Soalan
Assalamualaikum. satu hari saya marah melihat isteri saya keluar
menyidai baju di balkoni rumah dengan tidak bertudung dan berbaju
jarang. saya dah banyak kali tegur dan dia melawan 'dulu2 abg tak pernah
tegur pon'. maka pada hari itu, saya telah terlepas cakap 'kalau nk
cari lelaki lain, keluar la mcm tu lg.'
soalan nya:
1) adakah akan jatuh talak sekiranya dia keluar berpakaian mcm tu pada masa akan datang tak kira siang atau malam?
2) bagaimana saya nk tarik semula kata-kata saya itu?

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Jika anda niatkan kata-kata tersebut dengan talaq/menceraikan isteri anda, maka talaq akan terjatuh sekiranya dia keluar dari rumah dengan berpakaian seperti itu.
2. Kata-kata yang anda ucapkan tidak boleh ditarik semula. Ringkasnya, ia kekal sehingga perkara tersebut terjadi (ia adalah ta’liq).
Oleh itu, apabila terjadi dan terjatuhnya talaq (seperti yang anda niatkan), barulah tamat penguatkuasaan kata-kata tersebut.
Sila rujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah atau Mahkamah Syariah yang terdekat untuk dapatkan penjelasan lanjut mengenainya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment