Saturday, August 31, 2013

Qurban Nazar: Bagaimana Hendak Membahagikan Bahagian Lembu (atas Nama Siapa)?

Soalan

Assalamualaikum,
Saya telah bernazar untuk membuat Qurban 7 bahagian lembu sekiranya ibu saya kembali pulih kesihatannya & sekiranya saya mendapat perkerjaan yang lebih baik. Alhamdulillah, kedua-dua Doa saya dimakbulkan Allah dan sekarang saya berhajat untuk menunaikan nazar saya.Kemushkilan saya, bagaimana saya hendak membahagikan lembu itu untuk dikurbankan atas nama siapa? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumudalam
Qurban nazar wajib dilaksanakan di atas nama sendiri,cuma anda carilah  enam orang lagi adik beradik bagi mewakili setiap bahagian dan satu bahagian dikhususksn untuk anda.Ia menjadikan tujuh bahagian kesemuanya.
Jika anda udah niat nazar daging tersebut tidak boleh diambil  dan hendaklah disedekahkan kesemuanya,jika termakan hendaklah diganti sekedar   yang telah termakan.Ia amat berbeza   dengan qurban sunat maka anda berhak ambil 1/3 daging yang telah diperuntukan dalam 1 bahagian dari 7 bahagian oleh peserta Qurban.Wallahu a'lam

Batal Air Sembahyang

Soalan

adakah batal air sembahyangnya jika bersalaman dengan sepupu lelaki dan wanita yang bapanya adalah adik beradik dengan bapa saya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum bersalaman antara sepupu lelaki dengan sepupu perempuan itu batal wuduk.Ini kerana mereka sah berkahwin mengikut hukum.Wallahu a'lam

Adakah Wajar Bagi Seorang Islam Sunni Mencaci Islam Shiah?

Soalan

Salam. Saya adalah seorang Islam Shiah yang telah dibesarkan dengan dengan ini sejak kecil. Di sekolah, saya dicaci oleh ustaz dan ustazah saya oleh kerana saya seorang Shiah. Ini berterusan sehingga saya ke zaman remaja dan sekarang, saya telah berhenti memberitahu sesiapa yang saya adalah seorang Islam Shiah. Pada pendapat ustaz, adakah ini wajar? Saya faham yang di sisi undang-undang Malaysia, Shiah itu salah. Tetapi adakah wajar untuk saudara-saudari Islam saya bertindak begini?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sememangnya tidak wajar dan tidak beretika, bahkan semua manusia tidak layak untuk dicaci, apatah lagi shiah adalah termasuk dalam sebahagian dari aliran Islam yang telah wujud sekian lama

Pembahagian Harta Pusaka

Soalan

secara ringkasnya datuk saya menyerahkan/memberikan sekeping tanah secara hibah(tanah atas nama datuk saya) kepada ayah saya, namun begitu ianya dibuat secara lisan sahaja(tiada hitam putih). W/pun secara lisan tetapi ada di dengar oleh waris yang lain. Adakah pemberian itu sah atau sebaliknya. bagaimana hukumnya.

Jawapan

Ya, pemberian itu sah dan boleh diselesaikan di Pejabat Pusaka Kecil / Mahkamah Syariah dengan membawa saksi-saksi yang mengentahuinya dan mendengarkannya.

Berkahwin Sebelum Dapat Surat Perceraian Dari Mahkamah

Soalan

Assalamualaikum..
ustaz..adik saya sudah 2 tahun tidak tinggal sebumbung dgn suami kerana niat utk bercerai..dia mohon fasakh dari mahkamah tp belum dpt keptusan kerana pihak lelaki tidak pernah hadir semasa perbicaraan..sy nk tanya ustaz apa status adik sy skrg?bolehkah dia berkahwin dgn lelaki lain sbb nk tgu jwpn mahkamah terlalu lama..benarkah dari segi hukum adik sy di kira sudah jatuh talak?

Jawapan

Waalaikunyssakanm.
Tidak boleh berkahwin lain kecuali setelah keputusan penceraian dari mahkamah diperolehi.  Tidak jatuh talak jika tidak diceraikan oleh suami secara sah atau keputusan penceraian dari mahkamah syariah samada melalui fasah dan sebagainya sekalipun tidak tinggal bersama dengan suaminya dalam tempuh yang lama

Ingin Nikah Semula Bekas Isteri

Soalan

Assalammualaikum... sy sdh dekat 1 thn berpisah. sy ingin menikahi semula bekas isteri sy. Tetapi masalahnye ke dua2 pihak keluarga kami tdk bersetuju. Kami mempunyai 1 org ank yg berumur 11 thn. Bagaimana kah caranya jika kami hdk bernikah tanpa pengetahuan kuarga. Kami ingin membina semula rmh tgga kami supaya kedua2 pihak kuarga kami akn npk sendiri yg kami blh bahagia. Kami dh 2 kali bercerai krn org ke 3 meracun fikiran kami seblm bercerai ttp setelah bercerai br kami tahu hasat dengki.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Persetujuan untuk kembali bernikah bukannya perlu mendapat keizinan ibubapa sebaliknya memadai dengan persetujuan bekas isteri.Cuma dari segi akhlak eluk dapat restu mereka bagi jaminan kerukunan dan kebahagian rumah tangga yang bakal dibina.
Panel cadangkan anda pergi ke mana-mana pejabat agama  islam  yang berhampiran bagi mengisi dokumen berkaitan untuk bernikah semula termasuk untuk mendapatkan kepastian wali yang berhak lagi layak berdasarkan situasi yang anda hadapi setelah kedua-dua keluarga melarang/menegah untuk anda kembali bersatu menjadi suami isteri.Panel doakan semuga anda berjaya untuk menjadi pasangan suami isteri.Wallahu a'lam.

Haruskah Si Isteri Mandi Wajib Setelah Memegang Zakar Si Suami

Soalan

haruskah si isteri mandi wajib setelah memegang zakar si suami

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda tidak wajib mandi untuk angkat hadas besar seteah memegang zakar suami Kecuali jika zakar yang dipegang tersebut dimasukkan ke daam faraj anda maka ada ketika itu baharuah anda wajib mandi bagi angkat  hadas  besar.Wallahu a'lam