Saturday, December 21, 2013

Nanah Dan Jerawat

Soalan

Assalamualaikum , adakah nanah dan darah membatalkan wuduk?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nanah  dan darah tidak sesekali membatalkan wuduk,cuma yang  perlu andabasuh dan bersihkan.Wallahu a'lam.

Doa Iftitah Dalam Solat Sunat Mahupun Dalam Solat Wajib

Soalan

assalamualaikum saya ingin bertanya doa iftitah hukumnya adalah sunat. bermakana apabila melakukan solat sunat atau pun solat fardhu wajib.tidak membaca doa iftitah maka sah solatnya?

Jawapan

Waalaikmusalam,
Baca doa iftitah itu bukannya rukun solat ia cuma sunat sahaja,iaitu jika baca dapat pahala jika tidak baca solat tetap sah cuma anda tidak dapat pahala sunat sahaja.Wallahu a'lam

Menjawab Salam Yang Diberi Melalui Rakaman

Soalan

As salamu alaikum... sekiranya kita mendengar salam dari rakaman video yang diulang tayang berkali-kali, perlukah kita menjawabnya setiap kali mendengar salam itu? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus menjawab salam walaupun dalam bentuk rakaman.Wallahu a'lam.

Air Dlm Baldi Mungkin Masuk Air Percikan

Soalan

Assalamualaikum.dah habis bersuci qada' hajat semua lama juga lps tu sy teringat kdg2 bila ada org dibilik air sebelah mrk akan ambil air ditoilet.jd baldi tmpt menadah air tu mrk akan tarik tp xtahu mrk tarik ke blkg@tepi.sy anggarkan ms mrk angkat wuduk pasti air mercik masuk dlm baldi tu.jd sahkah air yg digunakan tu utk basuh kencing&berak semua?dlm keadaan kaki basah semua pijak lantai rumah,lantai rumah turut menjadi xsuci ke?mohon pencerahan.t/kasih

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sah air itu untuk basuh kencing/berak/untuk mandi/membasuh dan juga mengambil air sembahyang.  lantai rumah juga menjadi suci dengan memijak melalui kaki yang basah tersebut.   Sekalipun dengan jumlah yang kecil sehingga tidak dapat dikenal pasti kekotoran/najis seperti ini terkena pada anggota badan dengan tidak terdapat bau dan warnanya maka ia dimaafkan.

Saudara Baru Yang Ingin Berkahwin

Soalan

saya sudah bertunang dengan seorang saudara baru. dia telah 3 tahun memeluk islam dan sedang mengikuti kelas pengajian agama di perkim. sebelum memeluk islam dia pernah berkahwin dan tidak bercarai semasa memeluk islam. jadi, jika dia mahu berkahwin dengan saya, perlukah dia bercerai dahulu dengan bekas isteri atau kami boleh berkahwin mengikut prosedur seperti biasa.dan adakah nanti akan berlaku apa-apa masalah dengan perkahwinan kami ini. minta penjelasan

Jawapan

Dari segi syarak seseorang yang memeluk Islam secara automatik terpisah dengan suami/isterinya yang bukan Islam dan ia boleh berkahwin dengan orang Islam dengan tidak terikat dengan mana-mana ikatan dengan bekas suami/isteri yang bukan Islam kecuali yang berkaitan dengan hak penjagaan anak dan harta benda pemilik termasuk harta sepencarian.  Tetapi dalam kes-kes tertentu pasangan yang bukan Islam itu boleh membuat apa-apa tuntutan melalui mahkamah sivil tentang apa-apa perkara yang ada hubung kait dengan perkahwinan tersebut termasuk juga membatal perkahwin dalam Islam kerana ia belum menceraikannya (isteri/suaminya).  Jika ia mempunyai anak maka anak tersebut tidak boleh diislamkan secara perundangan sehingga anak tersebut mencapai umur 18 tahun kecuali kedua-dua ibu bapa tersebut memeluk Islam.  Oleh yang demikian sebaik-baiknya uruskanlah penceraian (dengan suami dahulu yang tidak Islam) terlebih dahulu supaya ia tidak berbangkit dikemudian kerana suami berhak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sivil.  Dalam sistem perundangan di Malaysia undang-undang sivil lebih mengatasi dari undang-undang syarak/syariah.  Kes sebegini pernah berlaku dan ia amat menyukarkan untuk menyelesaikannya.  Penal mencadangkan anda perlu mendapat nasihat dari pakar-pakar perundangan atau mana-mana mahkamah sivil dan syariah

Nikah Gantung Dalam Islam

Soalan

Salam Ustaz, saya berniat untuk Nikah Gantung pada Mac 2014. Selepas akad nikah selesai, maka saya akan duduk dengan family saya dan isteri saya akan duduk dengan ayahnya. Jadi soalan saya:

1. Adakah boleh saya jimak isteri saya ketika dalam masa Nikah Gantung itu dan menggunakan kondom untuk mengelakkan daripada hamil. Apakah hukumnya?

2. Selepas berlakunya jimak itu dengan menggunakan kondom, adakah nafkah zahir, saya perlu tanggung?

Terima kasih uztaz...

Jawapan

Waalaikumussalam.
Dalam Islam tiada istilah nikah gantung, cuma dalam adat kita apabila menyebut nikah gantung itu ia bermaksud nikah tanpa kenduri kahwin dan ada juga tidak tinggal bersama sebagai suami isteri seperti isteri dan suami tinggal dirumah ibu bapa masing-masing.  Dalam Islam/syarak apabila kita berkahwin dengan seseorang maka kita diikat dengan ikatan perkahwinan tersebut seperti memberi nafkah zahir dan batin termasuk makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. maka dengan ini tidak timbul diharamkan jimak semasa nikah gantung dengan maksud boleh kita berjimak dalam apa suasana sekalipun dan tidak perlu pakai kondom dan tidak perlu mengelak dari hamil.  Persoalan disini kenapa pula kita hendak mengelak dari hamil sehingga kita ingin memakai kondom semasa berjimak? dan apa pula alasan yang boleh menyebabkan kita ingin berbuat sedemikian? sedangkan anak yang lahir dalam masa nikah gantung itu pun sudah sah sebagai anaknya.  Penal beranggapan perbuatan sedemikian (nikah gantung) mungkin ada alasan yang tersendiri seperti tidak cukup duit untuk membuat kenduri atau tinggal berjauhan atau masih lagi menuntut di Universiti atau dirasakan umur masih muda atau tidak bersedia untuk berkahwin dan sebagainya.  Alasan sedemikian itu adalah hanya rempah ratus dalam kehidupan rumah tangga yang perlu kita hadapi dalam membentuk kematangan hidup dan perasaan tanggung jawab yang sebenar-benarnya.  Cuma kita boleh merancang sesuatu perkara atas alasan untuk kepentingan bersama pasangan suami isteri dengan syarat ia dipersetujui bersama dan tidak membebankannya.  Ketahuilah bahawa rezeki seseorang itu adalah ditangan Allah dan diharap dipercepat-cepatkan rezeki tersebut dan anak itu adalah sebahagian dari rezeki Allah terhadap kita  manakala bala pula perlu dihindari dan sekiranya bala itu ketentuan Allah maka biarlah ia dilambat-lambatkan serta dikurang-kurangkan.

Niat Ketika Hendak Mengambil Wuduk

Soalan

assalamualaikum.ustaz. bila mase nk niat wuduk.ade ke sh niat wuduk sebelum sentuh air

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat itu tempatnya ialah di dalam hati.Semasa anda ingin ambil wuduk sebaik-baik niat dijatuhkan ketika  air wuduk mengenai muka.Wallahu a'lam.