Soalan
Assalaimulaikum, saya baru kematian ibu, adakah benar rumah tidak boleh di kosong kan selama 40 hari oleh ahli keluarga.
Terimakasih.
Terimakasih.
Jawapan
Waalaikumussalam,
Setelah diteliti dengan mendalam setakat ini tidak terdapat sebarang dalil yang kukuh untuk menthabitkan kenyataan anda yang mengatakan bahawa rumah yang kematian ibu tidak boleh dibiarkan kosong selama 40 hari.
Cuma apa yang banyak panel temui dalam artikel dan buku-buku berkaitan dengan pengurusan jenazah ialah ruh orang-orang yang mati akan sentiasa berulang-alik di angkasa kembali ke rumah ahli keluarganya bagi tujuan untuk melihat /meninjau sama ada mereka reda dengan kematian tersebut atau tidak?Andaikata ahli keluarga sudah mampu menerima kenyataan kematian dan mereka reda dengan kematian tersebut maka ruh itu akan terbang ke langit untuk disimpan di luh mahfuz.
Malah menurut pandangan pengamal ilmu rawatan Islam, rumah yang ditinggalkan terlalu lama ia akan mengundang kedatangan makhluk halus termasuk jin,jembalang,polong,pontianak dan sejenis dengan nya untuk menjadikan rumah kosong itu sebagai tempat baru bagi kediaman mereka.
Justeru bagi memulihkan keadaan itu perlulah ahli keluarga meninggalkan rumah kosong tersebut dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran terutama ayat kursi sama ada ketika mengunci dan membukanya kembali.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment