08:002014-01-08T09:27:31.100+08:00Kakak Menghalang Perkahwinan

Soalan

assalamualaikum..sy dn psgn ingin bkhwin.sy msih belajar..kmi mmtuskn
utk bkhwin kerana ingin mjga khormatan kami.ign mjga agma kmi..kluarga
sy m'izinkn utk kmi bkhwin dn ibu bkal suami mrstui pkhwinan ni..psngn
sy bkmpuan dn mmpunyai pndptn serta tdk pnh m'abaikn tggjwbnya thdp
ibunya.istkharah tlh dlakukan n hati tng utk bkhwin...apakah hukum
kakaknya mhlg pkhwinan kami sdgkn. niat kami utk bkhwin adlh ingin
ikatan y sah demi mnjga khormatan dn agama kami?perlukh sy mneruskn
pkhwinnan ini?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Anda perlu teruskan perkahwinan bagi mengelakkan pergaulan dalam
keadaan haram.Tambahan pula kedua belah ibubapa telah merestui .Dalam
islam pergaulan menjadi halal jika ada ikatan pernikahan yang
sah.Justeru teruskan niat anda demi untuk mengelakkan murka
Allah.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-67161259330752062602014-01-08T09:26:00.007+08:002014-01-08T09:26:51.783+08:00Suami Menghalang Masuk Islam

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yang harus seorang isteri lakukan
jika dia berminat dengan Islam dan ingin memeluk agama Islam tetapi
dihalang oleh suaminya?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian dakwah di jabatan agama
islam negeri .Ini bertujuan untuk mengetahui dan diberi taklimat
berkaitan dengan agama Islam secara menyeluruh.

Sekiranya tidak jadi keberatan, anda boleh mohon untuk mengikuti kelas
permulaan berkaitan ugama Islam serta hukum asas, yang diajar oleh
guru atau kakitangan di jabatan berkenaan.

Setelah anda yakin dengan ugama islam dan hal-hal yang berkaitan dengan
ibadat dan hukum, baharulah anda zahirkan untuk memeluk agama Islam.

Setelah memeluk Islam , diri anda akan dilindungi oleh undang-undang
Islam,anda kena ceritakan kepada pegawai yang mengislamkan diri anda
tentang halangan dan ancaman daripada suami jika anda telah masuk
Islam.Pihak berkuasa agama akan mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya untuk lindungi diri anda daripada sebarang ancaman daripada
bekas suami anda.Dengan syarat anda jangan tergesa-gesa masuk islam,apa
yang penting kena belajar dahulu setelah yakin baharulah masuk.terima
kasih.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-45363254455107865542014-01-08T09:26:00.003+08:002014-01-08T09:26:18.428+08:00Hukum Khawin Tanpa Sijil Kursus Kahwin

Soalan

assalammualaikum. saya ingin tahu, apakah hukum orang berkhawin tanpa
sijil khursus kahwin? tapi ia masih cukup syarat seperti wali 2saksi.
ijab dan qabul. adakah ia masih sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Hukum berkahwin tanpa sijil pra perkahwinan tetap sah.Walau
bagaimanapun pada pandangan panel adalah lebih baik berkahwin dengan
mengikuti kursus pra perkahwinan.Ini kerana terdapat banyak manfaat
tentang peranan suami isteri dari aspek keugamaan yang merangkumi
akidah,syariah dan akhlak, termasuk juga sistem mengurus kewangan
keluarga,hukum hakam berkaitan perkahwinan dan hal-hal yang berkaitan
dengan kesihatan keluarga dan pasangan.

Selaras dengan ini,melalui kursus ini, amat bermakna kepada mana-mana
pasangan, yang pernah mengikuti kursus ini mereka telah ada persediaan,
dari segi mental,spritual termasuk info berkaitan dengan ilmu
perkahwinan,ilmu,sistem kewangan,kesihatan berbanding dengan pasangan
yang tidak pernah mengikuti kursus pra perkahwinan.Di samping itu ia
juga dapat mengurangkan berlakunya masalah rumahtangga yang
mengakibatkan perceraian.Wallahui a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-84247996239205641102014-01-08T09:25:00.007+08:002014-01-08T09:25:46.469+08:00Mandi Wajib Dalam Keadaan Luka

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sedikit tentang mandi wajib. Sah
atau tidak kalau kita mandi wajib tetapi ada luka luka sedikit di
anggota badan, sedangkan kita dah ratakan air di seluruh anggota badan.
Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,

Rukn mandi wajib itu ada tiga perkara iaitu

1.Niat mandi wajib

2.Membersihkan najis dan kekotoran yang terdapat pada tubuh badan

3.Meratakan air mandian keseluruh tubuh badan

Sekiranya terdapat luka sekalipun,mandi wajib yang anda kerjakan tetap
sah,cuma yang perlu anda lakukan ialah membersihkan luka tersebut
semasa mandi sedang dilaksanakan.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-30018935510782783922014-01-08T09:25:00.003+08:002014-01-08T09:25:27.828+08:00Golongan Yang Tidak Berhak Membayar Zakat.

Soalan

Assalamualaikum wbt.Bolehkah diterangkan adakah golongan yang tidak
berhak membayar zakat,sebelum ini tidak pernah terfikir tetapi ada
seseorang itu bertanya kepada saya.mohon penjelasan.

Jawapan

Waalaikumusalam,

Terdapat beberapa golongan yang tidak wajib mengeluarkan zakat iaitu

1.Kanak-kanak

2.Orang yang tidak merdeka/tidak bebas/terpenjara

3.Golongan fakir

4.Orang miskin

5.Ibubapa/anak yang tidak mempunyai pendapatan tetap iaitumereka dalam kategori tidak mampu

6.Orang yang muflis/isytiharkan bengkrap

Wallahu a'lam

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-34205337373256821402014-01-08T09:24:00.005+08:002014-01-08T09:24:45.055+08:00Berdosa Tak Kalau Melayani Bisikan Was Was?

Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah berdosa jika melayani bisikan2 waswas syaitan?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Dalam surah an Nas dinyatakan bahawa syaitan dengan jelas sentiasa
berusaha untuk menjadikan manusia dalam keadaan was-was atau
ragu-ragu.Justeru disarankan agar anda dapat menghindarkan daripada
menjadi saudara syaitan dengan menjadikan ayat-ayat alQuran sebagai
kaedah terbaik untuk menghalang daripada perasaan ragu-ragu tersebut.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda tahu itu merupakan
kerja syaitan dan anda sengaja ikutkan tanpa berusaha untuk
menghindar/menghalangnya maka anda telah berdosa.Justeru bertindak bijak
dengan mengamalkan ayat alQuran untuk menghalang perasaan was-was
tersebut daripada terus sebati dalam diri anda.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-75818551611116922722014-01-08T09:24:00.001+08:002014-01-08T09:24:12.046+08:00Wajib Kena Qurban Tiap Tiap Tahun

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Soalan : Adakah wajib Setiap Tahun kena buat Ibadah Qurban jika berkemampuan ?

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,

Hukum berkorban setiap tahun mengikut imam shafie ialah sunat
muakkad/iaitu yang sangat-sangat dituntut bagi yang mampu dari segi
kewangan dan rezki yang lebih.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-31060949269228591372013-12-21T16:18:00.005+08:002013-12-21T16:18:42.207+08:00Nanah Dan Jerawat

Soalan

Assalamualaikum , adakah nanah dan darah membatalkan wuduk?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Nanah dan darah tidak sesekali membatalkan wuduk,cuma yang perlu andabasuh dan bersihkan.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-82465311544592122542013-12-21T16:18:00.002+08:002013-12-21T16:18:17.151+08:00Doa Iftitah Dalam Solat Sunat Mahupun Dalam Solat Wajib

Soalan

assalamualaikum saya ingin bertanya doa iftitah hukumnya adalah sunat.
bermakana apabila melakukan solat sunat atau pun solat fardhu
wajib.tidak membaca doa iftitah maka sah solatnya?

Jawapan

Waalaikmusalam,

Baca doa iftitah itu bukannya rukun solat ia cuma sunat sahaja,iaitu
jika baca dapat pahala jika tidak baca solat tetap sah cuma anda tidak
dapat pahala sunat sahaja.Wallahu a'lamUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4979905135932995098.post-54321568937485336382013-12-21T16:17:00.006+08:002013-12-21T16:17:40.947+08:00Menjawab Salam Yang Diberi Melalui Rakaman

Soalan

As salamu alaikum... sekiranya kita mendengar salam dari rakaman video
yang diulang tayang berkali-kali, perlukah kita menjawabnya setiap kali
mendengar salam itu? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,

Anda harus menjawab salam walaupun dalam bentuk rakaman.Wallahu a'lam.

Unknownnoreply@blogger.com0