Saturday, August 31, 2013

Berus Gigi Sebelum Solat

Soalan

assalamualaikum ..
saya nak tnya soalan berkenaan dengan menggosok gigi sebelum solat . selepas gosok gigi mulut akn terasa manis kerana ubat gigi yg digunakn wlwpn dh kumur bnyk kali . kalau telan air liur adakah batal solat ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kaedah feqh menjelaskan bahawa keyakinan itu tidak boleh dihilangkan disebabkan keraguan.Sekiranya anda yakin selepas gosok gigi anda berkumur dan pastikan ia telah bersih maka jika anda tertelan air liur ia tidak sesekali akan membatalkan solat yang sedang anda dirikan.Wallahu a'lam.

Kafirkah Anak Jika Ayah Mualaf Menjadi Kafir Semulah

Soalan

askum ustaz.. saya ingin bertanya sejak dari kecil saya memang seorang islam.. ayah saya seorang mualaf.. tapi setelah sekian lama dia kembali kepada agama asalnya dan menjadi kafir. adakah saya sebagai anak dia juga telah menjadi kafir sedangkan saya masih seorang muslim

Jawapan

Tidak, saudara adalah kekal sebagai seorang Islam. Islam adalah satu-satunya agama yang benar yang menyelamatkan kita dari azab neraka, justeru menjadi tanggung jawab saudara mendalami ilmu dakwah dan berdakwah kepada bapa saudara / keluarga terdekat yang lain. Semoga kesemua keluarga kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Onani Ketika Tidak Sedar Berpuasa

Soalan

soalan sy, sy onani sewaktu sy tidak sedar yang sy sedang berpuasa sunat, selepas sy onani baru sy sedar yg sy sedang berpuasa, adakah batal puasa sy?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum onani itu adalah haram dan anda wajib segera bertaubat daripada terus melakukan onani.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,dalam sebuah hadis baginda saw menjelaskan bahawa,diangkat dosa seseorang,orang yang lupa sehingga ia sedar,orang tidur sehingga ia terjaga,......
Berdasarkan kepada maksud hadis ini jelas  menunjukkan bahawa puasa anda sah disebabkan terlupa,tetapi perbuatan onani tetap haram dan berdosa.Wallahu a'lam

Wednesday, August 21, 2013

Puasa 6 & Puasa Ganti

Soalan

Salam..sebelum ni saya dah puasa 6, 2 hari, tapi baru baca kat google yang kena puasa ganti dulu baru puasa 6..saya nak tahu sah ke puasa 6 saya yang dah selesai 2 hari tersebut...boleh ke saya puasa ganti dulu, lepas dah ganti saya puasa 6, tapi baki 4 hari sahaja..saya musykil...tolong jawab, terima kasih..

Jawapan

Waalaikumussalam.
Ada ulama berpendapat bahawa puasa ganti boleh disekalikan dengan puasa 6 (dapat dua pahala) dan ada pula yang mengatakan tidak boleh.  Oleh itu terpulanglah pendapat mana yang ingin dipakai.  Pusa yang selesai 2 hari itu adalah sah dan boleh disambung pada hari berikutnya jika ingin berbuat demikian.

Najis Mughallazah

Soalan

assalamualaikum....kaki dan seluar saya terkena najis anjing, kemudian saya menyelupkan kaki dan seluar saya didalam kelopak air tanah merah kemudian basuh dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Persoalannya ialah bolehkah hanya dengan menyelupkan kaki didalam kelopak air tanah merah itu sahaja??

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh berbuat demikian dengan niat sertu dan air tersebut pula diyakini air tanah (campuran tanah liat)

Ibu Bakal Suami Tidak Restu Kawin

Soalan

Bagaimana jika ibu kepada bakal suami tidak memberi restu untuk anak lelakinya berkahwin dengan perempuan yang tidak disukai oleh si ibu? Untuk meneruskan perkahwinan atau tidak? Apa hukumnya?

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam perkara ini, adalah dinasihatkan kepada pengantin lelaki tersebut supaya mendahulukan restu ibunya daripada meneruskan perkahwinan tersebut.
Hal ini adalah kerana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah bersabda yang maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash Radhiyallahu 'Anhu katanya: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Keredaan Allah berdasarkan keredaan kedua ibu bapa, dan Kemurkaan Tuhan juga berdasarkan kemurkaan kedua ibu bapa".
(Hadis Riwayat At-Tarmizi).

Dalam hal ini, walaupun seorang anak lelaki tidak perlu untuk mendapatkan izin atau kebenaran daripada kedua orang walinya (ibu dan ayah) untuk berkahwin, namun dia sepatutnya mendahulukan reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada perkara yang lain. Apalah gunanya hidup bersama dengan wanita yang dicintai sedangkan dirinya hidup di luar reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan kedua ibu bapanya.
Selain itu, kebahagiaan dan kedamaian hidup berumah tangga itu adalah satu nikmat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dikurniakan kepada insan yang menjadi pilihannya.
Apakah dengan menolak restu darinya menyebabkan kita berhak untuk mendapat nikmat tersebut?.
Dalam pada itu, cuba cari sebab utama yang menyebabkan ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya. Cuba untuk atasi masalah tersebut dengan mengadakan perbincangan dengan ibunya.
Jika masih tidak dapat mengubah pendirian ibunya, cuba untuk terima kerana reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah segala-galanya di dalam hidup seorang muslim.
Oleh itu, renungilah diri dengan akal yang waras. Sesungguhnya kita dariNya dan akan kembali kepadanya apabila tiba saatnya nanti. Apakah kita hendak kembali dengan kemurkaan ataupun keredaannya.
Semoga jawapan di atas dapat memberi sedikit penjelasan mengenai isu ini. Ringkasnya, rebutlah peluang untuk dapatkan reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan mentaati kedua ibu dan ayah kita sementara mereka masih hidup lagi. Wallahu 'Alam

Alfatihah Rukun Qauli

Soalan

assalamualaikum ustaz..kita sedia maklum bahawa alfatihah merupakan rukun qauli dan perlu dilafazkan dimulut...adakah membaca alfatihah secara berbisik termasuk sebagai lafaz dimulut kerana ada ustaz yang mengatakan membaca alfatihah secara berbisik adalah tidak sah dan kadang2 saya tidak mendengar imam membaca alfatihah pada solat sirriyah..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Fatihah termasuk rukun qauli/perkatan,menurut ulamak fekah ia hendaklah   dibaca sekadar boleh di dengar oleh telinga sendiri,jika dibaca dalam hati maka solatnya tidak sah.Ini kerna fatihah bukannya rukun qolbi/hati.Justeru setiap oang ingin solat mohon dibaca fatihah tersebut sehingga boleh didengari oleh telinga sendiri.Wallahu a,lam.