Saturday, April 26, 2014

Bakteria Dalam Najis Bayi

SOALAN :


"Sekiranya sumber bakteria itu adalah bukan dari najis bayi (sumber lain), perlukah mengalami proses pengasingan dan penyucian?..."

 

JAWAPAN :

 Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, petikan fatwa tersebut adalah bermaksud setiap alkohol yang terhasil diharuskan untuk tujuan minuman sekiranya ia terhasil bukan melalui proses pembuatan arak, bukan niat menghasilkan arak dan dalam kuantiti kurang 1%. Perlu diingat juga, Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. Manakala isu bakteria baik adalah perkara yang berbeza. Jika bakteria terhasil secara semula jadi atau proses tertentu daripada haiwan atau tumbuhan, maka ia diharuskan melainkan ia datang dari benda najis seperti babi dan anjing. Bakteria dari babi dan anjing adalah haram digunakan dan tidak boleh disucikan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal: http://www.halal.gov.my/v3/ Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam

 

Isteri Keluar Rumah

SOALAN :

"apa hukum isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami..."


JAWAPAN :

Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, jika sekiranya isteri keluar rumah tanpa pengetahuan dan izin suaminya untuk tujuan maksiat dan melakukan perkara sia-sia, maka hukumya adalah dilarang oleh agama dan berdosa. Ia dibenarkan keluar kerana tujuan tertentu seperti untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan sebarang ancaman yang lain. Demikian juga dibenarkan isteri keluar rumah untuk mempelajari ilmu yang wajib (fardu ain) dalam agama sedangkan di rumahnya tidak disediakan kelas tersebut sama ada oleh suaminya sendiri atau dengan memanggil orang lain ke rumahnya yang merupakan tugas dan tanggungjawab suami terhadap isterinya sendiri. Adapun tujuan yang tidak perlu seperti keluar menziarahi kawan atau ke pasar atau bersiar-siar ia adalah dilarang keras oleh agama. Begitu juga membawa orang lain ke dalam rumah tanpa kebenarannya (suami). Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini tanpa disedari. Begitu juga isteri boleh keluar rumah untuk ke mahkamah/pejabat agama bagi tujuan membuat pengaduan kepada qadhi tentang masalah keluarganya, maka ia dibolehkan pada syarak. Wallahua'lam

Darah kepada non muslim

 SOALAN:

"Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum menderma darah kepada non-muslim?..."

 JAWAPAN :

Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Menderma darah hukumnya harus. 2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam 3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. Keterangan/Hujah: 1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”. 2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan. 3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut: “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”. 5. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam

Wednesday, January 8, 2014

Suami Pemalas Tidak Mahu Kerja Dan Membantu Isteri

Soalan

Salam Ustaz,Saya telahpun berkahwin dengan suami selama 10 tahun lebih dikurniakan anak seramai 5 orang Selama 7 tahun ini saya lah yang berkerja untuk menanggung perbelanjaan anak-anak dan suami. Suami saya sangat baik ustaz cuma dia sangat pemalas dimana sejak kebelagkangan ini saya rasa sakit hati dan benci apabila saya menyuruhnya mencari perkerjaan dia akan marah. Bahkan suami bukan saja malas untuk berkerja malah malas untuk membantu saya dalam perkerjaan rumah.Bolehkh saya menuntut cerai

Jawapan

Waalaikumualam,
Suami wajib mencari rezki untuk isteri dan anak-anak di bawah tanggunganya.Pengabaian tugas dan tanggungjawab ini merupakan suatu dosa jika tidak laksanakan suami wajib kada' balik peranan dan tanggungjawab tersebut.
Anda boleh buat pengaduan perkara ini ke pejabat agama islam yang berhampiran denagn tempat tinggal anda untuk diambil tindakan yang sewajarnya seperti beri nasihat dan khidmat  bimbngan berhubung dengan masalah yang dihadapi.
Sekiranya tidak berjaya setelah pelbagai usaha  dijalankan baharulah anda memohon untuk berpisah melalui mahkamah syariah.Wallahu a'lam.

Ada Kah Mandi Hadas Saya Sah

Soalan

As-salam. Saya ingin tanya kalau selepas mandi hadas, saye mahu membersih tubuh saya dan tibe2 ada air keluar dari kemaluan saya. Ada kah saya harus mandi hadas lagi? Ada kah mandi hadas saya tidak sah. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi wajib anda tetap sah ,dalam waktu yang sama,ia  cuma membatalkan wuduk anda sekiranya anda  telahpun mengambil/mengangkat wuduk.Jadi anda tidak perlu ulangi mandi wajib sebaliknya anda perlu mengambil wuduk baharu.Wallahu a'lam.

Berkerja Dengan Tangan Kiri

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Saya bekerja dengan tangan kiri sejak dari kecil contoh nya menulis, Dalam hal2 ibadat saya menggunakan atau mendahulukan tangan kanan.
Soalan: Adakah hasil dari berkerja tangan kiri tidak berkat,berdosa atau haram ?
Mohon penjelasan dari ustaz

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nabi Muhammad saw menjelaskan, yan bermaksud:
Janganlah  kamu makan dan minum  menggunakan tangan kiri,ini kerana syaitan makan dan minum  menggunakan tangan kiri.
Berdasarkan mafhum hadis ini jelas,bahawa   tabiat syaitan itu sentiasa mendorong umat islam supaya terperangkap dengan jerat yang dipasang.Jika anda sudah ikut tabiat syaitan,ia akan rasa  bangga dan seronok,KECUALI JIKA TANGAN ANDA KUDUNG ATAU TERPOTONG DI SEBELAH KANAN,maka ketika itu diharuskan untuk anda menggunakan tangan yang ada walaupun kiri atas dasar keperluan.Perkara ini amat berbeza dengan keadaan  yang anda ceritakan.
Perlu panel tegaskan biasakanlah,melaksanakan sesuatu itu  ikut tangan kanan dan didik serta ajarlah yang betul ikut sunnah baginda saw.Jika dah buat baru boleh bicara tentang berkat,kerana ia melibatkan tabiat musuh manusia iaitu syaitan.Wallahu a'lam.

Persoalan Mengenai Mandi Wajib

Soalan

salam. saya ada kemusykilan. saya mandi biasa tanpa sabun. cuma ratakan air. selepas itu, saya ada terbaca yang saya perlu niat sebelum mandi wajib, saya sudah niat, selepas tu saya terbaca juga, yang saya perlu niat serentak dengan siraman pertama mandi wajib. saya terlupa untuk niat pada siraman pertama. jadi bagaimana ya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi wajib  anda  itu dikira sah jika anda lakukan tiga/3 rukun mandi wajib iaitu
1. Niat mandi wajib/angkat hadas besar
2. Membersihkan segala najis dan kekotoran yang terdapat pada  seluruh  tubuh badan
3. Meratakan air mandian wajib keseluruh tubuh badan.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda belum berniat maknanya mandi wajib anda berlum bermula dan tidak sah.Mandi wajib anda bermula setelah anda berniat serentak dengan siraman air mandian wajib tidak kira,asalkan anda berniat dan waktu yang sama anda siram air mandian di atas kepala.Wallahu a'lam.