Tuesday, May 22, 2012

Persandingan Serentak Antara Adik Beradik

Soalan

salam...boleh kah mengadakan majlis persandingan serentak antara adik (perempuan) dengan abg kandungnye bersama pasangan masing???benarkah ada pendapat mengatakan salah satu pasangan tersebut akan ditimpa masalah rumah tangga???

Jawapan

Waalaikumussalam,
Ugama  Islam sentiasa menggalakkan  umatnya supaya mengamalkan sikap  sederhana dan jimat cermat.Justeru secara tidak langsung ia melarang sama sekali  umatnya daripada mengamalkan perbuatan pembaziran kerana sifat pembaziran itu adalah amalan syaitan.Hal ini tidak terkecuali ketika mengadakan walimah/kenduri kahwin.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadith ataupun bab-bab yang membicarakan tentang perkahwinan yang melarang adik-beradik kandung daripada mengadakan majlis secara serentak termasuk bersanding.Mereka beranggapan jika diadakan serentak maka salah seorang  daripada pengantin tersebut akan ditimpa musibah.
Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana mereka percaya dengan petua  yang diberikan  daripada orang tua-tua.Sedangkan petua tersebut bukannya suatu hukum yang pasti yang diambil sumbernya  daripada hadis dan  dan ayat-ayat al-Quran.Oleh hal yang sedemikian   dalam persoalan bersanding ini tidak terdapat sebarang nas dan ayat-ayat al-Quran yang melarang atau menegah  umat islam daripada melaksanakannya.
Perlu panel ingatkan berdasarkan hadis baginda saw yang bermaksud:
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang betul-betul kepadannya kamu tidak akan sesat selama-lama iaitu kitab(al-Quran ) dan hadis baginda saw."
Justeru panel syorkan agar anda rujuklah kedua-duanya kerana ia merupakan sumber perlembagaan dan hukum Islam yang hakiki.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment